Travelogue Thaliand Part IV: BSRU ke Ibis Bangkok Riverside Hotel




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Travelogue Thaliand Part IV: BSRU ke Ibis Bangkok Riverside Hotel / Allhamdulillah... Jom kasut kuning kita melangkah! Kali ini kami tak sabar-sabar nak balik hotel. Dah seharian suntuk perjalanan kami ni... Dari Hatyai then sampai Bangkok ke BSRU, penat tunggu lama kat airport Don Meung, nasib baik jumpat tempat makan best di Soi 17/1. Akhirnya dapatkan cab, memandangkan staf BSRU dah tak nak hantar kami balik hotel mungkin dah lewat petang dah habis waktu kerja mereka tinggal sahaja kami di BSRU. Perjalanan kami disulami dengan basahan rintik-rintik hujan.


Dengan bantuan kawan dan pelajar BSRU menahan cab untuk kami balik hotel. Perjalanan dari BSRU dekat sahaja dalam 10 minit tapi memandangkan dah petang jalan pula jem dengan warga kota pulang dari kerja perjalanan tersebut hampir 15 minit..... Tak apa la janji sampai juga ke hotel. Bila sampai hari pun dah gelap. Memang kami penant teramat. Rasa nak mandi dan tisur sahaja. Nasib baik la anak-anak tak merungut. Nasib baik juga Nur Jannah tak menangis. 

Yang tu saya paling risau, kalau dia sakit perut ke apa! Mana kita nak tahu anak-anak ni kan....



Bina sampai sahaja di depan muka pintu Ibis Hotel ni rasa macam gembira yang amat. Dengan seronoknya kami semua melangkah masuk. Tengok Nur Jannah excited tu...  Cepat meluru ke kaunter untuk check in...


Bila sahaja nak check in sahaja menunjukkan gambar booking yang rakan kami bagi kepada staf kaunter. Dan... dia tanya kami semua berapa orang? Bilik yang kami booking dua bilik. 1 bilik untuk kawan saya dan 1 bilik untuk saya dan keluarga, tapi dia duk tanya berapa orang juga.... Saya pening kira bilik ke kira orang! Kalau kita booking 1 bilik untuk family tak kisah la berapa orang..... 


Sangat tak friendly receptionist di Ibis Hotel ni... yang budak laki berurusan dengan kami tu la.... mungkin yang lain ok kot. Terpaksa menunggu agak lama untuk dia settlekan kami check in bilik.... Dah la penant seharian rasa macam nak tidur dah.... Kami ni nak check in pun lama. Sabar je la.... Bila dah settle dapat sahaja kunci bilik masing-masing terus kami naik ke bilik... 

Allhamdulillah! 

Terima kasih Ya Rabb! Syukran. Boleh masuk bilik..... Bilik kami tingkat lima. Dah sampai floor kami, tengok kakak dia cuba tengok line internet. Biasa la dah ada bilik terus cari line internet.


Jalan sampai hujung, kawan saya dah lepas biliknya dekat sahaja dengan lif. Bilik kami hujung sekali. Dah sampai nombor bilik 549. 


Assalamualaikum.... Dah nampak katil memang rasa nak landing sahaja la, Penat yang amat tak mampu dah nak gambarkan macamana. 


Buka sahaja tingkapnya,,, wow! cantiknya view.... Permandangan dari bilik kami mengadap ke kolam renang. 


Nampak juga  bangunan pemancar langit kota metropolitan Bangkok. Nampak juga sungai kat belakang hotel tu.... Itu la yang maksudnya Ibis Riverside, hotel yang mengadap sungai. Kat Bangkok ni banyak tau Ibis Hotel. YAng saya tahu ada tiga Ibis Hotel

1. Ibis Bangkok Riverside
2. Ibis Bangkok Sukhumvit 4
3. Ibis Bangkok Siam

Apa yang saya tahua kalau Ibis Bangkok Siam ni, kedudukannya dekat dengan BTS Sky Train. Memang strategik tepatnya. Kami lalau depan tu, memang senang sangat nak ke mana-mana, keluar je Hotel Ibis Bangkok Siam terus boleh ambil BTS Sky Train. Kalau nak BTS Sky Train ni murah sahaja. Nak nak kalau korang beli tiket pergi dan balik lagi murah dan berbaloi.


Allhamdulillah. ok la, janji boleh tidur! tapi encik husband memang duk membebel bising lagi tak puas hati sebab tak duduk di hotel BSRU dalam universiti tu.... Bukan best pun katanya duduk di Ibis Hotel ni.... 


Apa pun hiburan sementara kami dalam hotel ni tv.... banyak pula channelnya... 



Saya call receptionist nak tahu mana arah qiblat tapi tak tahu la diorang ni faham ke idak aku cakap! Mungkin tak faham terus dia letak. Terpaksa la saya tulis tak paper suruh husband saya turun bawah cakap tanya kat diorang sekali dengan username, passwork dan iron.... hehehe. Itu yang paling penting!


Sarapan di Ibis Bangkok Riverside
Sejujurnya saya tak makan sangat. Husband saya ni sensitif skit bab halal haram makan ni.... Makan cuma alas perut. Kalau nak excited makan kat hotel ni xde la nak excited sangat sebab "halal haram" ni.... Pengepit salad dekat dengan pork mungkin jadi pergiliran antaran makanan halal dan haram pun kita tak tahu. Itu yang encik husband quiry dan saya mula berhati-hati....



Anak-anak pun makan ala kadar sahaja. Husband kata makan alas perut sahaja.... Ye la memang la kita ni boleh nak alas perut, tapi anak-anak ni makan kejap lapar, makan kejap lapar. Mereka buka tahu alas perut ke apa? Nak dapatkan makanan halal untuk next tempat tak tahu berapa lama lagi....


Sauna pun ada, kolam renang pun ada, tapi anak-anak tiga empat hari kat sini langsung pun tak sempat nak mandi pool sebab asyik hujan sahaja. 



Suasana Ibis Bangkok Riverside ni menarik sebab kedudukannya di tepi sungai Bangkok. Nampak permandangan bandar Bangkok.  Nak naik cruse kat sini pun boleh nak naik perahu, bot panjang pun boleh. Dekat sahaja dengan jeti.



Selain itu, antara kemudahan yang disediakan di Ibis Bangkok Riverside ini ialah tempat permaianan kanak-kanak. Jannah bila dah dapat main dia dah tak hiraukan makan.... Sikit jer dia makan roti nasib baik la dia minum susu... lepas tu terus ajak kak ngah untuk teman dia main. Kak ngah la jadi mangsanya.... Sampai saya tinggal kan dia pun buat taka tahu je, asyik duk pegang tangan kak ngah suruh kak ngah teman dia....

Hehehe....










Apa pun dalam lima bintang saya bagi 2 setengah bintang sahaja sebab saya rasa biasa saja. Tak ada apa yang boleh membuatkan hati gembira tinggal di sini. Mungkin memang untuk saya melepaskan penant sahaja. Saya pun tak tahu macamana nak rasa seronok walaupun muka nampak senyum... hehehe.  Sebab apa? Mungkin saya rasa tak bebas terkongkong kat sini! Mungkin juga kami tak sempat nak explore banyak kawasan di Ibis Riverside ni.... Anak-anak pun tak sempat nak main kolam walaupun dah prepare bawa swimming suit setiap orang, sebab hari asyik hujan sahaja. Tak ada masa nak main. Jadual kami kat sana pun padat.... Mereka pun rasa boring juga kat sini. Kesian mereka!


Tak apa la anak-anak, apa pun kita kena syukur ini anugerah yang Allah bagi kita dapat pergi tempat orang tengok macamana tempat orang kan... Bukan senang nak pergi sana. Susah sangat. Banyak perkara yang saya perlu korbankan! Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. So korang kalau berminat nak bercuti di Thailand, Bangkok nak tinggal di Ibis Bangkok Riverside ni boleh lah hubungi link media sosial di bawah.






1 comment:

Powered by Blogger.