Tips Supaya Anak-anak Mudah Bercakap




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tips Supaya Anak-anak Mudah Bercakap / Allhamdulillah.... Bila ditanya anak-anak saya bercakap semasa umur berapa? Depend pada anak kata saya. Kakak amani umur 10 bulan dan boleh bercakap. Tapi dia sedikit pelat. Manakalah kak ngah Adelia bercakap umur 14 bulan.... Dan adik Nur Jannah umur setahun. 

Ketiga-tiga anak-anak saya berlainan situasi. Ye la kita tak boleh nak bezakan anak-anakkan..... tapi yangpaling utama semasa mengandung seingat saya, saya memang akan bercakap dengan kakak semasa dia dalam perut lagi... hehe... mungkin sebab itu juga dia cepat bercakap.



Yang paling utama sebagai ibu dari umur 2, 3 bulan kena fokus pada mereka. Mula bercakap dengan mereka menyebut perkataan yang betul.... walaupun bahasa dialek negeri tapi cuba bercakap dengan sebutan yang betul.... Untuk mereka mudah ingat sesuatu perkataan.

Baca: Bila Nur Jannah Mula Bercakap: Perkataan Yang Disebut Menakutkan Saya!

Kalau kakak Amani dia dia dah mula bercakap dia sedikit pelat! Umur dia 2 tahun setengah saya hantar dia ke sekolah taska.... Bila dalam kereta saya akan train perkacapannya dengan emnyebut perkataan bahasa Melayu yang betul.... Tiap-tiap hari saya akan trainnya, sebab dalam kereta je la boleh dia duk diam... Kalau kat rumah dia dah tak mahu ikut banyak perkara yang dia nak main. Allhamdulillah, dalam umur dia 3 tahun lebih pelat dia mula berkurangan...


Kalau kak ngah Adelia pula, dia lambat cakap sikit setahun lebih baru bol;eh bercakap dan ia membuatkan saya sangat bimbang! tapi dia faham dan bijak, sebab umur dia 10 bulan dia dah faham apa yang saya cakap. Situasinya saya suruh kakak ambilkan remote tv, tapi masa tu dia baru sahaja nak mula berjalan dengan berpegang pada meja dia bangun ambil remote tv....

Bila dia dah mula bercakap, Allhamdulillah sangat cepat dia dapat menguasai percakapan. Dan... seperti biasa saya akan menganjarnya menyebut satu-satu perkataan dengan bahasa yang betul....


Nur Jannah pula, mula bercakap umur setahun. Tapi sekarang umur dia 2 tahun 6 bulan, percakapannya ada pelat ada yang tepat.... tapi bila dia sebut mama ke kak ngah, kakak memang tak pelat! Mula-mula dia sebut ngangah pada kak ngahnya, tapi allhamdulillah sekarang pelatnya sedikit demi sedikit hilang... Kalau semasa umurnya setahun lebih dia bahasakan dirinya "nanah", sekarang allhamdulillah dia dah mula sebut namanya "Jannah"... 

Paling Penting:
Yang paling penting untuk mendorong anak-anak mudah bercakap :

1. Elakkan cakap pelat dan ajuk pelat mereka. 

Cuba sedaya upaya gunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang betul.... Cakap dengan mereka berulang-ulang kali. Yang ni memang akan rasa penat la, tapi jangan give up. Cakap dan terus cakap dengan mereka.... InsyaaAllah lama-kelamaan mereka mudah menyebut apa yang kita sebut. Saya ajar anak-anak saya smeua cakap bahasa Melayu baku. Bila mereka besar baru mereka belajar sendiri cakap dialek negeri! Ini juga mendorong anak-anak mudah faham dan ingat bahasa Melayu atau Inggeris.... Satu atau dua bahasa yang kita gunakan dengan betul akan memudahkan anak-anak mengikut percakapan kita! 

2. Fokus. 

Ibu bapa kena fokus bercakap dengan mereka.... Jangan mudah jemu, cakap berulang-ulang kali, cuba luangkan masa yang berkualiti dengan mereka apabila mereka bermain cakap dengan mereka berulang-ulang dengan menyebut satu persatu pekataan.... Sebagai contoh "biru, pink, purple, hijau, oren".... "satu, dua, tiga,...." dan sebagainya. Saya akan mengulang-ulang kali cakap, dan akan sentiasa bercakap dan terus bercakap dengan mkereka dalam melatih supaya mereka mudah bercakap. Yang penting kita kena fokus pada mereka, jangan ajar mereka sambil lewa, tengok mata mereka.... Bila kita fokus pada mereka, secara tidak langsung mereka juga akan memberi perhatian apa yang kita tuturtkan.



3.  Gunakan nada yang sesuai. 

Kalau yang ni terpulang pada cara ibu bapa. Kalau saya, saya memang gunakan nada yang tegas dengan mereka supaya mereka menyebut satu-satu perkataan dengan betul.... Selagi tak betul mereka sebuat saya akan ulang dan ulang dengan nada yang sedikit keras tapi bukan marah.... Bila mereka dengar saya sebut mereka akan cuba sebut. Contohnya seperti "makan"... biasanya mereka akan sebut "kan atau akan".. Saya akan gunakan sebutan dengan mulut "ma" "ma" "ma"... berulang kali saya akan sebut "makan".... tutup bibir... bila mereka tengok mulut dan bibir kita mereka akan ikut walaupun susah.... Lama-kelamaan tiap-tiap hari kita ajar sebut dengan betul mereka mampu menguasainya.....

4. Membaca Bersama Mereka.  

Cuba gunakan teknik bacaan buku.... atau apa-apa bahan bahan yang mudah... Duduk dan spend time betul-betul dengan mereka, jangan biarkan mereka leka bermain dengan benda lain.... baca buku untuk mereka. MAsa kakak kecil saya selalu ajarkan dia dari awal "a, b, c" "1,2,3"..... tunjuk abjad dan huruf pada mereka.... Allhamdulillah otak mereka masih fresh dan mudah ingat. Al Quran pun mudah ingat! Yang penting hargai masa bersama mereka dengan berkualiti.... Walaupun sepatah sehari itu sudah sangat memadai untuk mereka mula bercakap dengan sebutan yang betul.

Baca: 10 Aktiviti Berharga Bersama Anak-Anak Yang Selalu Tidak Diberi Perhatian


5.  Tolong Jangan Beri Anak-anak Gadget. 

Ada baik dan buruknya gadget ni.... Sebolehnya ibu bapa elakkan anak-anak bermain dengan gadget. Mereka mudah leka dengan apa yang mereka lihat. Tidak dinafikan mereka juga belajar dengan gadget, tapi bila mereka terlalu fokus, mereka mula hilang pertimbangan dan seronok dengan gadget. Situasi anak-saya, Nur Jannah, dia pun sudah pandai mengambil handphone saya, tapi dalam beberapa minit saya akan merampas kembali. Tak dinafikan juga dia pandai pelajar menyanyi menerusi you tube.... dan belajar menyebut juga menerusi lagu-lagi di youtube tapi sejujuran dari pandangan peribadi saya, bila mereka dah menguasai gadget sukar untuk kita menghalangnya.... Biar mereka belajar menyebut dengan didikan kita secara manual....

6. Gunakan Bahasa Badan.  

Berdasarkan pengalaman, bila bercakap dengan anak-anak dengan menggunakan bahasa badan, mereka akan mudah meniru kita. Apa yang saya selalu praktiskan dengan menggerakkan bibir mulut biar mereka tengok bibir, lidah kita kat mana kita letak semasa menyebut satu-satu perkataan mereka akan ikut gerakan mulut kita. Seperti saya menyuruh Jannah sebut huruf "N".... "nnnnn" letak lidah di atas lelangit. Memang la susah nak suruh anak kecil buat.... Bila bila kita bersungguh gerakkan lidah dan mulut kita mereka akan turut sama ikut, walaupun Jannah letak lidah di atas bibirnya.... hehehe.... 

7. Memberi pujian atas setiap perkataan yang mereka ikut kita sebut. 

Rajian-rajin lah kita memberi mereka pujian dengan apa yang mereka sebut walaupun silap. Kerana dalam proses mendidik anak kecil ni mereka sangat sukakan pujian, kerana waktu umur 1 hingga 2 tahun mereka sudah pandai menilai pujian. Tepuk tangan dan pujian mereka bijak dengan kata-kata yang baik dan bermotivasi dapat menambah keyakinan mereka untuk bercakap.

Apa pun jangan risau kalau anak-anak lambat mengenal A,B,C kerana setiap anak ada rezeki tersendiri yang sudah ditetapkan oleh Allah swt.

Baca: Mengenal Ciri-Ciri Anak OKU

InsyaaAllah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan perlu fokus dan tidak jemu dalam melatih mereka bercakap mereka mudah ikut dan mudah belajar. Apa yang perlu ibu bapa ingat, sebolehnya dalam mendidik mereka mula bercakap, kalau boleh elakkan:

1. cakap dengan mereka seperti kita cakap dengan kawan-kawan dan orang sekeliling kita.
2. jangan bercakap sambil lewa dengan mereka bila mereka bertanya.
3. jangan gelakkan mereka bila mereka salah menyebut.
4. jangan marah mereka bila tidak tahu menyebut.
5. jangan bandingkan mereka dengan anak-anak kecil lain.
6. jangan mencarut dan bercakap yang hodoh di hadapan mereka.

Perkongsian ini adalah berdasarkan daripada pengalaman saya. Mungkin anda lebih arif dan lebih berpengalaman dalam merangsang anak-anak kecil bercakap. Kalau sudi bolehlah kongsi bersama....

Allhamdulillah








4 comments:

  1. Setiap anak ada ceritanya masing-masing kan kak. Ada uniknya yang tersendiri. Kebolehan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Pernah tersebut ayat "celaka" masa berbual dgn kawan di telefon, anak sy dengar pulak tu..anak sy guna ayat tu bila dia marah, hurmm..umur baru 4 tahun..harap dia boleh lupa lah ayat tu nanti..terdidik perkataan x baik secara x sengaja..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.