Nikmatnya Ujian Itu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah

Nikmat dapat pergi dan balik bekerja pun sangat dihargai.... Namun, kadang kala mood di ofis membataskan segalanya. Dalam sebulan hanya sekali dua dapat keluar dari rumah ke lain destinasi walau pun berdekatan. Selebihnya hanya balik kerja pergi kerja la jawabnya. Banyak perkara yang membataskan saya dan keluarga. Memang dalam hidup saya cuti itu tiada maknanya. Kalau cuti, cuti semuanya duk umah diam dalam rumah.

cantikkan.... ini lah warna-warni hidup saya :) lembut sahaja....

Jiran kami selalu ajak keluar makan nak belanja, terpaksa berkali-kali husband saya menolak. Terpaksa dan terpaksa menolak rezeki. Tak sanggup, dibelanja oleh jiran lagi, naik malu dan segan. Kami tiada kemampuan untuk belanja mereka sebab itu terpaksa menolak rezeki yang datang. Bagi kami makan apa yang ada di rumah walaupun peti ais kami tak pernah penuh malah selalu kosng, nasi putih, nasi goreng kosong itu makanan rutin kami. Itu yang paling bahagia.... Adakala saya yang masak dan ada kala husband saya yang masak nasi goreng. Memang berebut kami empat beranak bila makan nasi goreng kosong nak bertambah-tambah. 

Allhamdulillah,
Saya sudah nampak suami saya menerima segala kesempitan hidup kami. Selama ini memang saya menyorok darinya yang saya memang tak cukup duit. Sekarang saya sangat bersyukur bila husband saya bekerja kami kongsi segalanya, malah dia juga faham keadaan saya. Jika dahulu di rumah ada internet kini tak dipotong perkhidmatan tersebut. Gaji kami hanya dapat guna dalam seminggu sahaja. Selebihnya memang terpaksa mengikat perut selepas membanyar segala hutang dunia.... Allhauakhbar.... 

Ada petrol dapat pergi kerja dan balik kerja itu sudah memadai bagi kami. Dalam beberapa bulan ini kami sangat selesa dengan apa yang Allah berikan kepada kami. Bukan saya tidak mahu menginfakkan diri saya dengan aktiviti kebajikan seperti sebelum ini. Namun, banyak perkara yang membataskan saya! Tiada ada daya saya, kerana semua daripadaNya. Syukur dan sujud di pagi hari itu lah nikmat yang Allah berikan untuk kekuatan diri. Mendiamkan diri dan berserah pada Allah memohon ampun dipermudahkan kerja dan pengajian saya itu yang saya pohon. 

Allhamdulillah,
Kata suami saya, dapat cukup makan pun dah bersyukur sangat. Cukup makan dengan erti kata setiap hari dapat makan, walaupun makanan tak seberapa. Saya cakap kat husband saya, Allah ni Maha Pengasih dan Penyayang, tengok anak-anak kita, makanan mereka cuma nasi putih dan kuah sahaja, nasi putih, planta dan kicap,.... Itu makanan paling seronok mereka makan., Allah tak bebankan kita! Anak-anak memang seronok makan macam tu, Allah tahu apa yang dia berikan pada kita mencukupi. Nasi goreng itu sangat hebat bagi mereka. 

Ada kala mereka teringin nak makan KFC dan sebagainya, iklan kat tv mempengaruhi minda mereka. Tapi mereka faham kami tak cukup duit nak bagi mereka makan semua itu. Kakak pun dah tahu gaji saya bulan 12 untuk saya beli buku sekolah bayar yuran. Dia tak nak minta apa-apa daripada saya melainkan bayar yuran dan beli buku sekolahnya. Kakak memang anak yang baik, dia sangat faham keadaan saya. Bulan lepas saya memang risau! Risau sebab bulan 12 dia cuti sekolah dan terpaksa duduk di ofis saya. Saya buntu apa yang saya nak bagi dia makan. Kalau saya seorang di ofis, saya tak kisah makan apa sahaja yang ada. 

Allhamdulillah,
Allah Ya Baari, Allah susunkan segalanya. tiap hari saya bawa bekal dan beli sup ayam dan bergedel tuknya. Dia memang suka, adakala empat kali dia makan nasi dengan kuah sup dan bergedel. Dia memang suka potato.... Ada hari yang saya beli sup ayam, bergedel dan telur mata cuma RM4.... Rahmat dan rezeki Allah Ya Muqit Yang Maha Mencukupkan.... Cukupkan rezeki kepada kami. Dia kenyang saya gembira. Dari pagi sampai ke petang kat ofis, anak-anak tengah membesar memang kuat makan. 

Hal saya,,,,,, Ada juga bengkel pengajian yang terpaksa saya skip, tak mampu saya nak attend dengan harga walaupun RM20. Memikirkan petrol dan makanan anak-anak saya. Bersyukur dalam keadaan demikian saya rasa sangat selesa dan mula ok dengan apa yang Allah bagi. Allah sangat hebatkan. Dia uji kita sepadan dengan kita! 

Allah akan uji kita, jika kita sudah bersedia untuk berubah.
Saya percaya dan sangat percaya tentang ini. Saya mula merasainya. Sekarang saya rasa selesa dengan ujian Allah ini. Sesempit mana pun hidup saya dan keluarga, Allah tak akan uji dengan kemampuan kita. Mungkin pada mula nya kita tidak selesa, merungut dan sebagainya. Namun, bila berserah sahaja pada Allah,,, lama kelamaan akan merasa sangat selesa dengan ujianNya,,,,

Ujian dan Idola
Ramai idola sana menjadi inspirasi saya, bila saja saya rasa tersangat perit, saya akan ingat Rasulullah lagi perit hidup baginda sekeluarga, Nabi Ibrahim, Nabi  Ayub.... ramai nabi-nabi di beri ujian yang perit oleh Allah swt. Ujian saya tak seberapa nak dibandingkan mereka. Dan di luar sana banyak lagi ujian yang dihadapi hambaNya seperti wanita yang saya pernah ceritakan dahulu.... Ujian sakit dan sebagainya. Namun dengan ujian bahgia dan ujian kemewahan, kesenangan juga adalah ujian tanpa sedar. Bukan sahaja ujian sakit, perit, miskin, susah,,,,, senang, kaya, cantik, hensem, berjawatan, berilmu, ada keluarga yang bahagia juga satu ujian Allah yang sering kali disangkakan rahmah dan nikmat serta rezeki.... Harus berhati-hati juga dengan ujian tersebut! Yang kadang-kala dilimpahkan rasa bersyukur tanpa sedar ada unsur ujud dan riak...




2 comments:

  1. Betul kak..mula mula diuji...subhanaAllah terasa sangat berat...namun lama kelamaan Allah beri rasa tenang untuk menerima...semua dengan kehendak dan izinNYA kan kak..

    ReplyDelete
  2. Tak pe Shiela....bukankah Allah dah janjikan bahawa disetiap kesusahan itu akan ada kesenangannya.
    Sesuah susah kita mungkin ada yg lebih susah diluar sana. Sebenarnya redho dan syukur itulah yg buat kita lebih bahagia.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.