بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
13 Tips Ibu Bapa Menghadapi Anak-anak Menghadapi Peperiksaan : Selamat Menghadapi Peperiksaan SPI dan UPKK / Allhamdulillah. Salam
sayang. Kali ini saya mahu mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan Sijil
Sekolah Pendidikan Islam atau SPI KAFA dan Ujian Penilaian Kelas KAFA atau UPKK
Tahun 2019 bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan tersebut.
Kalau bab anak nak
periksa ni mak ayah yang kalut, tapi rasanya mak la yang kalut lebih. Ayah
mungkin relex skit… betul ke gitu? daripada pengalaman kebanyakan la…. hehehe….
Ada juga yang berusaha ambil air penawar dan sebagainya, tapi perlu diingat
jangan terlalu taksub air penawar adalah pengubat atau membolehkan anak-anak
kita lulus periksa…. kena yakin kepada Allah lah yang memberikan anak-anak kita
lulus periksa.
Al maklum la kita ni
mudah tersilap cakap seperti “sebab ambil air penawar ustaz tu la anak saya
lulus periksa”… haaaa… haru jadinya, macam dah berbau pada syirik kecil. Jangan
dibawa main bab ni! dan jangan pula tersalah anggap dengan apa yang saya katakan.
Bagi saya, air penawar itu cuma “asbab”… yang sebetulnya Allah la yang memberi kelulusan
untuk anak-anak kita mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Kalau anak-anak
tidak berusaha tak boleh juga dapat keputusan yang baik….
Daripada
sumber Pejabat Mufti Wilayah Pesekutuan, perbuatan syirik terdapat
bermacam-macam jenis dan tidak semuanya mengeluarkan pelakunya dari agama Islam
dan ada yang tidak. Walaupun kesemuanya dikira dosa besar, tahapnya tidak
semuanya sama.
Imam
al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:
- Syirik istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
- Syirik tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
- Syirik taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Syirik taqlid : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.
- Syirik asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
- Syirik aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah SWT.
Yang bab kita bercakap
ni, relate dengan no 5. iaitu syirik asbab! anak kita lulus periksa dapat
keputusan bagus sebab minum air penawar! yang tu dimaksudkan syirik asbab….
kita tertinggal yang kat belakang tu “anak kita lulus periksa dapat keputusan bagus
sebab Allah yang meberikannya”….. So, bab ni kena berhati-hati…..
Sama juga kita dalam
dunia blogging buat review produk, adakala kita tersilap cakap, wajah kita ok
sebab pakai produk A…. itu juga salah anggap kita! kita semacam mengiyakan
produk A yang memberi wajah kita cantik. So, kat sini memang kena hati-hati!
check hati, check hati tau…. Berbalik pada peranan sebagai ibu bapa dalam
menghadapi anak-anak periksa ni, apa nak buat?
Apa peranan kita sebagai ibu bapa?
1. Solat Hajat
Kalau sebelum peperiksaan
bolehlah kita buat solat hajat. Begitu juga semasa peperiksaan dan juga selepas
peperiksaan sentiasa solat hajat untuk mereka, zikir dan baca Al Quran supaya
anak-anak kita mendapat kepeutusan yang baik.
2. Sedekah
Boleh juga kita
bersedekah dan niatkan untuk anak-anak kita dipermudahkan menjawab soalan
peperiksaan tersebut. Sebagai contoh memberi makan orang susah, anak yatim dan
sebagainya.
3. Bersikap Positif
Ibu dan bapa haruslah sentiasa positif, kalau anak-anak kata
dia tak boleh nak jawab soalan, cuba pujuk hatinya bagi kata-kata semangat,
jangan dia rasa down… Cuba lagi. Banyakkan doa dan solat hajat. InsyaaAllah
Allah akan tolong.
4. Berikan kasih sayang
Cuba sentiasa senyum, creat suasana harmoni di rumah. Peluk
dan sayang anak-anak, dan berikan motivasi kepada mereka. Kata-kata semangat
daripada ibu bapa membuatkan anak-anak akan lebih bermotivasi dan berkeyakinan
dalam menghadapi peperiksaan.
5. Bantu Mereka Dalam Mengulangkaji Pelajaran
Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak dalam mengulangkaji
pelajari. Apa pun jangan bebankan mereka. Dorong mereka membuat nota kecil,
peta minda dan sebagainya.
6. Jangan Bebankan Mereka dengan Kerja Rumah
Sebolehnya jangan bebankan mereka dengan kerja rumah yang
berat seperti menolong memasak di dapur, mengemas rumah, menyapu halaman rumah
dan sebagainya. Mungkin dengan kerja-kerja tersebut menjadikan mereka tidak focus
dengan apa yang mereka pelajari.
7. Pastikan Anak-anak tidur awal
Sebagai ibu bapa kita mesti pastikan anak-anak tidur awal,
supaya mereka tidak penat dan rasa mengantuk apabila hendak mengambil
peperiksaan. Tidur yang cukup akan membuatkan mereka lebih tenang dan
meningkatkan daya kecerdasan fikiran mereka. Cuba jangan biarkan mereka
mengulangkaji pelajari sehingga lewat malam.
8. Kurangkan Aktiviti Luar Rumah
Sebolehnya semasa hendak menghadapi peperiksaan jangan
biarkan anak-anak bermain dan melakukan aktiviti di luar rumah. Ia membuatkan
mereka penat di malam hari dan tidak mampu berfikir secara rasional untuk
peperiksaan nanti.
9. Elakkan Menonton Televisyen
Elakkan anak-anak menonton televisyen, dan kalau boleh
seluruh warga rumah harus menghormati masa anak-anak dalam menghadapi
peperiksaan dan tidak menonton televisyen. Ia mungkin akan mengganggu konsentrasi
anak-anak kita yang akan mengambil peperiksaan dengan cerita-cerita kegemaran
mereka.
10. Sediakan Kelengkapan Peperiksaan
Sebolehnya ibu bapa harus pastikan kelengkapan yang cukup
untuk anak-anak menghadapi peperiksaan seperti tolong mereka mengassah pensel,
pensel warna, dan sebagainya. Selain itu, menyediakan mereka pakaian yang
bersih pun akan membuatkan mereka selesa semasa menghadapi peperiksaan. Itu
membuatkan mereka bersemangat dan bersedia dalam menghadapi peperiksaan.
11. Berpusa Sunat
Ibu bapa juga boleh melakukan puasa sunat untuk meniat mempermudahkan anak-anak menghadapi peperiksaan. InsyaaAllah doa ibua bapa semasa berpuasa mudah dimakburi Allah swt. Dasyatnya Doa Mereka Yang Berpuasa!
12. Zikir
Zikir, baca Al Quran secara berterusan untuk memberi dan menghantar aura kepada anak-anak semasa mereka sedang menjawab soalan peperiksaan. InsyaaAllah amalan yang baik ibu bapa akan diberkati Allah swt.
13. Sediakan Makanan Yang Baik
Makanan yang baik seperti kurma, kismis, sayuran, buahan, susu akan membantu meningkatan nilai tingkat ingatan anak-anak. Sentiasa memberi dan menyediakan makanan yang berzat dan berkhasiat kepada anak-anak untuk mencerdaskan minda mereka.
Manakala, anak-anak juga harus membuat persediaan sendiri
selain daripada pertolongan dan dorongan daripada ibua bapa, anak-anak juga
perlu bersedia dengan amalan lain seperti:
1.
Jangan tinggal solat
2. buat solat sunat
3. membaca Al Quran
4. Didik mereka supaya sentiasa berada dalam wudhuk
5. Baca surah ringkas seperti surah Al- Fatihah, Al-Insyirah, (3 Qul)
6. Sentiasa berselawat ke atas nabi
7. Niat yang baik untuk lulus periksa dan masuk syurga
8. Doa dan bertawakal
2. buat solat sunat
3. membaca Al Quran
4. Didik mereka supaya sentiasa berada dalam wudhuk
5. Baca surah ringkas seperti surah Al- Fatihah, Al-Insyirah, (3 Qul)
6. Sentiasa berselawat ke atas nabi
7. Niat yang baik untuk lulus periksa dan masuk syurga
8. Doa dan bertawakal
Semoga amalan-amalan kita sebagai ibua bapa dalam menghadapi anak-anak yang akan menghadapi pepriksaan, tak kira apa juga peperiksaan yang diambil oleh anak-anak kita diperkenankan Allah swt. Semoga anak-anak diberi kejayaan cemerlang dan mendapat rahmatNya..... Apa jua keputusan harus kita juga bertawakal kepada Allah Yang Maha Besar.... Cara Bertawlkal Kepada Allah!
Aminnn
great tips
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan anak2 yang akan menduduki peperiksaan...
ReplyDeleteTerima kasih kak penkongsian tip ni..
ReplyDelete