Pengajian Saya
Sudah 4 Tahun Berlalu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Allhamdulillah....
Tanggal 17 Disember 2016 yang lalu genap 4 tahun saya sebagai pelajar sepenuh masa.... 4 tahun? lama kan.... kawan-kawan saya seorang demi seorang sudah viva tesis mereka.... ada yang ambil masa 4 tahun 5 tahun 6 tahun,,,, Yang terbaru kawan saya, 2 tahun lebih dah viva... Saya??? erm... Allah Ya Baari', dalam keadaan saya yang sedang sarat 6 bulan ni, saya akan memastikan yang saya akan sentiasa sangat positif..... Bak kata sahabat saya, jangan risau Allah dah tentukan nasib kita, dia! 2 tahun lebih dah viva, sebab dia seorang diri tanpa komitmen.... Kita? ada keluarga, anak dan suami yang perlu diuruskan juga!.... erm... that's right babe!
Allhamdulillah....
Walaupun saya agak lambat bukan sedikit, banyak rasanya.... Dari bulan 9 yang lalu saya hantar 1st draft DI SINI..... dan dikembalikan oleh supervisor saya sebulan selepasa itu DI SINI.... kini dah bulan Disember belum siap lagi correction saya! Apa pun saya kena kuat! teruskan perjuang ini.... rakan-rakan di ofis saya semua support saya untuk habiskan pengajian ini.... Mereka sedang menanti saya menamatkan pengajian.... katanya, banyak yang harus saya laksanakan,.... Malas saya nak fikir perkara tersebut.... kat fikiran saya sekarang cuma nak submit tesis saya untuk viva sebelum saya bersalin! Due date bersalin saya bulan 4 tahun hadapan.... doakan saya k!
Complicated
Bila rakan-rakan tengok model saya mereka cakap komplikatednya model saya DI SINI... erm... bila difikir memang komplikated.... Kalau tak complicated tak namanya tesis! Saya selalu melawak kat mereka macam ni perjalanan pengajian saya sebelum menyambung pengajian sehinggalah sekarang memang complicated..... Liku-liku seorang pelajar nak memahami sesuatu ilmu itu lah saya, perjalanan yang complicated.... susah sangat..... itu lah perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar..... kalau dulu masa degree dan master saya tak rasa semua ni..... bila dah masuk alam PhD ni baru tahu liku-liku hidup seorang pelajar yang sebenar!!!
Titian Perjalanan
Namun, saya yakin ini semua Allah dah tentukan perjalanan hidup seseorang... Ada orang senang sahaja tesis mereka, apa yang mereka kaji pun senang dah lulus.... ada orang susah sangat, ada juga rakan saya 8 tahun baru habiskan pengajian tapi selamba saja,,,,, katanya yang penting dia habiskan juga pengajian tak kira la 10 tahun ke berapa tahun.... erm..... hebatkan kesabaran dan keteguhan mereka.....
Orang tanya???
Senang, susah ke mengaji tu??? erm.... susah nak jawab! sebab setiap tesis yang kita buat tak boleh sama yang setiap orang di dunia ini! Ada susah ada senang.... yang penting itu perjalanan meraih ilmu!!! Rasulullah saw tak tahu membaca dan munulis pun.... Daripada buta huruf berguru terus dengan Malaikat Jibril dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga berjaya menguasai Al Quran.... InsyaaAllah kita juga mampu.....
Kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan akhir semester dan yang akan menempuhinya nanti, buatlah sehabis baik..... Ingat Allah selalu yer.... Hanya Allah yang akan tolong kita.....
Dalam apa pun yang kita lakukan ingat Allah sentiasa...insyaAllah moga Allah permudahkan urusan akak ya...
ReplyDeleteterima kasih sis... InsyaaAllah... :)
Delete