Resepi Pusing Jagung Kastard Yang Sedap dan Cepat


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Resepi Pusing Jagung Kastard Yang Sedap dan Cepat | Allhamdulillah, 2 minggu lalu saya berkesempatan buat puding kastard jagung.... Bila dah buat tu, baru tahu anak-anak ni suka ke tak. Sebenarnya memang dah lama saya tak buat puding kastard jagung ni, anak-anak pun dah lama tak makan.


 Nur Jannah bila saya masak je kat dapur dia mula la menyibuk tanya "mama, masyak apa tu?"
hehehe...

Bila dah sia! dia cakap"wahhh, hibatknya...!"... kekeke... saya gelak ntah kat mana la dia dengar perkataan hebat tu

Yang kak ngah Adelia, tak suka kastard rasa macam tepung katanya, yang kakak Amani lak terlebih suka, suruh saya buat sekali lagi, yang adik Jannah lak tak kisah apa sahaja bagi dia main makan jer... hehehe... Maklum la dia tak tahu nak rasa lagi. Semua sedap. Bila dah besar kang macam kakak dan kak ngahnya tak tahu la apa lak selera dia....


 "wahh.. hibaknya" hehehe


So, nak buat memang mudah sangat! Bahan bahan pun tak banyak. Saya guna cuma 7 bahan sahaja iaitu:
1. 2 cawan tepung kastard
2. 1 kotak santan
3. 1 tin susu cair
4. 1 cawan air
5. 1 tin jagung dalam tin
6. 1 cawan gula
7. secubit garam

bahan-bahan utama

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung kastard  dalam mangkuk


dan masukkan 1 cawan air, bancuh supaya tidak berketu... kalau korang nak lagi cepat boleh je terus masuk dalam periuk



2. Kemudian masukkan bahan tadi dalam periuk dan masukkan santan.... Sebenarnya taknak guna santan pun boleh juga....


3. Masukkan gula


4. Masukkan susu cair


5. Kacau sehingga la ia pekat dah likat. kena kacau selalu takut nanti kastard itu berkerak tak bawah....


6. Bila dah pekat dan kilat, korangnampak ia dah bersinar tu dan menggelegak, itu tandanya dah masak.


7. Siap! tunggu sejuk sikit masukkan dalam peti air biar ia sejuk, dan boleh potong dan makan.... 

Selamat mencuba!

3 comments:

Powered by Blogger.