Travelogue Thailand: (Part 1) Hatyai ke Bangkok



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Travelogue Thailand: Part 1 Hatyai / Allhamdulillah, 3 Julai hingga 6 Julai 2019 yang lalu, berlepas la kami lima beranak ke bumi Thailand. Pukul 9.15 pagi kami berlima dan seorang sahabat saya keluar rumah terus ke sempadan Imegresen Bukit Kayu Hitam dengan menaiki sebuah MPV. Tiba di Imegresen tol Bukit Kayu Hitam kami cop passport. Nak pergi mana? Nak Travel Bangkok!



Terus melusuri tol dan berhenti di hadapan kompleks Imegresen Danok. Kami semua turun dari kereta membawa passport masing-masing untuk mendapatkan pengesahan cop Imegresen di kompleks Imegresen Danok. Bila je sampai di situ, nampak kawan-kawan saya sedang beratur ambil que, ada yang langkau que ditegur pihak Imegeresen... kekeke... haduii... pagi-pagi buat lawak....



Kami lima beranak, so untuk saya dan baby Jannah cop sekali, saya dukung dia... dan semasa nak cop passport kami mesti berdiri tegak di hadapan kaunter... dan Jannah di pangkuan saya.... itu memudahkan kamera di kaunter merakam wajah kami!


Biasanya kalau musim cuti, kompleks Imegresen Danok ni boleh sampai 3 jam beratur untuk cop passport... Allhamdulillah hari tersebut Rabu, hari kerja bukan hari cuti so, tak ramai sangat! cepat la kami semua cop passport....


Kalau nak masuk di negara Thailand ni kita terpaksa cop passport di komplek Imegresennya. Tak sama kalau kat tempat kita hanya cop passport di tol sahaja dengan pegawai Imegresen yang bertugas. Sebelum tu, kalau nak masuk Thailand, untuk cepat dan memudahkan kerja, saya terlebih dahulu beli kertas putih siap-siap cuma RM2 sahaja di mana-mana kedai insurans. Kalau tak boleh juga ambil kertas putih di tol atau kompleks Imegresen secara percuma tapi bergantung pada ramainya orang terpaksa beratur tunggu lama.... So kertas putih ini ada pengesahan kita bersama passport tak mesti jaga elok-elok sehingga kita keluar daripada negara Thailand.

Cop passport Imegeresen Malaysia di tol Bukit Kayu Hitan

Baca: Cara Membeli Travel Insurans Cepat dan Pantas

Check Point Imegresen Danok
Dalam sepuluh minit juga beratur di dalam kompleks Imegeresen Danok untuk mendapatkan cop... Selepas tu kami, keluar sebelah pintu belakang, van kami sedia menunggu di pintu tersebut... Kat sini lain sikit masuk pintu lain keluar pintu lain.... Keluar je dari Imegresen Danok, terus ke pekan Danok.... Kawan-kawan saya yang sama-sama cop passport tadi bersama pelajar-pelajar yang sama-sama akan ke Bangkok masing-masing dengan travel bag ke kaki lima kedai-kedai di pekan Danok.... Kami berhenti tukar duit di situ, kerana van yang charge kami tu, dengan harga 1000 bath... Ingatkan bayarannya RM100 duit kita rupanya 1000 bath duit Thailand so, dari rumah saya ke airport Hatyai lebih kurang RM130 lebih la.... kalau dari Danok terus ke airport Hatyai hargainya dalam 700 bath... Husband bayar dulu 1000 bath padanya, pada mulaya janji RM200 pergi dan balik.... Tak apa la Allah Ya Baari'....  

Perjalanan Dari Danok ke Hatyai International Airport
Sementara, kawan-kawan saya yang lain ambil tut tut dan juga ada yang ambil bas transit.... tapi terpaksa la singgah ke pit stop sehingga sampai ke Hatyai Airport.... Korang kalau nak murah ambil tut tut jalan je skit dari komplek Imegresen Danok ke Seven Eleven Danok untuk ambik tut tut lebih kurang 60 ke 70 bath sahaja ke airport Hatyai.... tak jauh sangat ada la dalam 600km..... jalan tu terus je, Imegeresen Danok sebelah kiri jalan dan keluar dari Imgresen Danok tu, ada kedai-kedai sepenjang kanan dan kiri jalan... Seven Eleven pun sebelah kiri jalan juga.... 

Risiko Travel Bersama Anak Kecil
Tapi memangdangkan saya anak kecil nak senang sikit ambil terus kereta dari depan rumah hingga ke airport Hatyai.... kalau nak interesting walaupun dengan anak kecil boleh je blasah naik tut tut and banyak pit stop... Itu masa balik dari airport Hatyai ke Danok saya akan cerita.... So, dari Danok ke airport Hatyai dalam 45 minit, itu pun kereta yang kami naik tak masuk bandar Hatyat dia terus short cut ke jalan airport melususi jalan kampung kebun getah dan sebagainya... Maka, cepat la kami sampai ke airport... Pukul 10.30 kami dah sampai sana, walaupun tiket kami berlepas jam 12.25pm... Lambat lagi....

Sampai di perkarang masuk airport Hatyai dah kena scan.... 

Sebagai ibu dengan family travel ini membuatkan saya sentiasa beringat bab bekalan untuk anak-anak makan. Walaupun, semasa nak keluar daripada rumah pagi itu, anak-anak dah mengambil sarapan pagi... Namun, bila tiba di airport Hatyai, kakak lapar lagi.... Nasib la nasi lemak ada lagi sebungkus, cepat! saya suruh dia makan.... Sedap Makan kat Thailand? Ermmmm Sangat Sedap dan Murah?



Sambil tu, nak untuk menghilangkan bosan Nur Jannah yang dah semakin aktif saya bawa dia dan kak ngah berjalan-jalan di kawasan bawah. Nampak sahaja kedai mula la nak membeli pula. Aduih... penat saya meligannya.... Kalau tak bagi tak nak berlalu so, terpaksa bagi juga.... Dia main ambil je apa yang dia nak. Terpaksa saya pilih apa yang perlu sahaja. Kali pertama coklat. Kali kedua air kotak.... Kalau tiga kali duk pusing situ, makanya tiga kali la melaburkan duit.... hehehe




Macam tu la gelagat anak-anak yang masih kecil ni. Bila mereka dah bosan menunggu lama ada saja yang nak dimainkan...









Nur Jannah memang tak leh la dia nak duk diam kalau tangkap gambar. Tiap dia dia statik terus je kena tangkap. Kalau tak ada sahaja yang dia nak main... Kan ngah dah tercegat dah dia duk kalut main... Jenuh nak panggil....


Bekalan Makanan Semasa Travel Perlu atau Tidak?
Selepas siap kakak makan, kami bersiap untuk masuk ke bording area.... Semasa pemeriksaan beg dijalankan. Beg latop saya kena periksa. Saya cari dari poket depan tak ada apa-apa... tak jumpa! Kemudian petugas wanita itu ambil beg latop saya perksa di bahagian dalam ada pisau... aduihhh lupa! nak tinggalkan. Pisau untuk sharp pensel. Maklumlah mak budak ni full time student. Gaya pisau pun ada dalam beg...


Hanya tiga beg yang kami bawa... langsung tak bawa beg roda... Satu beg latop kerja saya, satu beg susu, pampers dan makanan, dan satu beg baju untuk kami lima beranak... Saya pun hairan gak macamana saya boleh muatkan baju kali lima beranak dalam satu beg.... huhu....


Ini bekal makanan yang saya bawa.... pertama saya ni terpengaruh dengan kawan-kawan sebab tempat yang kami tinggal tu susah nak makan. Kalau saya berada di universiti tempat conference tu tak apa la makan sudah disediakan. Ini risau anak-anak kat hotel, malas nak keluar cari makan dan susah nak cari makan area hotel tu, siap-siap saya sediakan apa yang patut..... sedangkan husband saya cakap jangan risau mesti la ada makanan halal. Memang ada makanan halal senang atau suah je nak cari kawasan kami duduk. 

Air Asia Thailand
Jam tak sampai pukul 12.15 kami dah naik flight..... Untuk penerbangan ini saya memilih Air Asia dengan empat hidangan makanan.... Terpaksa ambil makanan untuk anak-anak. Tak tahu akan sampai sana pukul berapa dari airport ke tempat yang hendak ditujui.... Biar perut anak-anak kenyang. Sampai sana tak ada la saya risau sangat.


Memandangkan kami belum check ini so terpaksa check in dulu... Boleh gunakan Mesin Self Check-in atau pun boleh check in di kaunter sejam sebelum berlepas.... Kami siap-siap check setibanya di airport tersebut dalam dua jam lebih sebelum berlepas.


Time to Check In
Masuk di balai menunggu untuk berlepas.... Lega skit dapat duduk. Tak lama sangat menunggu then kami beratu untuk masuk ke flight...




Cepat Nur Jannah dah masuk terowong ke ke flight....



Menu Air Asia Thailand
Saya ambil tiga nasi iaitu lemak pak nasser dan coffee, chicken teriyaki with rice dan coffee, ML noi's basil fried chicken on rice dan mineral water dan spirral pasta with chicken sausage dan air mineral. Menu yang saya pesan dikuari juga oleh en suami... Dia memang bab halal haram ni particular skit.....





hehe... sori la kakak mam snap gambar.... susah nak snap sebab Nur Jannah nak main phone je...



Keperluan Stroller Anak Untuk Travel
Untuk travel ni saya tak bawa stroller Nur Jannah.... pertama kami bukan travel lima beranak tapi berkumpulan.... kalau travel hanya kita satu keluarga memang mudah untuk bawa stroller.... ditambah pula dengan keaktifan Nur Jannah sukar untuk dia nak duduk diam dalam stroller....

Nur Jannah Kali Pertama Naik Flight
Kalau kak ngah dan kakak kali pertama naik flight saya tak risau, sebab kak ngah masuk je dalam flight, belum gerak lagi terus tidur.... Nur Jannah ni tak mau tidur.... aduih.... jenuh saya hiburkan dia. Handphone kena sorok! kalau tak dia jerit nak phone. Habis tu dia main tali pinggang, buka tutup, buka tutup.... lepastu nak pergi jalan, turun dari kerusi, nak naik pula....


Bila makan, habis sugar tumpah, dia gigit sugar.... bersepah kat kerusi. Nampak air pula asyik nak minum. Memang susah saya nak habiskan makanan. Suap kat dia tak nak nak makan sendiri.... Anak aktif macam dia banyak akal, as a mom kena cekap dan pantas mengawal keadaan.



Allhamdulillah flight sangat smooth tiba di Don Mueng dan sangat cepat.... cerita seterusnya akan datang...

Don Mueng International Airport

Kalau korang ada tips macaman nak travel dengan anak aktif macam saya boleh la kongsi di bawah ni...



International Airport Don Meung ke BSRU / Allhamdulillah, kami tiba di International Airport Don Meung Bangkok pada pukul 1.15 tengahari waktu Thailand. Sangat cepat perjalanan tersebut. Tapi tiba sampai untuk kami menuruni flight, kami beratur satu persatu. Pada mulanya saya pelik. Ini kali pertama sampai di International Airport Don Meung Bangkok, mana tempat arrival. Rupanya dari flight kami kena naik bas Air Asia untuk ke balai ketibaan. Ketika itu hujan mula turun, peramugari dan staf Air Asia memayungi penumpang dari flight ke bas….




Malangnya, hanya saya dan keluarga dan terlepas naik bas, seorang kawan saya terpaksa menunggu bas yang terkemudian kerana penuh. Dek kepesatan dalam bas, terpaksa kami berdiri, yang mana saya dukung Jannah dan kat belakang pula pikul beg latop.  dalam hati saya berbisik dekat ke jauh ni sampai nak kena naik bas bagai!.... belok sana belok sini, bas bergerak dengan laju, tak juga sampai….



Aduyai lutut saya dah mula kepenatan. Rasa macam nak terbengkok bengkok dah beban depan belakang. Sabar je la! Jauh weis, nak tengok handset pun x mampu dah duk dukung Jannah lagi memang xboleh nak seluk beg ambil hanset. Jannah pula sedap lena di bahu saya. Agak-agak dalam 15 minit lebih ada kot. Ingatkan dekat rupanya Jauh… Kesian anak-anak saya kakak dan kak ngah penat mereka berdiri.


menunggu di depan pintu balai ketibaan bas Air Asia


Allhamdulillah, akhirnya tiba juga di balai ketibaan. Lega rasanya. Nasib baik masuk je balai ketibaan ada tempat duduk. Maka, duduk la kami berlima tunggu bas seterunya sampai. Tunggu kawan saya sorang lagi. Memang lama. Rasanya balai ketibaab pintu yang kami masuk tu khas untuk penumpang Air Asia sahaja. Sebab masa kami duduk tunggu bas seterunya taka da bas lain yang tiba di situ.



Bila bas setrusnya sampai nampak kawan saya keluar, syukur selamat semuanya. Kami bergegas keluar, dan di pitu ketibaan nampak sign ICMS yang dipegang oleh pelajar-pelajar perempuan yang sedang menunggu kami. Rupanya, flight kawan-kawan saya yang tiba pukul 12 lebih pun sampai sekali dengan kami, mereka pun masih ada di situ menunggu kami semua. Dan….. saya pula terpaksa menunggu satu trip yang tiba pukul 3.30 untuk sama-sama pulang satu bas ke tempat penginapan bersama kami. Lama juga kami menunggu di lapangan terbang tersebut.




Perjalanan ke Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU)

Dalam pukul 4 lebih baru bas BSRU tiba, Allhamdulillah syukur! Masa dalam bas saya, kak ngah dan Baby Jannah duduk satu seat dan kawan saya di sebelah. Kat Thailand dalam apa-apa perkara mereka akan kira “kepala” for head, tak kira kita sebagai penumpang ke apa. Masa nak check in hotel dia mereka tanya berapa orang satu bilik termasuk kanak-kanak… tak seperti tempat kita kanak-kanak biasanya ada rate lain atau juga tidak dikenakan charge, tapi di sana semua dikira dengan harga yang sama.




Semasa hendak ke sana lagi, kawan saya dah remind kat saya untuk kak ngah dan Jannah tidak dikira dalam harga trip, so pandai-pandai la saya pangku kak ngah. Kak ngah pula kepenatan dan tertido dipangkuan saya. Baby Jannah pula duk sebelah. Kesian saya tengok mereka. Baby Jannah ni, dengan daddynya tak mau. Kalau saya ada, memang duk berkepit dengan saya la dia! Susah nak bergilir.




Lebih kurang sejam lebih perjalanan, jalan di kotaraya metropolitan Bangkok penuh sesak dengan kenderaan yang mungkin pulang dari kerja. Mercu tanda tanda dengan kabel selirat itu mengagumkan kami. Perghhhh bila tengok kabel-kabel berselirat itu tak tersampai akal ku. Macamana letrit boleh berfungsi dengan jaya. Hebat juga system elektrit mereka walaupun kabel berselirat tapi tetap berfungsi dengan baik.



Perjalanan di bandar Bangkok yang membuatkan saya terpegun. Rasa macam nak tinggal lama di sini. Saya melihat Bangkok dari sisi yang berbeza. Jangan ada perasaan takut, walaupun kena ada... hehe... camana ayat tu! bagi saya kat mana-mana pun tak selamat bila mana kita fikir ia tak selamat. Bagi saya kat mana-mana pun baik dan buruk aklau kita fikir sedemikian.


Dan seperti mana Allah dah cakap pada kita semua:

"Aku sepertimana yang engkau fikirkan" 


So, maknanya kalau kita fikir tempat itu buruk makan buruk la kita jumpa tapi sebaliknya. Allhamdulillah semua dipermudahkannya.... hanya sisi baik yang saya nampak! walau ada sedikit yang tak seperti kita jangkakan itu perkara biasa dalam travel.




Semasa dalam perjalanan, kawan di BSRU call kami bagitahu bas akan hantar saya dan kawan saya ke hotel terlebih dahulu baharu akan hantar kawan-kawan saya yang lain di BSRU. Namun, malangnya driver bas tersebut tidak menghantar kami ke hotel. Staf Thailand yang handle perjalanan tersebut suruh kami semua turun di BSRU.



Masa tu dah pukul 6.30 petang. Anak-anak pun dah lapar. Bila bas mula masuk je jalan ke BSRU, suami saya dah bising. Katanya kenapa tak tinggal di BSRU sahaja. Pada mulanya memang saya menginap di BSRU.


Mercu tanda jalan utama ke simpang BSRU

Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU)




Last minute masa nak pergi tu, saya mendapat saranan untuk tingan di Ibis Hotel. Mungkin anak-anak boleh main pool. Alang-alang saya bawa family walaupun tujuan utama ke sana adalah untuk kerja saya. 

Saranan saya dalam membuat keputusan disaran tanya Allah buat istiqarah walaupun dalam masa yang singkat! hehehe.... Allah is priority. Walaupun masa buat keputusan memang ingat Allah tapi saya ni hati lembut, mudah kesian, adakala keputusan yang dibuat tak tepat. Juga ingat bincang dengan suami juga.

So, dalam membuat keputusan itu dan saya mungkin silap buat keputusan! fikir banyak-banyak, boleh berbincang dengan pasangan kita terlebih dahulu.... Say ni pun kadang kala rasa nak suruh anak-anak suka tapi silap lak langkah, depa tak leh main pool pun sebab hujan.....




Fuhh… sampai di BSRU memang frust la saya best giler kawasan kat universiti tu. Dalam bandar, tempat makan pun senang. Walau pun jauh sikit kena jalan. Yang penting, banyak gerai-gerai tepi jalan, senang untuk suami saya nak bawa anak-anak berjalan. Maka membebel la en husband sebab saya cancel duk kat hotel BSRU. Walaupun dia belum tengok hotel penginapan kami di IBIS Riverside Bangkok, dia dah menyangka kat BSRU tu sangat best. Memandangkan suasana kat situ open dan kendai-kedai pun banyak, tempat selamat mudah dia dan anak-anak nak keluar berbanding duduk di hotel penginapan kami yang akan kami pergi….


Inilah silap saya dalam emmbuat keputusan.  



Deretan gerai di hadapan jalan utama BSRU. Meriah!


Nak buat camana? itu la perangai saya yang mudah kesian kat orang! lain kali kena fikir banyak-banyak…. dan buat istiqorah! dari sini saya belajar banyak kesilapan saya dalam membuat keputusan.

Anak-anak pun dah lapar, kawan-kawan seronok dah boleh check in hanya saya dan kawan saya sahaja yang belum check in. Tak da transport nak hantar kami ke Ibis Hotel. Padahal semua dah kami bayar full payment untuk pengangkutan selama 4 hari di sana….. Apa pun perut dah sangat lapar, anak-anak pun bising. Kat luar hujan pula! Dengan berserah kami redah jua hujan itu. Mungkin hujan rahmat ada baik yang saya tak tahukan....


Bangunan hadapan BSRU


Jom la kita pergi makan dulu. Kawan saya yang handle minta pelajar bawa kami ke restoran halal untuk makan dahulu sebelum kami fikir macamana nak balik ke hotel. Kata kawan saya jangan risau dia terus bagi tambang cab untuk kami balik hotel. Saya suruh je dia bagi pada en husband. Malas saya nak ambil sebab en suami dah membising! hehehe….. kesian kami.


Lobi hotel BSRU

Sebahagian pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media yang terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan program kami di Bangkok.


Penginapan bilik di BSRU
Ini adalah penginapan hotel di BSRU, memang lengkap universiti ni! Walaupun di bahagian pintu utamanya nampak macam kecil sahaja universitinya tapi lengkap dengan hotel dan sebagainya.


Pintu masuk Hotel BSRU


Untuk edisi seterusnya, kat mana kami pergi makan di Bangkok? restoran halal akan saya ceritakan next entry….. tunggu ye…..

Terima kasih sudi membaca.
Assalamaualaikum, salam sayang.



2 comments:

  1. alhamdulillah. semoga sekeluarga ceria gembira menikmati perjalanan di bumi thailand ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.