Jalan-jalan
Keje Aku
Travelogue
Travelogue Thailand Part III: Restoran Halal di Bangkok Soi 17/1 Sedap Lagi Murah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Travelogue
Thailand Part III: Restoran Halal di Bangkok Soi 17/1 Sedap Lagi Murah / Allhamdulillah,
tiba di Bansomdejchaopraya Rajabhat University
(BSRU) dengan kepenatan seharian travel dari pagi sehingga 6.30
petang baharu tiba di Bansomdejchaopraya
Rajabhat University (BSRU) walaupun belum sampai di tempat penginapan kami, perut mula
berkeroncong. Anak-anak apatah lagi bising kelaparan, walaupun hati dan badan
ni nak mandi, baring dan sebagainya.
Baca: Travelogue Thaliand Part II: International Airport Don Meung ke BSRU
Baca: Travelogue Thaliand Part II: International Airport Don Meung ke BSRU
Apa pun dek kelaparan, pelajar-pelajar yang
setia menunggu ketibaab kami di BSRU tolong bawa kami ke restoran halal bawah
jambatan Soi 17/7. Dari Bansomdejchaopraya
Rajabhat University (BSRU) ditambah pula hujan renyai-renyai membasahi bumi, kami
berjalan melusuri jalan utama Bangkok Soi 17 untuk ke restoran tersebut. Kali lima yang lecah membuatkan kami redah sahaja dek nak cepat.
Baca: Travelogue Thailand Part I: Hatyai
Baca: Travelogue Thailand Part I: Hatyai
Jalan punya jalan, mana tempatnya? Ingatkan dekat depan jalan utama sahaja, tapi
bila jalan tu, huh…. berpeluh gak la mak ni hah, walaupun sejuk kehujanan…. Nasib
baik baby Jannah nak dukung dengan daddynya, kalau tak memang sakit kaki tak
hilang lagi, lenguh berdiri dalam bas Air Asia masa nak ke balai ketibaan di
Don Meung International, Bangkok tadi. Terima kasih pada pelajar yang memayungi
dan membawa kami berjalan untuk ke restoran tersebut.
Di tepi jalan kesibukan petang warga
Thailand baru pulang kerja dan pelbagai urusan. suasana yang sinonim di
bandar-bandar besar Metropolitan. Syukur. Allhamdulillah, tibanya kami di sana.
Apa pun halangan rintangan untuk ke sana saya tempuhi hanya Allah sahaja Yang
Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah Al Baari Dia jua Yang Maha Menyusun.
Allah Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang: Bangkok Kami Sampai
Ini kali pertama kami ke Bangkok. Masa di
ofis lagi, bila bincang tentang makanan halal di Bangkok, kata kawan-kawan
susah nak dapat. Memandangkan saya bawa keluarga, saya terpaksa menyediakan
bekal untuk bawa ke sana.
Walaupun en suami menyanggah pendapat,
katanya tak kan susah nak dapatkan makanan halal. Bagi saya kita tak tahu
bagaimana tempat orang! Naluri seorang ibu ni cukup faham perangai anak-anak yang
mudah lapar. Walaupun kak ngah tu kurus macam tak cukup makan tapi dia tu makan
sikit dan cepat lapar. Mereka makan sikit sikit bukan macam kita, lepas sejam
dua jam lapar dan lapar lagi. Lepas tu mula la bising! Bab makan kena utamakan.
Pilih jangan tak pilih nak makan apa tu?
Tiba di restoran tersebut, di hadapannya
ada tempat membancuh air dan di sebelah kiri pula tempat membuat roti canai.
Bagusnya, tempat buat air dan roti canai di hadapan kedai. Bila dah lapar,
masuk je menu, dek dicadangkan oleh kedua pelajar kami makan Nasi Briyani….
Daddy pula ambil nasi daging merah dan
kakak nasi putih paprik. Air kat situ fuhhh the ais meletup nampak pun kaw giler….
Apa lagi terus saya order teh ais. Harga pun tak mahal! Terkejut juga bila saya
tengok harganya.
Kak ngah tak makan, saya order bungkus
untuk balik hotel Nasi Briyani ayam dan nasi putih kosong tiga bungkus. Hehehe…
ye la dah bawa bekal ikan bilis, serunding ayam, telur rebus, so anak-anak
kalau lapar boleh la makan nasi putih dengan bekal yang dibawa di hotel nanti.
Restoran Halal Bangkok Soi
17/1: Harga Murah dan Sedap
Korang tengok harganya nasi briyani (ayam
atau daging), baru 70 bath. Nasi kuning 30 bath dan nasi putih 10 bath. Ok teramat
sangat la tu. Bila duk tunggu order kami sampai, saya duk tengok gelagat dua
orang pelajar tu duk bersembang. Suami saya ajak makan dan order makan sekali
mereka tak mahu. Mereka cuma order minum sahaja. Kata mereka dah makan tadi. Mungkin
mereka segan dengan saya, sebab saya tak pernah mengajar mereka.

Sambil menunggu makanan kami sampai, saya
asyik perhatikan dua pelajar tersebut. Ralit saya tengok apa yang mereka sembangkan
dengan orang kedai di situ. Pandai betul mereka sembang, apa la topik yang
diborakkan tu agaknya… hehehe. Tengok punya perhati, rupanya mereka cakap
Melayu. Patut la galak betul! hehehe….
Masakan Halal Melayu Pattani di Bangkok
Ermmm… baru saya tahu, pekedai tu dari Pattani.
So, korang nak cari makanan halal di Bangkok, boleh la ke Soi 17/1. Selain
murah banyak pilihan makanan yang dijual. Sama seperti korang makan kat
Malaysia macam tu la pilihan menu yang ada di situ. Nak apa nasi goreng
kampung, nasi paprik, nasi daging merah, nasi udang butter semua ada. Sotong
pun ada. Sama juga menunya. Itu yang membuatkan kami tak ralat dan kekok (kata
ore kelate) bila nak order makanan kat restoran tersebut. Berkonsepkan hipster
restoran tersebut cukup selesa dan berhawa dingin. So, korang tak perlu bimbang
kepanasan.
Bila tiba sahaja makanan yang kami pesan,
fuhhh cepat-cepat en daddy rasa. Bila dia rasa cakap sedap, saya setuju la.
Sebab en daddy dia cerewet skit bab makan antara sedap dan tidak. Huhu…. Saya
pun apa lagi mula la rasa briayani yang saya order… Perghhhhhh lembut weihhh
dagingnya! sedap giler! ditambah pula nasinya yang lembut penuh rasa aroma
briayaninya….
Sambil duk makan saya juga galak duk
perhati jurujual duk tebar roti canai kat depan kedai tu… Perghhhh sedap lak
nampak roti canai tu, tambah pula pisang duk tergantung fuhhhh! Roti canai
pisang saya suka. Tapi perut dah mula kenyang sabar je la Sheila jangan
turutkan rasa nafsu mu itu. Wahhh gitu… Sabar! Sabar!
Tapau Bawa Balik Hotel
Selain sedap ia cukup menyelerakan saya!
Badan penat pun hilang bila dapat hidnagan yang sedap itu. Teh air pun tiga
empat kali sedut je habis…. Susu ais yang kak ngah pesan pun sama caw gileeerrrr….
memang puas hati sangat makan kat situ. Semua menunya sedap, dan murah! Dek
kesedapan itu siap-siap saya order tapau nasi briyani ayam dan tiga nasi putih untuk
dibawa balik kat hotel. Ye la, mak mak ni bawa bekal, serunding ayam, ikan
bilis dan telur rebus pun ada. Kalau anak-anak lapar waktu malam kang senang
boleh terus makan jer. Tak payah mak dia nak pening kepala nak cari makanan kat
mana, walaupun duk kat hotel.
So, bab makan hari pertama di Bangkok
settle. Allhamdulillah, syukur sangat kami sampai dengan selamat. Lepas makan
dengan berbekalkan duit tambang yang diberi oleh kawan saya kami pulang ke
Hotel untuk check in. Semoga dimurahkan rezeki kawan-kawan saya yang
bertungkus-lumus dan juga para pelajar yang bersusah payah handle program ini
di BSRU Thailand. Bukan mudah ye nak handle program peringkat antarabangsa di
negara orang. Banyak kekangan dan cabaran yang harus ditempuhi. Para pelajar
pun ke sana dengan menggunakan duit poket sendiri dan duit pama…. Saya salut
pada mereka semua!
Dari BSRU ke Ibis Hotel
Riverside, Bangkok
Dengan berbantukan staf BSRU tolong panggilkan
cab pada kami berenam kami menuju ke Ibis Hotel yang mana tempat yang telah
saya bookingkan bersama rakan. Dengan satu cab kami menuju ke Ibis Hotel
Riverside. Dekat sahaja rupanya Ibis Riverside dengan BSRU tu dalam 7 minit
sahaja. Tapi bila mana pukul 8 lebih kami menuju ke sana, jalan agak sibuk
mungkin warga Thai baru pulang dari kerja, perjalanan kami mengambil masa yang
agak lama.
Sampai di Hotel dah pukul 9. Tambang cab
yang bermeter menunjukkan 75 bath yang perlu dibayar oleh suami saya. 20 bath
dikembalikan kerana driver cab tersebut tiada duit kecil. Dan baki itu, suami
saya bagi pada budak yang bermain muzik di Asiatique yang akan saya ceritakan
nanti…. Ye la anggap je duit itu sedekah untuk kawan kami yang berikan kami
tambang tersebut. Semoga beliau dirahmati dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Allhamdulillah
Apa Pula Terjadi Kat Hotel
Ibis Riverside?
Fuhhh memang penat sangat! Malam pun dah
larut, orang lain dah dapat berehat! kami tergapai-gapai belum check in lagi.
Apa terjadi pula kat kami?
Nanti tunggu next entry apa yang terjadi di
Hotel tersebut.
Jika anda ingin melancong ke luar negara juga. Jangan lupa menyemak senarai hitam imigresen dengan tutorial yang diberikan oleh eSemakan.
Jika anda ingin melancong ke luar negara juga. Jangan lupa menyemak senarai hitam imigresen dengan tutorial yang diberikan oleh eSemakan.
Makanan dari Thailand jarang mengecewakan. ☺️
ReplyDeleteBetul tu tp kalau kena org pattani msk mmg kena ngan tekak
DeleteNmapak makanan tu dah tentu- tentu sedap..alahai laparnya perut...
ReplyDeleteTime tu tu lapar, syukur makanan pun sedap
Deletebetull kalau travel makanan benda paling penting sekali. yelah kita kan berjalan kena ada tenaga, nak ada tenaga kena makan. as muslim makanan tu penting yg halal pulak. Btw sedapnya daging merah tu yums
ReplyDeleteTu la kena cari halal food
Deletesedapnya makan ! hehehe saya pernah pergi Hatyai je
ReplyDeleteHatyat pun best
Delete