بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
4 Amalan Mudah Murah
Rezeki Dengan Ajaibnya / Allhamdulillah, salam
siaran. Jom kasut kuning melangkah dengan namaNya Ar Rahman Ar Rahim. Ada orang
tanya saya macamana nak zikir untuk keluar daripada masalah. Em... banyak zikir
sebenarnya. Tapi zikir ni kena buat selalu dan bukan masa kita ditimpa masalah
juga. Saya kata, saya bukan pengamal zikir kalau saya ingat saya buat! Tapi tak
pa yang penting hati kita selalu ingat Allah dan secara tak langsung kita akan
zikir.
Mula-mula bagi saya kita
kena ada hati yang bersih untuk kita dekat dan sentiasa zikir. Zikir pun
penyuci hati kan.... Ye la kita ni manusia yang alpa dan pelupa, ada juga
kadang-kala watak kita berbeza-beza mengikut keadaan, ada watak sinis dengan
orang lain, ego, dengki, tamak, rasa hebat dan bagu, berkira itu watak-watak biasa
sebagai manusia biasa yang ada dalam diri kita tak lari daripada
kesalahan.
Sifat dan sikap ini juga
bagi saya la ia secara tak langsung akan bagi effect pada rezeki harian kita.
Memang sedar diri saya yang hina ini, sifat dan sikap ini mengganggu kehidupan
harian dan punca rezeki harian saya! Oleh itu sebolehnya, sifat dan sikap ini
harus dinyahdetoxkan dalam diri saya. Korang pernah tak suatu hari cuma ada
berapa sen sahaja dalam beg duit? Sedangkan gaji tinggal lima hari lagi. Dalam
bank pun dah kering! Saya memang selalu dan tiap bulan macam tu.... hehehe....
Tapi tak tahu macamana
rezeki tu ada. Saya pun tak tahu kat mana nak cari duit dalam beberapa hari tu
kena p kerja kena bagi duit anak sekolah dan duit makan harian.... Tetiba
sahaja ada rezeki yang datang mana dapat duit pun tak tahu, tetiba Allah
datangkan pada saya rupanya masih ada tersimpan duit.... Alangkah gumbira
rasa....
Apa ye yang harus buat?
1. Bersihkan Hati Dengan Istigfar
Paling utama sucikan
hati daripada prasangka buruk. Terutama prasangka buruk dan berperasaan sinis
kepada orang lain. Jauhkan memandang rendah kepada orang lain. Bagi saya kita
manusia sama sahaja hinanya. Kalau tak dengan kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih tak adanya kita ni dihormati orang, sama je hina sehina tanah. Bila tidak
tidak rendahkan orang, bersikap sinis pada orang, berburuk sangka pada orang
dengan sendiri aura positif akan terserlah pada kita kita. InsyaaAllah! senang
saya nak zikir....
Astagfirullah
Dengan zikir istigfar
"Astagfirullah" dan kita disuruh beristigfar sekurangnya 70 kali
setiap hari akan membuatkan kita dengan watak-watak antagonis mula memudar dan
InsyaaAllah perasaan kasih dan saya kita kepada hamba Allah dan makhluk Allah
mula terserlah. Saya percaya selagi ada rasa ego, sinis, sombong,
merendah-rendahkan orang lain, tamak, benci kita tak boleh hidup tenang. Cuba
check diri kita ada ke tak ada perasaan tersebut. Kalau masih ada
perbanyakkanlah istigfar supaya hati kita bersih daripada semua itu dan kita
juga secara tak langsung akan lebih rapat dengan Allah
swt.
Banyak cara sebenarnya
untuk kita nak bersihkan hati, dan ini cara paling mudah kita sebut. Biar la
sebut dengan hati yang ikhlas dan benar-benar menyesal, baru nampak akan
kesannya. Banyak zikir untuk kita sucikan hati, membaca Al Quran pun adalah zikir untuk kita bersihkan hati juga.
2. Mendoakan Orang Tua dan Orang Lain
Mendoakan orang tua kita
dan orang lain lain juga salah satu jalan pembuka rezeki dan ia sangat senang
dibuat tanpa pengetahuan orang lain.
Apa yang selalu saya
amalkan bila sahaja melankah masuk ke dalam kereta mula drive masa tu la saya
mula berdoa membaca Al Fatihah sedekahkan kepada kedua ibu bapa kita, mertua,
seluruh keluarga, arwah datu dan nenek kita serta arwah seluruh keluarga. Kepda
seluruh keluarga, sahabat, jiran dan guru-guru…..
Dan… apabila saya
menelusuri pagar university di kali pagi jam 7.40 pagi saya sudah nampak
makcik, pakcik dan pekerja bahagian pembersihan di kawasan university sudah
memulakan kerja mereka. Dan pada ketika itu saya baharu sahaja datang untuk
bekerja. Bila masa saya ternampak sahaja mereka saya akan doakan mereka. “Mereka
sudah mulakan kerja seawal 7 pagi dan saya baharu datang kerja”!
Sejujurnya saya bekerja
di dalam universiti saya banyak bergaul dengan ramai makcik cleaner berbanding
professor dan Dr. Saya tak malu dan saya sedar siapa saya. Saya bukan orang
yang hebat! itu mungkin taraf saya, kerana saya pun macam mereka. Kata orag
kalau banyak bergaul dengan orang cerdik pandai akan membawa kita juga seorang
yang cerdik pandai. Saya akui, bukan saya tak mahu bergaul dengan orang cerdik
pandai, tapi susunan Allah sangat terbaik untuk saya. Walaupun saya banyak bergaul
dengan makcik cleaner, mereka la pendamping kiri dan kanan saya dalam saf solat
berjemaah. Cuma seorang dutak boleh masa sahaja professor menemani saya dalam
solat berjemaah. Kalau makcik-makcik cleaner ni tengok saya tak datang solat,
mereka akan tegur saya, "kenapa tak datang solat".... Dengan sendirinya saya akan rasa malu. Ada
juga meeting dan tugasan yang membuatkan saya tak dapat nak pergi solat
berjemaah sehinggakan makcik-makcik cleaner seakan mak angkat kepda saya dan
keluarga saya. Saya selalu doakan semoga mereka menarik saya ke syurga
kelak!
Bila saya masuk kelas
mengaji saya dengar ustaz cakap, kawan-kawan solat berjemaah kita juga mampu
menarik kita ke syurga kelak, bila mana mereka cari kita di merata syurga dan
tak nampak kita, mereka akan bertanya kepada Allah di manakah kita? Allah kata
kita tak boleh masuk syurga, tapi dengan rayuan mereka kita kepada Allah, Allah
benarkan kita masuk syurga!
Allahu....
Aminnn....
Kata professor yang
sering bersolat di masjid, "kawan-kawan kita jarang nampak di masjid", saya diam dan tunduk. Saya faham situasi
mereka kalau saya juga ditempat kawan-kawan saya, saya juga tak sempat nak
pergi solat berjemaah di masjid. Dan, apa yang saya mampu buat adalah
berdoa, supaya saya juga ditetapkan untuk sentiasa solat di masjid, dan doa
untuk sahabat-sahabat saya semoga mereka jua dimurahkan rezeki solat di mana
sahaja walaupun di dalam bilik ofis… Semoga mereka dirahmati selalu. Bukan
semua orang yang solat di masjid baik, molek, banyak lagi benda dan perkara
kebaikan yang boleh kita buat. Tapi saya percaya kalau kaki kita sentiasa
melangkah ke tempat yang baik, InsyaaAllah sedikit sebanyak dosa kita akan
diampunni, kerana rumah Allah penuh dnegan RahmatNya. Saya tak tahu impian kea
pa? Sejak di bangku sekolah, saya sering mengimpikan untuk sentiasa solat di
masjid, saya mahu sujud, saya mahu duduk selalu di rumah Allah dan masa itu
saya tak tahu bila saya akan mampu laksanakan? Saya pun tak sedar bila saya
mula mengunjungi masjid, dan…. apa yang saya alami sejak remaja hingga dewasa
dengan dugaan dan cabaran hidup dan untuk ke masjid, mengadapNya selalu, Allah
susunkan…. Allahu, sampai sekarang dugaannya tetap sama! saya nak solat di
masjid. Tapi bila dah balik rumah, kekangan kat rumah lain pula, seharian di
tempat kerja kat rumah dah tak mampu saya nak ke surau….
Kekangan kita tak sama
kan…. apa pun saya percaya setiap apa yang Allah susunkan pada kita bersebab?
Kenapa sejak dibangku sekolah masa remaja saya nak ke masjid? Nak selalu sujud
di masjid? Ada sebabnya yang Allah datangkan pada saya! Dan,, sekarang pun
Allah datangkan asbab yang sama untuk saya melangkah ke masjid. Tanpa asbab
kaki kita ni tak mungkin mampu melangkah ke masjid. Bukan orang baik yang pergi
masjid pun…. orang yang banyak dosa yang pergi masjid. Orang baik-baik bagi
saya mereka selesa bukan tak perlu ke masjid tapi Allah tak susunkan mereka ke
masjid. Mereka mungkin dah banyak membuat kebaikan di luar, kebaikan sesama
keluarga, kebaikan sesama ummat dan makhluk. Allah susunkan mereka ke arah
itu….
Umur saya sekarang nak
masuk 40 tahun, tahun depan, saya mengimpikan suatu yang indah keluar dari
kepompongan kpi dunia untuk menjelajah seluruh pelusuk alam mencari kpi
akhirat. Saya tak tahu bila akan terlaksana, saya hanya mampu berdoa dan semoga
saya diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki mencapainya.
Bila mana kita mendoakan
orang sekeliling , secara langsung kita akan ingat pada mak ayah di kampung dan sentiasa
mendoakan kesejahteraan mereka.
Dan... juga buat seluruh keluarga dan sahabat-sahabat saya doakan kalian dikurnian buku catatan amal di tangan kanan, dapat melintasi titian sirat selaju cahaya dan dikurniakan syurga
3. Sedekah
Sedekah! dengan rasa
hati yang hina ini saya tak mampu nak memberi sedekah pada mak ayah saya. Dah
berbulan lama saya mencari no akaun mak saya untuk saya sedekahkan walaupun
seringgit sehari tapi saya tak jumpa. Saya malu nak minta no akaun mereka kalau
saya cakap nak masukkan duit pada mereka walaupun seringgit sehari….
Apa yang saya buat saya
sedekahkan di masjid bila saya melangkah ke sana dan saya doakan untuk mak ayah
saya!
4. Bersyukur
Harus buat dengan hati yang ikhlas tanpa rasa ragu! bersyukur ni memang nampak senang tapi sebenarnya
susah adakala kita ni, mulut je cakap bersyukur tapi tidak hati yang dalam. Apa
pun keadaan susah atau senang dengan rela seikhlas hati walaupun buruk dan buruk
keadaan kita taburla senyuman, tadah la tangan mengalunkan tanda syukur.
“Allhamdulillah”
Ini empat perkata yang
sangat mudah untuk kita buat tiap hari tapi kesannya sangat ajaib. Saya sudah
laluinya dengan pelbagai keajaiban yang Allah bagi, walaupun dalam akaun saya
cuma ada RM51.01 dalam masa 3 minggu lagi saya nak gaji…. bila saya buka sahaja
akaun nampak bakinya saya tadah tangan bersyukur dengan rasa senyum! kerana Nikmat Ujian sangat hebat.
Ada yang cadangkan buat kerja itu dan ini.. apa yang dah dibuat sekarang pun dah tak ada daya. Badan sakit siapa tahu. Hanya tuan yang menanggung. It's ok, itu adalah lumrah hidup selagi bernyawa selagi tu ada rezekinya di sini, kalau tak ada mungkin ada di sana. Ini bukan kata-kata orang lemah dan tidak berwawasan tapi kata-kata sedar diri.
Berlari di dunia selagi mampu jangan ditinggal dan di lupa bekalan akhirat. Kalau boleh cari sebanyak mungkin bekal tersebut.
Ada yang cadangkan buat kerja itu dan ini.. apa yang dah dibuat sekarang pun dah tak ada daya. Badan sakit siapa tahu. Hanya tuan yang menanggung. It's ok, itu adalah lumrah hidup selagi bernyawa selagi tu ada rezekinya di sini, kalau tak ada mungkin ada di sana. Ini bukan kata-kata orang lemah dan tidak berwawasan tapi kata-kata sedar diri.
Berlari di dunia selagi mampu jangan ditinggal dan di lupa bekalan akhirat. Kalau boleh cari sebanyak mungkin bekal tersebut.
Hati kena kental, kena
yakin dengan keajaiban Allah. InsyaaAllah tak tahu dari mana Allah akan
cukupkan rezeki kita! InsyaaAllah….
Semoga Allah swt murahkan rezeki dunia Dan akhirat buat semua pembaca blog ini...
Amin...
Semoga Allah swt murahkan rezeki dunia Dan akhirat buat semua pembaca blog ini...
Amin...
No comments