Ayuh Rakyat Malaysia Calonkan Guru Anda di Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ayuh Rakyat Malaysia Calonkan Guru Anda di Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 / Allhamdulillah, salam hujung minggu.... Dah 20 tahun meninggalkan alam persekolahan, namun memori di kala bersekolah dari darjah satu hinggalah tinggakatan enam masih terpahat di sanubari. Amacam, sudah tentu anda juga samakan? Ada yang manis dan ada juga yang pahit, yang ciktu itu dan ini pun macam-macam... tapi siapa kita hari ini banyak kita belajar di sekolah dari mengenal A B C sehinggalah mampu melangkah ke alam universiti.


Dan.... sudah tentu setiap antara kita akan ada cikgu-cikgu kesayangan. Kalau tak percaya tengok la masuk je hari guru bergambar-gambar cikgu-cikgu pamerkan hadiah pemberian anak murid di media sosial. Memang cikgu lah orang yang popular dan disayangi oleh anak-anak murid berbanding profession lain. 

Dah 20, tahun meninggalkan alam persekolahan, akhir tahun lepas saya bertemu kembali dengan ustazah Fatimah yang mengajar Pendidikan Islam semasa di sekolah menengah saya dulu. Kat Mana saya bersekolah? Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kota Bharu Kelantan.... Ya Allah, Allah Ya Jaami' Yang Maha Mempertemukan.... Cikgu ni awet muda! Memang ilmu sentiasa mengalir wajahnya, sama sahaja dari dulu sampai sekarang, tampak muda saja!


Ustazah pun dah pencen sekarang ni,  lembut je ustazah saya ni, sama dan maintain dari dulu hingga sekarang. Dia mengajar pendidikan Islam semasa saya tingkatan 2.... Akhir tahun lepas, ada kenduri solat hajat di rumah saya, tak sangka pula ustazah mengimamkan akami semua.....


O.... banyak memberi cikgu-cikgu ni, ye la, cikgu ibaratkan lilin yang membakar diri sendiri untuk kesenangan para anak murid.... itu pepatah yang sinonim dengan para guru....

Cikgu Memiliki Sifat Allah Ya Hakim Ya Rahman
Saya sangat suka kalau cikgu itu mendidik dengan penuh kasih sayang.... Cikgu sentiasa ikhlas memberikan ilmu, tidak kedekut dan tidak pernah membezakan anak-anak murid mahu pun yang pandai atau yang kurang pandai dalam pelajaran. Guru yang ikhlas memang lahir dari hari sanubari yang bersih. Walau apa pun ragam anak murid, pelajar yang banyak dengan masalah sosial sekarang ni, namun guru yang penuh dengan kasih sayang dan ikhlas ini jarang ada sikap underestimate bagi setiap pelajar mereka. Dan, karekter juga seperti ini akan diingat sepanjang hayat pelajar.... Mendidik dengan penuh kesabaran dan penuh kasih sayang itu sukar kerana dengan beribu perangai anak murid. Dan... saya sangat salut dengan karekter cikgu-cikgu seperti ini. Sudah pasti mereka layak untuk dicalonkan sebagai ANUGERAH GURU INSPIRASI MDDONALD'S 2019.

 
Latarbelakang: Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak.




Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.



Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.  


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia.



Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi

Tak gitu! So, uols ayuh ambil kesempatan ini dengan mencalonkan cikgu-cikgu kesayangan anda di Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 yang hanya tinggal 6 hari lagi tarikh tutup percalonan adalah 31 Mac 2019.... Sebelum itu, jom kita saksikan video Anugerah Inspirasi McDonald's 2018 di bawah ini. 

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut tentang anugerah guru inspirasi 
---->>> https://www.sheilainspire.com/2019/03/anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-2019.html

Dalam Video ini akan diceritakan Kreteria Guru Inspirasi yang akan dinobatkan sebagai  Anugerah Inspirasi McDonald's




Kreteria Guru Inspirasi
1. Bertindak sebagai ibu dan bapa
2. Sayang dan Ikhlas
3. Kreatif
4. Inovatif
5. Komited

Seronok bila tengok cikgu-cikgu yang sungguh komited dan sangat sayangkan pelajar. Saya bila tengok video tersebut mampu menitiskan air mata kerana sangat terinspirasi dengan cikgu-cikgu yang menang itu. Mulia sungguh profesion cikgu ni, sampai ke mati pun akan dipanggil cikgu. Semoga semua cikgu-cikgu saya dirahmati dan diberkati, bagi cikgu-cikgu saya yang telah meninggal dunia seoga arwah cikgu ditempatkan bersama hambaNya yang solah dan dikurniakan syurga. Al Fathihah!

Macam mana-macam mana nak calon ikut langkah di bawah ini... sangat mudah dan senang! klik link di bawah ini dan isikan matlumat guru anda yang ingin anda calonkan!



1. Isikan Matlumat Anda

 2. Isi Matlumat Guru Yang Anda Ingin Calonkan

3. Masukkan pautan youtube guru anda jika ada. 

4. Klik ikon HANTAR

Dan, penyertaan anda akan dinilai. Seperti mana yang saya warkan diatas setiap pemberi matlumata atau yang mencalonkan guru mereka akan diberikan baucer McDonald' sebanyak RM200 jika dipilih sebagai pemenang. Dan apa lagi anak murid, para pelajar dan guru-guru serta seluruh rakyat Malaysia ayuh calonkan Guru Anda di Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019.Matlumat lanjut anda bolehla melayari link ini....


Tarikh Tutup Penyertaan:
31 Mac 2019



5 comments:

  1. suatu cara penghargaan kepada guru. nice

    ReplyDelete
  2. terbaik program mcm ni menghargai setiap jasa guru..

    ReplyDelete
  3. Nak calon nama sendiri x layak lagi..huhu..kena jadi guru cemerlang dulu ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.