Dah Dapat Tarikh! Doakan Saya, Tujuan Kita Sama Untuk ke SYURGA


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah Dapat Tarikh! Doakan Saya / Allhamdulillah. Minggu lepas, 11 September 2019 saya telah mendapat tarikh untuk examination voice buat kali kedua. Sehari sebelum tu, staf ofis di school saya USM menghubungi saya untuk saya hantar list correction yang telah saya buat! saya tanya kenapa, list saya tu tak ada ke? tak terjawab. Mungkin list correction saya yang hantar pada 15 Julai lalu missing boleh jadi juga, sebab dalam bentuk hard copy... So, selepas lunch saya send by emel. Dan.... pada 11hb yang lepas saya menerima informasi yang examination voice saya pada 11 Oktober 2019. Sebulan lagi! Ni dah masuk seminggu maksudnya 3 minggu lagi....

Ya Allah bila dapat sahaja berita tersebut saya syukur sangat. Takut pun ada tapi tetiba rasa seronok... Allhamdulillah, Allhamdulillah, Allhamdulillah....

Tak tahu nak rasa apa dah.... pengalaman lepas banyak mengajar saya. So dalam masa yang ada ni saya kena betul-betul study semula apa yang saya buat! Faham. Dan minggu lepas saya call dewan bahasa dan pustaka rujuk semula maksud terma yang saya gunakan dalam kajian saya betul atau tidak... Allhamdulillah, pihak dewan bahasa dan pustaka sangat membantu.



Tapi ada sedikit tersasar dengan maksud yang saya nak. Kelmarin saya dapat satu artikel journal yang mengulas tentang terma "alam"... InsyaaAllah ia boleh membantu saya dalam viva nanti.... 

Ini adalah viva kali kedua saya! Viva pertama pada 24 Julai 2018 tahun lepas. Dan selama hampir setahun saya diberi masa dan saya mengambil masa tersebut untuk membuat pembetulan. Up and down itu perkara biasa. Tak tahu nak keluar daripada masalah. Buntu.... 

Saya tekad macamana pun keadaan saya tak boleh nak patah balik. Saya buat la lagu mana pun untuk ia siap! Saya pun dah tak tahu nak cakap apa dah. Yang penting ia mengajar saya penuh dengan kesabaran dan kemurnian. Kemurnian dalam menjalankan penyelidikan. Satu proses yang tak boleh nak skip! Kena follow the process... Seronok bila difikirkan! Pain and enjoy! Serius saya cakap kalau tak rasa kesakitan memang kita tak kuat. 

Tapi ia membuatkan kita kuat bila kita diberi cabaran sakit. Saya setuju dengan pepatah "no pain no gain". Kesakitan membuat kita nikmat. Nikmat dapat paling utaman iailah nikmat kenal Allah. Kalau tiada kesakitan mungkin kita lalai dengan dunia yang fatamorgana. Tiap hari fikir duit dan segalanya! Tiap hari fikir nak majukan diri tapi majukan diri nak cari dunia dan rezeki. Dan, adakala kita tersasar dengan tujuan asal hidup untuk:

1. sebagai hamba
2. sebagai khalifah
3. Meraih syurga

Tiga matlamat hidup yang yang Allah Ya Khaliq mencipatakan kita di dunia ini untuk mengabdikan diri kita kepadanya. Dengan dunia terbentang luas di hadapan kita, adalakala mampu menyesatkan kita di dalamnya. Tiap hari bangun tidur fikirkan nak cari duit banyak nak bagi naka makan. Walhal anak-anak dah ditentukan rezeki tersendiri. Bukan saya tersalah anggap dengannya, bukan bermakna tak boleh nak cari duit. Boleh sangat sememangnya kita manusia dijadikan Allah untuk berusaha dan terus berusaha mencari rezeki. Apa yang saya maksudkan jangan duit itu menjadi tujuan utama yang menghalang kita mengabdikan diri pada Allah swt. 

Sebab itu juga menasarankan tujuan hidup saya terpesong dengan dunia membuatkan saya gagal. Kegagalan membuatkan saya bergantung penuh pada Allah swt. Seringkali saya menyebut pada diri saya "Beriman Kepada Allah", tapi adakala keyakinan beriman kepada Allah itu tidak tebal di dalam hati.




APA MAKSUD BERIMAN KEPADA ALLAH?

Kalau maksud itu seringkali saya gunakan, "kalau nak cari duit macamana anak saya nak makan????". Maksud itu sudah tidak tepat dengan beriman kepada Allah. Saya seperti tidak meyakini kekuasaan Allah Ya Kabir Ya Mutakabbir! Allah Yang Maha Besar! Bukan tak boleh cari duit! Boleh! Itu sudah emnjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa. Tapi jangan jadi tujuan utama cari duit untuk kaya diri, kaya keluarga, tapi kena sasarkan cari duit untuk kaya masuk syurga! Must go beyond!

Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah sebaik-baiknya sandaran - surah Al-Imran ayat 173

Usaha Tangga Kejayaan

Jangan salah ertikan tangga usaha! USaha di dunia untuk mencapai tujuan hidup yang ketiga iaitu untuk meraih syurga abadi! Kita seringkali cakap kat anak-anak belajar betul-betul dan pandai-pandai kalau tak belajar pandai nak kerja apa? Kenapa tak cakap kat anak-anak belajar pandai-pandai untuk makud syurga! Itu yang seringkali memesongkan tujuan usaha tangga kejayaan... Kita hanya nampak apa yang ada di hadapan mata di "alam" fatamorgana ini sahaja iaitu alam dunia! Kita tak mampu nak nampak "alam ghaib" iaitu alam yang digelarkan sebagai kampung abadi kita "syurga" Aminnn....

Allahu!
Sukarkan yang sematkan tujuan hidup ialah syurga bila mana di dalam hati ada nak terus maju nak dapat duit banyak! nak bagi makan keluarga! Allah Yang Maha Mengetahui...

Daripada kegagalan-kegagalan dalam hidup saya! saya mengakui saya adalah hamba yang lemah, jahil, hina! tiada apa pun yang hendak dibangga kan dalam hidup melainkan patuhnya diri kepada Allah. Apa yang nak dibanggakan jika diri tak sempurna iman.

Dan barang siapa bertawalkal kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan keperluannya - surah Al-Tjolaq ayat 3

Kecukupan Dunia dan Akhirat

InsyaaAllah, jika kita yakin dengan Allah Ya Kabir, Allah akan mencukupkan keperluan kita di dunia dan dia akhirat! Allah juga akan menghilangkan kegelisahan, kesedihan, yang paling utama Allah akan cukupkan nikmat agama kepada kita. 

Hijab Dunia!

Dalam keadaan dunia yang disulami dengan media sosial dihujung jari, kita seringkali terpegaruh dan terpedaya dengan ajakan shopping dan sebagainya. Selagi tak dapat apa yang orang beli selagi itu lah kegelisahan siang dan malam. Jangan risau cuba sematkan syurga, syurga, syurga1 tak kisah lah tak dapat pun anugerah syurah terbaik! 

Mampukan kita melawannya???

TEPUK DADA TANYA IMAN

Barangsiapa yang setiap hari pagi dan petang, mengucapkan7 kali dengan:

“Hasbiyallahu laa ilaaha illah Huwa ‘alaihi tawkkaltu wa huwa Robbul ‘Arsyil ‘Adhiim”

maksudnya:
Cukuplah Allah bagiku tiada sesembahan kecuali Dia, kepadaNya-lah aku bertawakkal, dan Dia adalah Penguasa ‘Arsy yang agung

maka Allah akan menghilangkan apa yang menggelisahkannya dari perkara dunia dan akhirat. 
 
 

Apa Yang Kau Merepek
Itu tujuan saya! Saya tak tahu bagaimana seterunya. Tak tahu apa akan terjadi saya harap semoga proses viva iti dipermudahkan dan saya dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh panel nanti. 




Tips Untuk Meraih Simpati

 hahaha.... memang kena meraih simpati. Yang paling utama kita kena tahu manusia hatinya dimiliki Allah. So, kena meraih simpati daripada penciptaNya pemilikiNya.... 

1. Solat sunat taubat
2. Solat sunat tahajut
3.  Solat sunat hajat

Sesungguhnya hamba yang hina banyak dosa, itu yang paling penting saya kena buat perbanyakkan solat sunat.... Allahu, sedikit sebanyak ia memberi diri rasa kerdil, rasa jahil selaga rasa macam.... sehingga Allah nak cakap kat saya! Kau tiada hebat pun. Sedikit pun tak hebat, melainkan dengan kemurahan hati aku je memberi pinjaman sikit ilmu pada kau! so, avoid rasa hebat. Patuh pada Allah, semua ganjaran ilmu yang dipinjamkan Dia akan ambil balik kalau ada rasa riak dan sombong. Setiap kesusahan dan kepayahan yang dilalui Allah nak mengajar untuk tawadhuk dan sentiasa rendah diri. Maafakan saya jika saya ada terkasar dan menyombongkan diri, riak dan sombong! Yang baik semua dari Allah yang buruk dari diri saya yang lemah!

Semoga dengan solat sunat itu dapat mencegah rasa sombong, ujud dan riak... dan mendapat rezeki yang halal. Peringatan demi peringat untuk diri saya!


Ingat Tujuan Kita Syurga

Untuk ke syurga jalannya berliku! akan ada penipuan, penindasan, pancaroba, dugaan.... Harus lalui dengan kuat elakkan semua perkara itu.... seperti mana jalan para rasul dan sahabat penuh dengan pancaroba sehingga hari ini berkembangnya Islam yang kita dapat NurNya.... InsyaaAllah setiap rezeki yang baik ada keberkatan.... Anak-anak dan keluarga pun selamat. Yang penting kita semua memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Berpegang pada yang satu UNTUK KE SYURGA! Dan... tenang dalam dakapanNya!

Doakan saya berjaya dalam viva nanti, pasti Allah merahmati dan murahkan rezeki kalian!

4 comments:

Powered by Blogger.