Nota Anak Bila Aku Kalut Ceroboh Bilik Kunci Kat Mana?


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Nota Anak Bila Aku Kalut Ceroboh Bilik Kunci Kat Mana? / Allhamdulillah, Salam Rejab. Kejapnya dah masuk bulan Rejab kan... Saya punya life still terumbang ambing. Selagi hidup gini la, Ya Allah... Kisah kelmarin Khamis,,,, hari Khamis ofis kerja sampai 3.30. Walhal pukul 3.30 saya tengah nak start enjine. Memberanikan diri whatsap seorang pensyarah dan juga penulis skrip ni untuk saya buat interview. Bila saya masuk ofis lepas amil kak ngah Adelia dari sekolah tengahari kelmarin, saya tengok keretanya ada. Terus saya whatsaps dia. Dia cakap lepas asar boleh kejap. Ok saya kata dalam pukul 5 ok, kejap saja saya nak jumpa dia. 

Masuk pukul 5 saya dan kak ngah naik ke biliknya tingkat tiga, Allhamdulillah seb baik agak-agak tepat namanya. Ye la penulis skrip kat tv nama lain. Kat pintu bilik harus la nama sebenar.... hehehe... agaknya kalau saya juga seorang penulis skrip apa agaknya nama glamour saya ye???? hahaha.... berangan jap! Seronok sembang interviewnya padat dan ringkas. Terima kasih banyak-banyak tak lokek ilmu! Semoga Allah murahkan rezekinya selalu... Tadi petang saya tengok telemovie hasil nukilan skripnya, citer "Biik I Artis"...

Dalam 5.30 siap saya terus turun balik bilik saya, bergegas la nak balik sebab kakak Amani masih kat sekolah. Sampai depan pintu bilik saya, cari kunci tak ada... Aduiihhh... 

Nampak kasut kawan kat depan biliknya, kakak senior yang tu sorang la masih belum balik... Terus saya menerpa kat biliknya tanya, ada apa-apa kad yang saya boleh bukakan pintu bilik saya... Saya rasa saya tertinggal kunci kereta sekali dengan kunci bilik dalam bilik semasa keluar tu.... Jenuh la saya dan kakak senior duk pulun nak buka pintu bilik.. Semacam tak berhasil usaha kami, saya cuba call staf admin kat ofis yang dah balik minta no telefon staf yang jaga master key ofis.... 


Dan bila lepas call staf ofis, tu saya terfikir nak call penyarah vs penulis skrip tadi, tanya mana tau kot kunci kereta saya ada tertinggal kat atas meja biliknya.... uh uh uh.... ada katanya, tak perasan lak saya tertinggal kunci. Ya Allah... Allhamdulillah,, terus saya naik atas meluru ke biliknya! Allhamdulillah.... se baik dia pun elum balik lagi. 

Sambil saya duk tengah kalut nak buka pintu bilik kelmarin, tengok apa kak ngah Adelia coretkan di buku nota saya!!!


hahaha... alahai la anak....

Tadi pagi saya naik bukit ngan senior saya yang setia.... hehehe... lepas naik bukit, kami berdua p sarapan, daddy datang dengan baby Jannah n kak ngah Adelia lepas hantar kakak training golf... Kami sarapan sesama.... Lepas sarapan masuk ofis, samung kerja, dalam bebarapa minggu  ni saya terpaksa luangkan Jumaat dan Sabtu buat kerja di ofis walaupun separuh hari.... 


Ni, anak sorang yang sentiasa aktif, ila datang je ofis ada saja la dia nak main... ila tengok muka dah jadi macam ni... Pening la mama.... Habis hilang idea! kekeke.... aduihhh..... duk senyum buat muka tak bersalah tu mama lagi geram Nur Jannah oiiii!

2 comments:

Powered by Blogger.