Petal Velvet Sunaway dengan SPF 50 + PA +++ Melindungi Wajah Di Kala Panas Mentari




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Petal Velvet Sunaway dengan SPF 50 + PA +++ Melindungi Wajah Di Kala Panas Mentari / Allhamdulillah, syukur saya diperkenalkan dengan Petal Velvet Sunaway. Ia merupakan pelindung daripada sinar mentari yang melindungi kulit dari kesan UVA dan UVB. Apa yang penting Petal Velvet Sunaway ini sesuai dengan semua jenis kulit. Menarikkan? Jadi, anda tidak perlu risau jika kulit anda jenis berminyak ke, jenis kering ke, Petal Velvet Sunaway ini memeng dikhususkan kepada pelbagai jenis kulit. Macam kulit saya memang jenis berminyak dan saya memang jenis kulit muka gelap, kalau di bawah pancaran sinar mentari lagi la kelam kulit ku! hehehe.... 


Kepentingan Penggunaan Petal Velvet Sunaway

Kenapa kita harus menggunakan pelindung mentari bagi kulit kita? Mungkin ini adakala menjadi tanya tanya! dan jawapan yang sudah diketahui adalah untuk melindungi cahaya matahari terus sampai ke kulit wajah sehinggakan boleh menggelapkan kulit wajah.... dan apa yang tidak diketahui ia penting kerana untuk memberi pelindungan daripada sinaran UV sekaligus menghalang terbentuknya jeragat atau melasma. 



Selain tu untuk mengekalkan kondisi kulit yang cantik, tidak berkedut atau tidak sekata. Yang bestnya, Althea Petal Velvet Sunaway tidak mengandungi bahan kimia ye dan ekstrak Damask Rose yang terkandung dalamnya membantu untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Apa yang saya suka tentang Petal Velvet Sunaway ini baunya seakan bau serai... 



Apa itu Damask Rose Extracts?
Kandungan yang terdapat dalam Althea Petal Velvet Sunaway ini ialah ekstrak Damask Rose. Ia berfungsi sebagai sunscreen untuk melembapkan dan melembutkan kulit daripada pancaran UV. Damask Rose ini mengandungi nano molecular semulajadi yang mana ia kaya dengan vitamin untuk menembusi ke dalam kulit. Selain itu ia juga bersifat sensitif yang menenangkan dan mengandungi minyak Geranium bagi menguatkan serta memberi kulit lebih berseri dan memulihakan jerawat.


Kenapa Anda Mesti Memiliki Althea Petal Velvet Sunaway?
Anda harus mempunyai dan memiliki Petal Velvet Sunaway dijadikan koleksi tatrias anda kerana sebagai:
  • Penggunaan harian 
    •  Mereka yang perlukan penggunaan yang panjang dan sunscreen perlindungan yang kuat untuk setiap hari.
  • Kelembapan kawalan sebum 
    •  Mereka yang inginkan sunscreen yang lembap, tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit, kulit yang kasar dan meleket.
  • Semua jenis kulit 
    •  Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.


Secara peribadi saya suka dengan Petal Velvet Sunaway ini lebih-lebih lagi anak saya kakak amani yang selalu je guna Petal Velvet Sunaway. Memandangkan kakak Amani selalu terdedah dengan pancaran sinar UV dengan aktiviti di sekolah malah dengan sukan golf, saya membenarkan dia menggunakan Petal Velvet Sunaway. Allhamdulillah, terima kasih The Althea kerana sudi menemukan saya dan keluarga dengan Petal Velvet Sunaway yang sungguh memberi pelindungan...


Allhamdulillah, Ya Rabb....

So, anda apa lagi, jom sesama kita melindungi kulit wajah daripada sinaran pancaran UV dengan Petal Velvet Sunaway. Dan.... harganya juga sangat berbaloi.... Jadi, untuk dapatkan Althea Petal Velvet Powder atau Althea Petal Velvet Set ini, anda boleh layari

Laman Seswang:

Instagram 

5 comments:

  1. Lea suka sgt dengan Milk Peel cream tu... Memang terbaik..

    ReplyDelete
  2. tgh musim panas ni kena beli satu la gamaknya

    ReplyDelete
  3. Ana suka petal velvet ni sebab dia tak bercapuk bila pakai. Bau dia pun best.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.