Revolusi Industri 4.0 : Jumpa Kak Chah @Habsah Hassan

Jumpa Kak Chah @Habsah Hassan / Allhamdulillah. Kisah pada setahun lebih yang lepas. Dan entry ni pun entry tahun lepas yang saya update semula. 

Bual bicara minggu yang padat. Hari Isnin, masuk ofis terus siapkan slide presentation for the seminar. The 1st seminar, I am joint for this year. Ini pun dalam kelam kabut saya dibuatnya. Paper belum siap, terus jump pada slide presentation.  Nasib baik la hari Isnin, jadual saya pukul 2.30 petang. Pukul 11.30 perasmian seminar dan ucaptama untuk seminar ini adalah Prof Adjung bagi pusat pungajian saya iaitu Kak Chah atau Habsah Hassan. Dan kelmarin hari penutup dan pemberian sijil. 



Sangat terkesan dengan speech nya dengan tema seminar iaitu "Menggarap Kepelbagaian, Hubungan dan Cabaran Revolusi Industri 4.0"..... Menurut beliau dalam bidang seni, teknologi memang diperlukan dan terlalu cepat berkembang sehinggakan tidak mampu untuk mengejarnya. Namun, harus diingat dalam perkembangan teknologi yang drastik iaitu Revolusi Industri 4.0, harus dipastikan aspek "humanities" dikekalkan. Itu adalah akar umbi bagi ummah. Jika akar tidak kuat mana mungkin buahnya akan berkualiti. 


So, daripada seminar tersebut terhasillah satu kertas kerja yang berjadul "Nilai Agama Dalam Filem Seram, Cabaran Revolusi Industri 4.0". Kertas kerja ini telah direview tahun lepas, tapi masih belum dipublish. Semoga ada rezeki untuk diterbitkan.




Apa Itu Revolusi 4.0?

Revolusi 4.0 merujuk kepada kilang-kilang pintar dimana mesin dihubungkan dengan capaian sesawang kepada sistem yang boleh menggambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri. Ia mewakili sistem siber-fizikal, Internet of Thing (IoT) dan Internet Sistem.

Senang cakap revolusi 4.0 ini seperti robot mesin dan sebagainya.

Revolusi industri 4.0 mula berkembang di Jerman pada tahun 2011. Industri 4.0 merupakan gabungan daripada dunia biologikal, fizikal dan juga digital. Gabungan ketiga-tiga elemen ini akan menghasilkan kepelbagaian teknologi baharu secara tidak langsung akan memberi impak dalam pelbagai disiplin, ekonomi malah industri. Dengan erti kata lain industri 4.0 adalah dunia mesin yang akan menggantikan sumber tenaga menusia dalam kehidupan seharian. Justeru, isunya di sini, ialah jika kebergantungan sumber manusia akan berkurangan dan manuasia akan bergantung kepada teknologi yang banyak adalah aspek kemanusiaan terutama nilai agama turut menjadi keruntuhan. 

Sehubungan dengan itu, dalam makalah ini akan membaincangkan secara terperinci instrument nilai agama dalam konteks penontonan flem seram terhadap kepercayaan alam ghaib penonton Muslim. 

CABARAN TEKNOLOGI 4.0 TERHADAP INDUSTRI FILEM


Isu teknologi yang mendominasi revolusi industri 4.0 yang mana menurut Rubaneswaran iaitu Ketua Eksekutif Knowledgedotcom Corporation Sdn. Bhd menyatakan: 



Rajah 1 Revolusi Perindustrian 


Industri 4.0 akan berdasarkan kepada sembilan tonggak – robot automasi, simulasi, integrasi sistem, IoT, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, realiti diperkukuhkan, analisis data besar, serta integrasi sistem menegak dan melintang. – Rubaneswaran

Sehubungan itu, Rajah 1 menunjukkan revolusi perindustrian sejak lewat kurun ke-18 sehingganlan pada awal kurun ke-21 yang mana perubahan boleh dilihat daripada revolusi 1.0, revolusi 2.0, revolusi 3.0 dan revolusi 4.0 (Mah Siew Keong, Berita Harian, 2017).  

Berbalik kepada perkembangan revolusi teknologi ini menerusi dalam perindustri perfileman global bermula di Jerman yang mana filem seram pertama di dunia iaitu The Cabinet of Dr. Calligary (1920) pada era filem bisu. Pada ketika itu juga revolusi 1.0 lewat kurun ke 18 mula dicetuskan. Pada ketika itu pertemuan enjin stim mesin pintal dan landasan lokamotif telah mendahului permulaan revolusi pada ketika itu. Dalam dunia perfileman pula filem seram bisu yang pertama diterbitkan di atas dorongan budaya dan juga kepercayaan alam ghaib masyarakat Barat pada ketika itu. Walau bagaimanapun, di Malaysia filem seram mula menapak di dalam penerbitan perfileman bermula meneusi filem Roh Pembela (1955) oleh BN Roa. Pada ketika itu, revolusi perindustrian di Malaysia berada pada tahap 2.0 yang mana penemuan penggunaan elektrik yang bermula pada pertengahan kurun ke-19. 

Melangkah pesat menerusi dunia perfileman di samping dengan kemajuan industri teknologi 3.0 pada kurun ke-20, industri filem seram di Malaysia juga terus menapak di persada industri seni tanah air dengan bermulanya pengeluaran genre seram secara besar-besaran bermula dengan filem Mistik (2003) sehinggalah kepada filem Jangan Pandang Belakang (2006) yang mula mendapat tempat di hati penonton (Azlina Asaari & Jamaluddin Aziz, 2018) kerana mendapat kutipan panggung yang tinggi iaitu RM6.33 juta. Justeru, ia menjadi lonjakan dan suntikan kepada penerbit serta pengarah filem untuk menerbitan genre seram selaras dengan revolusi ICT serta elektronik yang berleluasa memudahkan audiens mendapat matlumat dengan pantas. 

Walau bagaimanapun, perkembangan revolusi perindustrian ini menerusi pelbagai aspek media sosial membuatkan penonton mudah percaya dengan apa yang dipaparkan menerusi filem seram seperti mana sekumpulan remaja bermotorsikal telah ke lokasi sebenar selepas menonton filem Villa Nabila (2015) untuk mengetahui dan merasai tentang alam ghaib dan melihat lokasi sebenar filem tersebut (Utusan Online, 2015).

Sehubungan degan itu, apa yang menjadi kebimbangan adalah kesan penontonan filem seram dari aspek nilai agama penonton yang mudah percaya apa yang ditonton dan dibimbangi akan memberi kesan pegangan agama penonton Muslim. 

Nilai Agama Dalam Filem Seram

Agama sering kali menjadi topik dalam permasalahan kehidupan masyarakat hari ini terutama dalam cabaran revolusi perindustrian 4.0 yang mana manusia seringkali menjadikan teknologi sebagai gaya hidup terkini. Maka, suatu kajian perlu dilaksanakan bagi mengukur secara saintifik hubungan antara tahap kefahaman dan penghayatan seseorang terhadap agama khususnya dalam impak penontonan filem seram. 

Agama adalah melambangkan identiti individu, iaitu tahap komitmen individu terhadap agama. Bagi individu yang mempunyai nilai agama yang kuat, agama bertindak sebagai satu kepentingan dalam membimbing kehidupan mereka dalam aktiviti harian (Bindah & Othman, 2012). Bahkan agama juga bertujuan untuk memberi panduan kepada individu dalam bertingkah laku (Mutsikiwa & Basera, 2012). Secara tidak langsung, agama menjadi pembimbing kepada penonton dalam soal keseronokan menonton filem seram dan kepercayaan alam ghaib (Horsfield, Hess & Medrano, 2004). 

Dalam kajian ini, nilai agama yang diukur merangkumi perlakuan atau ibadah Muslim seperti sembahyang, berdoa, pemujaan kepada Tuhan dan kepercayaan terhadap sesuatu yang suci, kudus atau supernatural (Asmadi et al., 2006). Namun, perkara yang ingin diketengahkan dalam kajian ini ialah kefahaman dan penghayatan Muslim dalam agama Islam dan impaknya terhadap keseronokan menonton filem seram. 

Justeru, kekuatan nilai agama mempunyai kaitan dengan pembawakan personaliti seseorang Muslim. Personaliti Muslim (Krauss & Hamzah, 2009) merupakan manifestasi pandangan agama seseorang dalam menyesuaikan diri dengan situasi yang pelbagai di dunia. Ia termasuk tingkah laku, motivasi, sikap dan emosi yang bertujuan untuk menilai dan memanifestasikan ajaran dan arahan dalam Islam secara peribadi (Annalakshmi & Abeer, 2011).
 
Justeru, dalam kajian ini penyelidik juga menggunakan pengukuran MRPI untuk mengukur tahap nilai agama sebagai pemboleh ubah penyederhanaan kepada pengaruh personaliti, psikologi dan filem terhadap penonton Muslim dalam kepercayaan alam ghaib.

Dalam erti kata ringkas, ritual Rukun Islam didapati mempunyai kaitan yang signifikan dengan daya tahan seseorang individu. Dapatan ini disokong oleh Nicholson, Richard dan Bobak (2009) di mana mereka menyatakan bahawa nilai agama sangat berkait rapat dengan nilai kesihatan diri melalui amalan ibadah harian. Di samping itu, Krauss et al. (2006) berpendapat bahawa amalan ritual dalam ibadah seharian adalah satu hubungan langsung dengan Tuhan. 

Justeru, kekuatan nilai agama mempunyai kaitan dengan pembawakan personaliti seseorang Muslim. Oleh itu, instrument nilai agama (Krauss & Hamzah, 2009) sebanyak 15 item digunakan dalam kajian ini seperti mana kajian lepas iaitu (Annalakshmi & Abeer, 2011). 

Dalam kajian lepas, nilai agama merujuk kepada manifestasi pandangan agama seseorang dalam menyesuaikan diri dengan situasi yang pelbagai di dunia. Ia termasuk tingkah laku, motivasi, sikap dan emosi yang bertujuan untuk menilai dan memanifestasikan ajaran dan arahan dalam Islam secara peribadi seperti zikir, solat, membaca Al Quran, kasih sayang, memberi salam dan sebagainya (Annalakshmi & Abeer, 2011).   

Nilai Agama dan Kepercayaan Alam Ghaib


Kepercayaan terhadap alam ghaib bermaksud keyakinan individu tentang alam yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia (Dewan Bahasa, 2001). Dalam erti kata lain, alam ghaib itu adalah satu alam yang diyakini wujud, namun ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Maksud erti kata ini boleh diperkukuhkan dengan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: 

Beriman kepada perkara ghaib itu adalah ciri orang yang bertaqwa.

Selari dengan itu, Imam Ibnu Kathir, di dalam Tafsir Ibn Kathir ada menyatakan bahawa orang yang beriman adalah orang yang percaya dan yakin kepada perkara yang ghaib. Perkara ini termasuk dalam Rukun Iman yang mewajibkan seseorang yang beragama Islam untuk beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul, hari akhirat, syurga dan neraka, pertemuan dengan Allah dan kebangkitan selepas mati (Abdul Hadi Awang, 2008). 

Justeru, nilai agama dalam filem seram sering kali dihubungkan dengan kepercayaan alam ghaib terutama menerusi aspek individu. Kajian Norenzayan (2015 & 2016) tentang kepercayaan terhadap alam ghaib yang mengukur pengaruh personaliti terhadap kepercayaan alam ghaib di India menunjukkan bahawa tiga dimensi personaliti mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepercayaan alam ghaib iaitu openness to experience, neuroticism dan conscientiousness. Sementara itu, dimensi agreeableness dan extraversion didapati tidak signifikan dengan kepercayaan terhadap alam ghaib. 

Selain itu, Norenzayan dan rakan-rakannya telah banyak menjalankan kajian tentang kepercayaan terhadap alam ghaib serta paranomal. Kajian mereka meneroka pendekatan Tuhan sebagai suatu kuasa yang melihat segala aktiviti yang dilakukan oleh manusia (Shariff & Norenzayan, 2007; Norenzayan & Shariff, 2008; Gervis & Norenzayan, 2012). Oleh itu, kajian lepas menunjukan nilai agama memainkan peranan menerusi aspek individu atau personaliti penonton terhadap sesuatu kepercayaan. 

Justeru, dalam kajian ini nilai agama menjadi disposisi kepada penonton Muslim terhadap sesuatu kepercayaan dalam konteks kajian ini ia merujuk kepada kepercayaan kepada alam ghaib. 

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitaif dengan mengedarkan borang saol selidik sebanyak 450 kepada audiens Muslim di Kedah. Namun, hanya 354 borang soal selidik dapat digunakan untuk tujuan analisis kajian ini. Manakala, penganalisaan data kajian menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) yang dibantu dengan aplikasi SmartPLS (Hair et, al. 2014). 

DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan bahawa majoriti responden kajian adalah perempuan (64.7%), manakala selebihnya adalah lelaki (35.0%). Manakala profil umur respondan pula menunjukkan majoriti berumur dalam lingkungan 19-23 tahun dengan nilai peratusan sebanyak 58.9%. Respondan yang berumur dalam lingkungan 14-18 tahun seramai 109 bersamaan dengan 30.9 % merupakan respondan kedua terbanyak. Seorang respondan tidak memberi maklum balas tentang umur, bersamaan 0.3%. Respondan yang berumur di antara 24-28 tahun seramai 26 dengan 7.4%. Maklum balas juga diterima daripada respondan yang berumur antara 29-33 tahun seramai 7 orang dengan 2.0% dan respondan berumur 34-38 tahun seramai 3 orang dengan peratusan sebanyak 0.8%. 

Jadual 1. Demografi Responden
Profil                              
Kekerapan
Peratus (%)
Jantina


Lelaki
Perempuan
125
35.0
229
64.7
Umur


14-18
208
58.9
19-23
26
7.4
24-28
7
2.0
29-33
3
.8
34-38
1
.3
N/A
1
.3
Etnik


Melayu
350
98.9
Cina
-
-
India
1
0.3
Lain-lain
-
-
Pendidikan
PT3

59

16.7
SPM
65
18.4
Sijil
14
4.0
STPM
85
24.0
Diploma
10
2.8
Sarjana Muda
116
32.8
Sarjana
5
1.4

Majotiti respondan terdiri daripada etnik Melayu seramai 350 orang bersamaan dengan 98.9%. Manakala, respondan India seorang dengan peratusan 0.3% dan lain-lain etnik 3 dengan 0.8%. 

Manakala, taburan mengikur tahap pendidikan, majoriti respondan mempunyai pendidikan di tahap ijazah sarjana muda seramai 116 dengan 32.8%. PT3 seramai 59 orang dengan 16.7%. Manakala respondan menduduki tahap pendidikan SPM seramai 65 orang dengan 18.4%. Sijil seramai 14 orang dengan 4.0%, STPM seramai 85 dengan 24.% dan Sarjana seramai 5 orang dengan 1.4%. Ini dapat dilihat dalam jadual 1.  

Instrumen Nilai Agama mengandungi maklumat mengenai ciri personaliti muslim yang diadaptasikan daripada Skala Personaliti Beragama (MRPI) yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (Azimi Hamzah et al., 2007). Skala pengukuran ini mengandungi 15 item.            


Jadual 2. Instrumen Nilai Agama
Instrumen
Indikator
Faktor Beban
AVE
Composite Reliability
Cronbach Alpha
Nilai Agama
1. Saya sentiasa berzikir.
0.688
0.512
0.940
0.932

2. Saya bersedia untuk membantu orang-orang tua apabila mereka memerlukannya.
0.806




3. Saya berasa tenang apabila mendengar bacaan Al Quran.
0.684




4. Saya sayang adik-beradik seagama saya seperti saya sayang diri saya sendiri.
0.791




5. Saya berusaha untuk meningkatkan pemahaman saya tentang pengajian Islam.
0.655




6. Saya mengajak orang lain untuk menunaikan solat wajib bersama.
0.747




7. Saya mencari masa untuk membaca Al-Quran walaupun saya sibuk.
0.777




8. Saya cuba untuk memahami makna Al-Quran.
0.777




9. Saya menjalin hubungan yang baik dengan jiran-jiran saya.
0.643




10. Saya menjemput orang lain untuk menunaikan solat fardhu.
0.739




11. Saya orang pertama yang akan memberi salam apabila bertemu dengan Muslim yang lain.
0.725




12. Saya tidak mendedahkan kekurangan orang lain.
0.714




13. Saya menggunakan bas awam, laluan pejalam kaki, dan lain-lain, dengan rasa rendah hati dan hormat.
0.677




14. Saya sentisa mengadap Allah terlebih dahulu sebelum memberitahu orang lain bila menghadapi maslah.
0.638




15. Saya menjaga maruah rakan-rakan saya.
0.630




Hasil dapatan menunjukkan lima belas indikator yang digunakan menacapai tahap yang dikendaki iaitu kesemua instrument nilai agama dalam kajian ini mencapai paras AVE=0.512 >0.50, Composite Reliability (CR=0.940 >0.70) adalah tinggi. Seacra keseluruhan menunjukkan indikator “saya sentiasa berzikir” menunjukkan faktor beban (β=0.688 >0.50), “Saya bersedia untuk membantu orang-orang tua apabila mereka memerlukannya” =(β=0.806 >0.50), “Saya berasa tenang apabila mendengar bacaan Al Quran” =(β=0.684 >0.50), “Saya sayang adik-beradik seagama saya seperti saya sayang diri saya sendiri” =(β=0.791 >0.50), “Saya berusaha untuk meningkatkan pemahaman saya tentang pengajian Islam” =(β=0.655 >0.50), “Saya mengajak orang lain untuk menunaikan solat wajib bersama” =(β=0.747 >0.50), “Saya mencari masa untuk membaca Al-Quran walaupun saya sibuk” =(β=0.777 >0.50), “Saya cuba untuk memahami makna Al-Quran” =(β=0.777 >0.50), “Saya menjalin hubungan yang baik dengan jiran-jiran saya” =(β=0.643 >0.50), “Saya menjemput orang lain untuk menunaikan solat fardhu” =(β=0.739 >0.50), “Saya orang pertama yang akan memberi salam apabila bertemu dengan Muslim yang lain” =(β=0.725 >0.50), “Saya tidak mendedahkan kekurangan orang lain” =(β=0.714 >0.50), “Saya menggunakan bas awam, laluan pejalam kaki, dan lain-lain, dengan rasa rendah hati dan hormat” =(β=0.677 >0.50), “Saya sentisa mengadap Allah terlebih dahulu sebelum memberitahu orang lain bila menghadapi maslah” =(β=0.638 >0.50), dan “Saya menjaga maruah rakan-rakan saya” =(β=0.630 >0.50).

KESIMPULAN
Secara keseluruhan instrument nilai agama yang digunakan dalam kajian ini dalah mencapai nilai faktor beban melebihi >0.50. Dengan ini menunjukkan nilai agama penonton Muslim tidak memberi kebimbangan walaupun pelbagai genre filem seram yang mereka tonton dan ia tidak memberi kesan terhadap pegangan agama penonton. Dapatan juga menujukkan walaupun revolusi industri 4.0 dalam industri filem di Malaysia berkembang seiring dan pelbagai isu yang dibangkitkan serta masalah yang dihadapi oleh audiens filem seram di Malaysia, namun dengan nilai agama dan jati diri yang tersemat di dalam hati penonton tidak menjadi satu kegusaran akan memberi impak terhadap keruntuhan nilai agama serta akidah penonton.







Konklusi
Daripada ucapan beliau tersebut, menyatakan walaupun teknologi sangat pantas berkembang, dan kita hendak tak hendak mesti juga menggunakannya dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, apa yang utama jangan mengabaikan sifat kemanusiaan.

Kalau korang ada pendapat dan pandangan tentang revolusi industri 4.0 bolehllah kiranya kongsikan bersama saya di komen ye...

5 comments:

  1. betul sangat apa yang diperkatakan itu, sifat kemanusiaan itu jangan dipinggirkan walaupun kita hidup dalam kecanggihan teknologi

    ReplyDelete
  2. Teknologi jangan sampai menjadi asbab kita kembali ke zaman jahiliah..

    ReplyDelete
  3. wahh best dapat jumpa orang yang hebat tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.