10 Aktiviti Paling Berharga Bersama Keluarga Di Hujung Minggu



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


10 Aktiviti Paling Berharga Bersama Keluarga Di Hujung Minggu /  Assalamualaikum, salam sayang semua.... Salam hujung minggu juga, dan saya di Kedah hari pertama kerja, hari minggu kami Jummat Sabtu. So, kat sini saya nak kongsikan 10 aktiviti berharga bersama keluarga di hujung minggu. Hujung minggu saya sama sahaja, dek saya memang duk kelam kabut siapkan pengajian saya, hujung minggu pun saya terpaksa masuk ofis.... Walau apa pun saya akan luangkan juga masa bersama keluaga terutama anak-anak saya.... 


1. Hiking dan excersize
Ini memang dah rutin saya sejak adanya #bukitbungaraya di Sintok ni, sejak tahun lepas saya akan mendaki bukit yang ketinggi cuma 600km itu... Walaupun x mencabar tapi itu la tempat riadah saya bersama keluarga dan sahabat-sabhabat lari.Sebelum masuk ofis di pagi hari minggu saya akan mendaki dulu, menghilangkan stress yang ada.... Begitu juga dengan excersize, kalau saya tak hiking, saya akan berjalan kaki bersama kak ngah Adelia di dalam kawasan universiti sambil menunggu kakak yang ada trainning golf di pagi Jumaat. Begitu juga dengan pagi Sabtu, saya dan kakak akan mendaki dahulu sebelum saya menyambung kerja saya di ofis. 


2. Membaca Al Quran
Di malam hari bselepas solat Maghrib boleh baca Al-Quran bersama-sama anak-anak. Kalau boleh jangan bagi mereka tengok tv waktu pukul 7 dan waktu itu biasanya yang paling menguji kita. hehehe... nak nak kalau kita sebagai ibu dan ayah suka juga tengok cerita pukul 7 tu, yang tu tak dapat nak nolongggggg..... hehehe


3. Mencuci Kereta
Ini juga satu aktiviti berharga bersama keluarga. Anak-anak memang suka mencuci kereta lebih-lebih lagi anak-anak kecil macam saya, pantang disuruh nak sahaja buatnya.... Sambil cuci sambil main air, nak nak lagi, baby Jannah yang sangat suka main air. Pantang disebut air, mandi, toilet, terus buka pakaian..... so, aktiviti ini selain mengeluarkan peluh secara tak langsung akan mengeratkan hubungan keluarga....

4. Library Time
Salah satu aktiviti untuk menggalakkan anak-anak kita rapat dan suka membaca buku. Boleh bawa anak-anak ke perpustakaan awam berdekatan ambil masa beberapa jam untuk mereka mesra dengan perpustakaan dan memabaca buku yang mereka gemari. Sambil itu ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan kita serta mendapatkan ilmu baharu... Kalau kat rumah sudah semestinya tak ada masa untuk membaca, itu kalau saya la....

5. Memasak 
Cooking time. Anak-anak memang suka.... hujung minggu biasanya masa paling sesuai untuk masak bersama-masa keluarga. Memang la, sebagai ibu kita anggap anak-anak ni akan mengganggu kita masak sedangkan kita nak cepat, tapi cuba lakukannya dengan positif, berikan arahan yang tepat dan tugas masing-masing kepada anak-anak, insyaaAllah kerja kita akan mudah dan seronok bersama mereka.

uhh uhhh... lama x makan nasi ngn budu cam ni.....

6. Melipat Pakaian
Haaa... yang ni susah? susah ke? hehehe... memang banyak kain tak berlipat kat rumah saya. Aktiviti yang bagus, memberi arahan setiap anak mengambil pakaian masing-masing dan melipat bersama.... Kalau kat rumah saya , saya, kakak Amani dan kak ngah Adelia akan lipat kain, kemudian adik Nur Jannah akan kacau... kekeke.... riuh rendah kakaknya marah, so itu dah jadi suasana paling best usik mengusik dan bermakna....

7. Membawa anak-anak ziarah anak yatim
Kadang-kadang memang sukar nak buat kerja ni. Saya pun tak nafkan diri sendiri, tapi ini aktiviti paling berharga untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada anak-anak kita bahawa mereka sangat beruntung kerana masih ada keluarga ibu dan ayah berbanding anak yatim yang sebaya mereka terpaksa tinggal di rumah anak yatim kerana sudah tiada ibu atau ayah....

8. Beridah
Bawa anak-anak ke taman untuk aktiviti beridah, menghirup udara segar dan mengeluarkan peluh bermain di taman dan sebagainya. Di samping itu mereka akan mengenali kawan-kawan baharu dan kita juga boleh bermain bersama mereka. 


9. Menziarah
Hujung minggu untuk merapatkan silaturahim dengan membawa anak-anak menzirah keluarga, sahabat, dan sebagainya. Kalau anda keluarga tinggal di negeri yang sama boleh bawa anak-anak menziarah keluarga, sahabat atau juga jiran tetangga.Dengan merapatkan silaturahim dan menyambung silaturahim ini akan mendapatkan rezeki yang banyak dan memanjangkan usia... Betul ke? Jom ------->>>> baca sini.....


10. Shopping Time
Hari minggu hari paling sesuai untuk bawa anak-anak ke pasaraya membeli belah keperluan harian dan sebagainya. So, anak-anak ni memang suka la kalau shopping time, saya yakin bukan anak-anak sahaja malah ibu ayah pun suka.... hehehe.... apapun beringat dalam perbelanjaan....


Apapun aktiviti yang kita lakukan biarlah secara bersederhana... Ini cuma 10 aktiviti yang saya cadangkan, banyak lagi aktiviti berharga di hujung minggu bersama keluarga... So, anda boleh kongsikan bersama saya.....

Allhamdulillah....

2 comments:

Powered by Blogger.