Tak Halang Anak Buat Sepah Tidak Bermakna Suka



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tak Halang Anak Buat Sepah Tidak Bermakna Suka | Allhamdulillah.... setiap anak-anak ni Allah anugerahkan dengan akal dan peribadi yag berbeza.  Anak suka sepakkan rumah itu perkara biasa. Saya memang geram kalau anak buat sepah rumah tapi sayani boleh lagi sabar. Bukan bermakna saya biarkan mereka sepahkan rumah... Sebab dah tak larat nak bising.

Kemas saja setengah jam mula la bersepah semula. Masing-masing ada karekter tersendiri. Nak buat macamana? Mommy-mommy kalau ada tips boleh kongsi ye! awal-awal lagi saya minta ni... Tapi disebalik tu mereka juga belajar. Bila mereka sepahkan rumah, mereka akan belajar mengemas....

Cantik tak Nur Jannah susun selipar kasut?

Nak-nak anak saya yang kecik ni! cerdik terlebih dia ni..... bila dia keluar je rumah, dia p susun kasut. Sedangkan kasut tu dah elok tersusun kat tepi dinding! Bila keluar tengok pasal apa ksut duk melintang elok ja depan muka pintu ni?

Dia diammmm je... Kalau dia buat silap ke apa mesti dia diam! Anak-anak ni memang ada yang jenis aktif tak mahu duk diam. Apa pun kena syukur itu tandanya mereka sihat. Sebab tu saya ada kata biarkan lah diorang nak buat apa. Kalau diorang demam, sakit saya juga yang susah hati.

Masa mereka aktif tak sakit tak demam tu saya biarkan sahaja diorang nak main apa! bukan bermaksud saya suka, tapi bagi saya kalau mereka sakit, diam, terbaring je lagi la saya susah hati. Macam kak ngah kalau dia tak sihat badan jer, mesti dia diam, baring jer... tak banyak cakap! tu lagi saya susah hati teramat. 



Nur Jannah pula kalau dia tak sihat dia asyik merengek, nangis sahaja, Tak boleh nak bergerak saya, asyik nak berkepit, dukung, duduk dengan dia sahaja. Parah juga macam tu. Bila dia sihat ada la idea dan reka-rekaan terbaharu dia buat. Kalau saya tengok tak ada jer kat ruang tamu, mesti dalam bilik! tapi diam jer kat dalam bilik tu! kak ngah dah tidur. 

Saya jenguk je dia kat bilik, memang la duk dia, tengah syok tengok youtube! hehehe.... pantang nampak hanset saya terus cekau.... 


Boring tak leh main hahset, dapat sticker kakaknya dia main tampal-tampal, habis tampal kat karpet, tampal lak kat kakinya.... Itu la anak-anak ada kala diorang ni nak permainan baharu, so ada saja idea baharu yang diorang dapat. 

Husband saya tanya kenapa la kaki Jannah ni habis berparut. Tu kena gigit nyamuk la, balik kampung banyak nyanuk habis badan, kaki kena gigit nyamuk.... Nyamuk kat kampung tak selalu jumpa diorang, so bila jumpa jer habis la satu badan... Kalau anak-anak menakan kat kampung tu nyamuk situ dah alah dah kebal dah badan diorang, so tak mahu nyamuk nak gigit diorang... hehehe....

Nak tak nak setiap kali balik kena redha je la dengan nyamuk ni. Nak marah pun tak guna, bukan boleh buat apa! apa yang boleh buat sediakan ubat sapu!... hehehe

So korang kalau balik kampung ubat apa nak kena bawa berkesan untuk pelbagai masalah anak kecil boleh rujuk SINI. Sangat berbaloi dan mampu mengatasi masalah nyamuk ke, kembung perut ke, sakit perut ke.... InsyaaAllah! Kita hanya mampu berusaha, Allah jua yang menentukannya.

Setiap Anak Berbeza Karekter 

Nur Jannah ni, dia jenis cepat marah! Tak boleh ditegur, kecuali kalau dengan orang persekitarannya dia akan takut dan diam.... Kalau dengan kakak-kakaknya terutama kak ngah, kak ngah la akan jadi mangsa bulinya. Pantang kak ngah marah sikit dia akan ambil hanger nak pukul kak ngah.... Selagi dia tak boleh buat kak ngah selagi tu la dia duk ligan kak ngah. Berlari-larilah kak ngah menyelamatkan diri. So, nak coll kan dia, saya akan peluk dia! Bila dah peluk zikir kat dia dia mula cool....


Kat sini saya senaraikan 3 karekter anak saya yang sedang saya perbaiki mendidik mereka.

1. Tak Boleh Melawan

Bila kita juga marah dia, dan lawan dia lagi buat kita. Tapi adakala kena bertegas bila saya terpaksa naikkan suara dia terus menangis dan tahulah diri dia telah gagal. So, bila dia menangis adakala saya biarkan dan ada kala saya pujuk. Dia ni senang sahaja kalau dia dah nangis terus nak susu. Minum susu mula dia diam! KArekter dia macam ni saya risau bila dia dengan persekitarannya dia akan jadi seorang yang penakut, dan kena buli.


2. Hendak Berkawan Tapi Kena Buli

Parasaan Nak Berkawan tu cukup tinggi tapi masalahnya dia tak tahu nak defend diri dia dengan orang lain. Dan akhirnya dia akan jadi mangsa keganasan orang lain. Bila kat rumah karekternya berubah, dan dia lah big boss.... Bahaya karekter ni untuk parents. Boleh didik dia cool dan menghormati orang lain terutama kakak-kakak. Saya cakap dengan kak ngah, kak ngah kena cakap elok-elok dengan dia, cakap lembut, dia ikut la cakap kak ngah! Saya nampak dia macam tu. Sebab apa yang saya suruh sekali cakap dia terus berlari ambil barang-barang. Apa pun juga kena didik dia confident dengan persekitaran. Itu yang saya nampak kelemahannya.



3. Malu

Ketiga-tiga anak perempuan saya ni jenis pemalu. Nak nak kak ngah Adelia sebab mungkin dia full brestfeed (cuma andaian saya), dari kecil memang duk berkepit bawah ketiak saya! dapat adik pun still berkepit dnegan saya. Sekarang pun asyik berebut dengan adik nak duduk dengan saya! adik pula ganas dan garang terus je tolok kak ngah.... hehehe.... Bab malu di memang tak dinafikan. Silap saya! sebab saya memang saya jarang keluar rumah, bawa mereka keluar rumah, dek kesibukan pengajian saya. Saya membesarkan mereka banyak habiskan masa di dalam rumah. Dek kekengan kewangan juga tak mampu saya nak bawa mereka setiap minggu keluar bersantai dan bersosial di luar. Kekangan saya membesarkan mereka membuatkan mereka malu dengan persekitaran. Saya pula keluarga jauh! kalau anak-anak kecil yang biasa dengan ahli keluarga lain, memang mereka mudah bergaul. Bak kata orang memang sebatang kera kat tempat orang... huhu....


Tiga perkara ni saya nampak kesilapan mendidik anak-anak yang berlaku pada saya! Tapi kalau mommy dan daddy kat luar sana boleh bantu dan sharing pengalaman dan apa-apa pandangan untuk saya solve problem saya sangat mengalukannya.




3 comments:

  1. Cute je Jannah susun selipar kasut tu kak.. Anak buah PC.. Bila kakak tido.. Dia lukis muka kakak dengan pen.. Lucu pun ye .

    ReplyDelete
  2. Ahaksss..rajin jannah sesuai dgn nama dia..nama yg baik juga penyimbang kepada peribadi yg baik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.