Tenang Dalam Dakapan RahmatNya

Salam Ramadhan ke 11.... 

google image

Ingatlah, syaitan tidak suka akan jiwa cinta dan kasih sayang. Ia akan meleraikan tali itu dan menghubungmu dengan tali kebencian.

Maka apabila hati telah disihir olehnya, kesilapan yang kecil dilihat besar, kebaikan tertutup bahkan keaiban yang terbuka, ditiup bara kemarahan sehingga menjadi api yang marak menyala. Akhirnya ia menjadi dendam kesumat yang berpanjangan.

Jangan engkau larut dalam permusuhan. Jika engkau bersalah, pohonlah keampunan kepada mereka dan tiada perkara yang mulia melainkan merendah diri mengakui kesilapan. Jika engkau benar, hadapilah fitnah itu dengan sabar dan redha.

Jangan engkau menyalakan api kemarahan dengan kemarahan, kebencian dengan kebencian, cercaan dengan cercaan. Tenggelamkan dirimu dalam dakapan ar-Rahman Tuhanmu. Hadapilah api dengan air, kemarahan dengan kesabaran, kebencian dengan kasih sayang, kekerasan dengan lemah lembut.

Engkau akan selamat jika engkau bersama dengan Allah, engkau akan menang jika engkau bergantung padaNya dan berakhlak batin yang mulia.

Segala fitnah, cercaan dan kebencian akan padam. Yakinlah bahawa Allah akan membantumu.

Kamu tidak binasa dan hancur walaupun seluruh manusia berhimpun menfitnah kamu.
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ

“.. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun…” (Ali-‘Imran: 120)

Bersihkan dirimu, banyak berzikir dan berdoa dengan doa yang bersungguh-sungguh.
Jangan berharap kepada sesiapa, munajatkan sungguh-sungguh hajatmu dengan suara yang mendayu-dayu agar dikembali akan kasih sayang dan terangkatnya segala khianat dan fitnah.

Tawakal kepadaNya dengan sepenuh hati. Buangkan fikiran yang merencana untuk membalas dengan jalan yang buruk.

Usah dilayan gerak hati yang liar. Insya Allah akan datang bantuan dariNya dari jalan yang tiada kamu sangka-sangka. Engkau akan melihat bagaimana kehancuran itu berlaku.

Sesungguhnya jika jalan penyelesaian ini yang engkau pilih, engkau mendapat dua keuntungan, iaitu pertama memperolehi pahala dan kemenangan di akhirat kerana kesabaranmu.

Kedua, kemenangan di dunia dimana kebencian akan tersungkur di pintu kasih sayang.

Namun jika ditakdirkan semua mereka terus memusuhimu, redhalah… Setiap yang berlaku dalam takdirNya dan setiap takdirNya memiliki ribuan hikmah.

Biarkan dirimu berseorangan, ubatilah dirimu dengan mendampingi diriNya, berkhidmatlah kepada agamaNya dengan ikhlas.

Maafkan segala kesalahan mereka, nescaya kekosongan akan terisi, kekecewaan akan terubat. Allah akan mengganti kepadamu dengan teman atau pembantu yang lebih baik.

Percayalah, jangan diragui lagi, bahawa Dialah sebaik-baik tempat kamu mengadu dan memohon perlindungan.
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا

“… dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong.” (An-Nisaa’: 45)

Sumber : walidalmalik. com

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

 
 

5 comments:

  1. Ameen..ameen..ameen...mungkin bulan Ramadhan ini boleh menjadi titik permulaan melerai setiap simpulan dan kekusutan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 atas perkongsian. 😊

    ReplyDelete
  3. Bila bermusuh syaitan yg plg gembira. Tak salah turunkan ego masing2 demi kebaikan bersama kan kak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.