Product Review
Apa Hebatnya Domino's Salted Eggs Yang Dikatakan Shiok?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Apa Hebatnya Domino's Salted Eggs Yang Dikatakan Shiok / Allhamdulillah dah dua kali saya dan keluarga makan menu promosi baharu Domino's Sated Eggs. Kali pertama saya menempah Royale Delight Pizza dengan Rayal Tuna Pizza. Dan untuk kali kedua saya menempah Royale Chicken Pizza + chicken papperoni manakala untuk Royale Tuna Pizza saya tambah beaf pepperoni, dan satu lagi saya ambil Ultimate Hawaiian with Mozzarella Cheese Tarik.
Untuk kali pertama, tak sempat nak review sebab lapar kot, terus makan jer.... yang tu, saya take away, bila sampai rumah dah sejuk, rasa pun dah kurang sedap...
Untuk kali kedua lak saya dan keluarga decide tuk makan kat premise domino's sahaja, so still hot, memang sedap la.... Pandangan kawan saya untuk salted egge memang sedap katanya terutama Royal Chicken Pizza dengan chicken pepperoni ada umppp..... kalau yang Royal Tuna pizza x sesuai sangat di tambah dengan beaf pepperoni.... Sejujurnya untuk Royal Tuna Pizza lagi sedap kalau tak ditambah apa-apa melainkan cheese sahaja. Apa yang penting kat sini anda boleh buat pilihan mengikut selera anda, dan kalau macam saya cuma pilih dan nak rasa, kalau saya buat pilihan tepat maka sedap la jadinya gabungan pizza tersebut. Apapun try and error....
Serius cakap salted eggnya, tak masin.... saya suka sebab dia bercrunchy. Memang sedap! Sangkaan saya melese, sebelum merasa salted egg ni saya bayangkan ia masin macam sated egg makan dengan nasi, rupanya tak macam tu... ngam-ngam je rasanya, jangan risau high blood sebab makan masin, memang tak masin sedap dan sedang-sedang je....
So, uols yang belum mencuba promosi Eggstra Shiok, cepat-cepat ke Domino's k... ke Domino's berdekatan anda, atau boleh sahaja order online di www.dominos.com.my
No comments