بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tak Halang Anak Buat Sepah Tidak Bermakna Suka | Allhamdulillah.... setiap anak-anak ni Allah anugerahkan dengan akal dan peribadi yag berbeza. Anak suka sepakkan rumah itu perkara biasa. Saya memang geram kalau anak buat sepah rumah tapi sayani boleh lagi sabar. Bukan bermakna saya biarkan mereka sepahkan rumah... Sebab dah tak larat nak bising.
Kemas saja setengah jam mula la bersepah semula. Masing-masing ada karekter tersendiri. Nak buat macamana? Mommy-mommy kalau ada tips boleh kongsi ye! awal-awal lagi saya minta ni... Tapi disebalik tu mereka juga belajar. Bila mereka sepahkan rumah, mereka akan belajar mengemas....
Cantik tak Nur Jannah susun selipar kasut? |
Nak-nak anak saya yang kecik ni! cerdik terlebih dia ni..... bila dia keluar je rumah, dia p susun kasut. Sedangkan kasut tu dah elok tersusun kat tepi dinding! Bila keluar tengok pasal apa ksut duk melintang elok ja depan muka pintu ni?
Dia diammmm je... Kalau dia buat silap ke apa mesti dia diam! Anak-anak ni memang ada yang jenis aktif tak mahu duk diam. Apa pun kena syukur itu tandanya mereka sihat. Sebab tu saya ada kata biarkan lah diorang nak buat apa. Kalau diorang demam, sakit saya juga yang susah hati.
Masa mereka aktif tak sakit tak demam tu saya biarkan sahaja diorang nak main apa! bukan bermaksud saya suka, tapi bagi saya kalau mereka sakit, diam, terbaring je lagi la saya susah hati. Macam kak ngah kalau dia tak sihat badan jer, mesti dia diam, baring jer... tak banyak cakap! tu lagi saya susah hati teramat.
Nur Jannah pula kalau dia tak sihat dia asyik merengek, nangis sahaja, Tak boleh nak bergerak saya, asyik nak berkepit, dukung, duduk dengan dia sahaja. Parah juga macam tu. Bila dia sihat ada la idea dan reka-rekaan terbaharu dia buat. Kalau saya tengok tak ada jer kat ruang tamu, mesti dalam bilik! tapi diam jer kat dalam bilik tu! kak ngah dah tidur.
Saya jenguk je dia kat bilik, memang la duk dia, tengah syok tengok youtube! hehehe.... pantang nampak hanset saya terus cekau....
Boring tak leh main hahset, dapat sticker kakaknya dia main tampal-tampal, habis tampal kat karpet, tampal lak kat kakinya.... Itu la anak-anak ada kala diorang ni nak permainan baharu, so ada saja idea baharu yang diorang dapat.
Husband saya tanya kenapa la kaki Jannah ni habis berparut. Tu kena gigit nyamuk la, balik kampung banyak nyanuk habis badan, kaki kena gigit nyamuk.... Nyamuk kat kampung tak selalu jumpa diorang, so bila jumpa jer habis la satu badan... Kalau anak-anak menakan kat kampung tu nyamuk situ dah alah dah kebal dah badan diorang, so tak mahu nyamuk nak gigit diorang... hehehe....
Nak tak nak setiap kali balik kena redha je la dengan nyamuk ni. Nak marah pun tak guna, bukan boleh buat apa! apa yang boleh buat sediakan ubat sapu!... hehehe
So korang kalau balik kampung ubat apa nak kena bawa berkesan untuk pelbagai masalah anak kecil boleh rujuk SINI. Sangat berbaloi dan mampu mengatasi masalah nyamuk ke, kembung perut ke, sakit perut ke.... InsyaaAllah! Kita hanya mampu berusaha, Allah jua yang menentukannya.
Cute je Jannah susun selipar kasut tu kak.. Anak buah PC.. Bila kakak tido.. Dia lukis muka kakak dengan pen.. Lucu pun ye .
ReplyDeleteAhaksss..rajin jannah sesuai dgn nama dia..nama yg baik juga penyimbang kepada peribadi yg baik
ReplyDeletedone follow sini..
ReplyDelete