Advertorial
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 kembali untuk beri penghargaan kepada guru Pencalonan dibuka mulai hari ini sehingga penghujung bulan Mac 2019
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 kembali untuk beri penghargaan kepada
guru
Pencalonan dibuka mulai hari ini sehingga penghujung bulan Mac
2019
PUTRAJAYA, 1 Mac 2019 – Dengan sambutan dan maklum balas yang cukup
memberangsangkan pada tahun lalu, McDonald’s Malaysia terus memberi
pengiktirafan kepada para guru dengan pelaksanaan anugerah tahunan iaitu Anugerah
Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s. Memasuki tahun ketiga ia dilaksanakan,
McDonald’s mengajak orang ramai untuk mencalonkan guru-guru mereka mulai hari
ini. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan
tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan
memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik.
Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s telah menerima 3,000
pencalonan daripada rakyat Malaysia pada tahun lalu, manakala 1,000 pencalonan
pada tahun 2017. Dari 3,000 pencalonan tahun lalu, 25 orang guru telah menerima
anugerah ini dengan kisah-kisah inspirasi mereka dalam mendidik anak bangsa.
Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei 2019, McDonald’s berharap
dapat menerima lebih banyak pencalonan, yang boleh terus memberi inspirasi
kepada warga pendidik, ibu bapa dan juga pelajar.
“Di McDonald’s, kami
komited untuk mendekati dan menyumbang semula kepada masyarakat. Anugerah
Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif yang menunjukkan
komitmen kami dalam mewujudkan impak positif dalam komuniti di sekitar lokasi
operasi kami,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s
Malaysia, Azmir Jaafar.
“Anugerah Guru
Inspirasi McDonald’s dilaksanakan secara khusus untuk warga pendidik yang
penuh dedikasi dalam mendidik generasi muda, dan pada masa sama membina asas
yang kukuh untuk negara yang maju dimasa depan,” tambah Azmir.
Menteri Pendidikan, Dr
Maszlee Malik yang melancarkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 berkata
bahawa anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kerja keras guru, malah komitmen
dan dedikasi yang ditunjukkan untuk memberi yang terbaik melangkaui
pembelajaran di dalam kelas.
“Guru merupakan tulang
belakang sistem pendidikan negara, dan guru yang melaksanakan amanah dan
tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki mereka, wajar menerima pengiktirafan
istimewa kerana dedikasi sebeginilah yang mampu membentuk minda dan jati diri
pelajar, seterusnya membina asas keperibadian diri yang kukuh seseorang pelajar,”
tambah Dr Maszlee.
“Saya berharap Anugerah
Guru Inspirasi McDonald’s mampu memberi dorongan kepada guru untuk
melakukan yang terbaik sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Saya berharap
sebagai anggota masyarakat, kita dapat terus menghargai jasa yang ditaburkan
oleh guru dalam mewujudkan impak positif jangka panjang kepada para pelajar
yang merupakan peneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan.”
Setiap penerima Anugerah
Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi
dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah
masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
Pencalon guru tersebut
pula akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.
Antara kriteria bagi pemilihan pemenang
termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang
inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga
impak positif guru terhadap diri pelajar.
Pemilihan pemenang akan
dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari
McDonald’s, Kementerian Pendidikan Malaysia dan media.
“Rakyat Malaysia secara
kolektif telah berkongsi beribu-ribu kisah menarik mengenai guru mereka
menerusi pencalonan yang dibuat sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap
semangat ini akan diteruskan lagi untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
pada tahun ini,” kata Azmir.
Orang ramai yang ingin
membuat pencalonan boleh berbuat demikian mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2019 di www.mcdonalds.com.my.
Anugerah Guru Inspirasi
McDonald’s merupakan salah satu
inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan
McDonald’s Malaysia pada tahun 2019.
Sempena sambutan Hari
Guru pada tahun ini, McDonald’s juga akan menganjurkan seminar motivasi yang
kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya di beberapa lokasi di seluruh
negara. Ceramah motivasi ini akan disampaikan oleh penceramah motivasi terkenal
Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Sambutan Hari Guru juga
akan diadakan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang bulan
April ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah permainan, sesi
bergambar dan jamuan ringan untuk meraikan dedikasi guru-guru ini dalam
mendidik generasi masa hadapan.
###
Latarbelakang
McDonald’s
McDonald’s adalah
rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan
restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100
buah negara. Sepanjang hampir 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s
memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270
restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang
pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan
karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Untuk
pertanyaan lanjut, sila hubungi: -
Wan Shariena Bahrom,
McDonald’s
|
+603.7843.3236
|
Jacalyn Kow, LUMOS PR
|
Azwa Rahmat, LUMOS PR
|
+6012.961.8271
|
+6011.1131.3106
|
azwa.rahmat@lumospr.net
|
singgah sini https://messarah.blogspot.com/2019/02/unbreakable-split-glass-2019-movie.html
ReplyDeleteassalamualaikum, teruskan usaha cikgu.
ReplyDeleteNak tanya ini, berminat tak tukar link dengan saya. Bloglist
Kalau Berminta Beritahu saya di https://www.ohbosannya.com/p/blog-page_1.html