Talapia Tiga Rasa

Assalamualaikum dan salam sayang...

Bulan Ramadhan, masalah yang sering melanda jiwa apabila dah tak tahu nak masak apa.... satu resepi yang mudah yang mahu dikongsikan iaitu talapia masak tiga rasa. Sangat senang dan menyelerakan...


Bahan-bahan
Seekor ikan talapia
bawang kecil 4 ulas* 
bawang putih 3 ulas*
bawang besar 1 labu*
cili kering 6 biji*
halia 1 cm
sos cili
sos tomato
sos ikan
air asam jawa agak-agak (2 sudu)
serbuk kunyit
garam 
gula
karot
nenas
daun salad
minyak masak

Cara Memasak
1. Bahan yang bertanda * diblend. 
2. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. 
3. Panaskan minyak goreng ikan terlebh dahulu. angkat dan toskan 
4. buang sedikit minyak menggoreng tadi dan tumiskan bahan yang diblend tadi, masukkan halia potong nipis dan air asam jawa. Bagi naik bau masukkan perasa iaitu sos tomato, sos cili, sos ikan, garam dan gula. Saya masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati dan sedikit pekat boleh masukkan karot dan nenas.... Akhirnya boleh tuangkan sos tadi di atas ikan yang digoreng....

Sangat mudahkan... Selamat mencuba.... anda boleh ubah suai mengikut selera dan citarasa anda!


No comments

Powered by Blogger.