Muhasabah Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan ke 13

google image

Abu Hatim Ath-Thabari berkata, aku mendengar Abu Bakar Asy-Syibli r.h berkata, "Jika kamu ingin melihat dunia beserta isinya maka lihatlah SAMPAH. Itulah DUNIA.

Jika kamu ingin melihat dirimu maka ambillah segenggam TANAH kerana dari tanah kamu dicipta, ke tanah jua kamu akan kembali dan dari tanah juga kamu akan dibangkitkan.

Sekiranya kamu ingin mengetahui bagaimana sebenarnya dirimu, maka lihatlah apa yang keluar dari tubuhmu saat masuk ke tandas. Jika demikian keadaannya, maka tidak layak bagi kamu bersikap sombong dan bongkak" - Koleksi hikmah bersanad

[Dipetik Daripada Facebook Ahmad Fairoz]

Maka, di bulan Ramadhan penuh keberkatan ini perbanyakkan lah istigfar dan memohon ampun kerana kita masih dibelenggu oleh nafsu makan, nafsu raya dan sebagainya... banyak kelebihan istigfar dan doa sebelum berbuka ini.

[Istighfar Dan Keuntungannya]

Allah SWT berfirman :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا.
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun

 يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا.
 (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

 وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا.
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [Surat Nuh 10-12]

Guru kami Ustaz Fazlul Rahimi telah membawakan kisah dibawah ini untuk kita memahami akan kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka yang melazimi istighfar.

Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasanya ia berkata :

"Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Yang lain lagi berkata kepadanya, 'Do'akanlah (aku) kepada Allah, agar Ia memberiku anak!, maka beliau mengatakan kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Dan yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula) kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!".

Maka,

"Sekiranya kamu berbuat demikian, ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."

Dr Yusuf al-Qaradawi menyenaraikan beberapa adab dan syarat untuk kita  melakukan istighfar.
(1) Niat yang ikhlas kerana Allah
(2) Mesti ada persamaan hati dengan apa yang dilafazkan pada lidahnya.
(3) Mesti dalam keadaan suci zahir dan batin.
(4) Mesti ada perasaan takut dan berharap kepada Allah
(5) Beristighfarlah pada waktu sahur atau dipenghujung malam.
(6) Istighfarlah pada waktu sujud terakhir ketika solat.
(7) Pohon ampun untuk diri dan orang lain
(8) Memohon doa keampunan dalam keadaan yang diajarkan oleh nabi.

Wallahu'alam.

No comments

Powered by Blogger.