Bila Hati Ditenung Oleh Hamba Yang Daif



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bila Hati Ditenung Oleh Hamba Yang Daif / Allahamdulillah, Salam sayang, syukur.... Jumaat yang mulia kekadang terlupa dan terlalai dengan apa yang wajib dilaksanakan.... Berbalik pada tajuk ini, pelbagai suasa yang dialami setiap masa dan ketika. Buruk baik ada beleka. Hanya hati yang tekat sentiasa beringat di dunia ni hidup untu apa? tujuan apa? sahaja yang mampu mengatasinya. Kehinaan diri menguasai jua. Takut! takut juga jika sekeluarga di bakar jahanam dek kerana dunia yang mengusai, taksub dengan sesuatu yang bergelar fatamorgana. 



Astagfirullah 

Semoga dilindungi jua hendaknya! Walau apa pun dugaan, cabaran kiri kanan, atas bawah kuat dan teguh jati diri yang bergelar Ialam mesti ditgakkan. 

Akhir Zaman
Ancaman musuh, syaitan berada disegenap pelusok diri kita. Pancaindera, mata, telinga semuanya diancam. Apa lagi yang harus dibentengi kalau tidak harus berlandaskan Al Quran dan Sunnah, membuka pancaindera mata hati ketiga bagi mengenal baik buruk. Hanya itu sahaja yang mampu menjadi benteng di akhir zaman ini.

Televisyen dan Media Sosial
Bak kata Ustaz Abdul Somad Isnin lalu bila dia memberi ceramah di UUM, semua itu tak salah, kita sebagai Muslim harus pandai menggunakan saluran tersebut. Dan saluran tersebut guna untuk mencari redha Allah bukan perkara lain.

Namun, saya amat tersentuh dengan saluran ini juga boleh membelakangi akidah Muslim kepada Allah Ya Ahad, Ya Somad.... kerana apa disebabkan tabsub kepada sesuatu perkara ia dibelakangi akidah sebagai seorang Islam. Hanya Allah Yang Disembah! bukan makhluk, itu yang membutakan hati saya, walaupun saya menonton televisyen dan melayari media sosial, saya tidak kisah apa yang berlaku. Dan adakala saya langsung tak fikir apa yang makhluk lakukan, apa yang saya fikir adalah kebaikan yang dibawa oleh makluk.... jaga hati jaga mulut daripada mencela dan mencaci.... kita hamba yang hina, daif, ni tak tahu kebenaran.... Kebenaran hakiki hanya Al Quran....

Bagi saya kenapa nak taksub sesuatu perkara? apa yang betul daripada al Quran dan sunnah itu yang mesti diikuti. Dan Rasulullah saw meninggalkan kita dengan dua perkara itu. Buat apa kita khatam Al Quran setiap tahun namun, tidak mengeti, memahami malah mengikut isi kandunga Al Quran...

Mahu Kaya
Semua hamba Allah mahukan kaya di dunia dan diakhirat, namunada seorang hamba Allah sahaja yang tidak mahu akan keaya dunia! nak tahu siapa? Rasulullah saw. Baginda contoh terbaik kepada kita! bukan maksud saya tidak perlu kaya! tapi setiap apa yang ada di dunia ini setiap apa yang kita miliki akan dihisap. Orang kaya di dunia dia akan dihisap terakhir, sebab itu Rasulullah saw mahu dibangkitkan bersama orang miskin.... 

Soalan Simple
Adakah orang kaya di dunia sebelum dia meninggal dunia, dia mewakafkan seluruh hartanya? Siapa yang akan buat begitu? Siapa yang mahu buat begitu?

Sudah tentu akan ditinggalkan kepada anak-anak dan keluarga! itu pun belum tentu anak-anak dan keluarga menggunakan harta tersebut untuk mencari redha Allah...

That's simple life....

Berfikir sejenak biar dibuka mata hati menjauhi dunia yang fatamorgana!


No comments

Powered by Blogger.