Travelogue Thailand Part III: Restoran Halal di Bangkok Soi 17/1 Sedap Lagi Murah



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Travelogue Thailand Part III: Restoran Halal di Bangkok Soi 17/1 Sedap Lagi Murah / Allhamdulillah, tiba di Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU) dengan kepenatan seharian travel dari pagi sehingga 6.30 petang baharu tiba di Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU) walaupun belum sampai di tempat penginapan kami, perut mula berkeroncong. Anak-anak apatah lagi bising kelaparan, walaupun hati dan badan ni nak mandi, baring dan sebagainya.

Baca: Travelogue Thaliand Part II: International Airport Don Meung ke BSRU

Apa pun dek kelaparan, pelajar-pelajar yang setia menunggu ketibaab kami di BSRU tolong bawa kami ke restoran halal bawah jambatan Soi 17/7. Dari Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU) ditambah pula hujan renyai-renyai membasahi bumi, kami berjalan melusuri jalan utama Bangkok Soi 17 untuk ke restoran tersebut. Kali lima yang lecah membuatkan kami redah sahaja dek nak cepat. 

Baca: Travelogue Thailand Part I: Hatyai



Jalan punya jalan, mana tempatnya? Ingatkan dekat depan jalan utama sahaja, tapi bila jalan tu, huh…. berpeluh gak la mak ni hah, walaupun sejuk kehujanan…. Nasib baik baby Jannah nak dukung dengan daddynya, kalau tak memang sakit kaki tak hilang lagi, lenguh berdiri dalam bas Air Asia masa nak ke balai ketibaan di Don Meung International, Bangkok tadi. Terima kasih pada pelajar yang memayungi dan membawa kami berjalan untuk ke restoran tersebut.


Di tepi jalan kesibukan petang warga Thailand baru pulang kerja dan pelbagai urusan. suasana yang sinonim di bandar-bandar besar Metropolitan. Syukur. Allhamdulillah, tibanya kami di sana. Apa pun halangan rintangan untuk ke sana saya tempuhi hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah Al Baari Dia jua Yang Maha Menyusun.


Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang: Bangkok Kami Sampai
Ini kali pertama kami ke Bangkok. Masa di ofis lagi, bila bincang tentang makanan halal di Bangkok, kata kawan-kawan susah nak dapat. Memandangkan saya bawa keluarga, saya terpaksa menyediakan bekal untuk bawa ke sana.


Walaupun en suami menyanggah pendapat, katanya tak kan susah nak dapatkan makanan halal. Bagi saya kita tak tahu bagaimana tempat orang! Naluri seorang ibu ni cukup faham perangai anak-anak yang mudah lapar. Walaupun kak ngah tu kurus macam tak cukup makan tapi dia tu makan sikit dan cepat lapar. Mereka makan sikit sikit bukan macam kita, lepas sejam dua jam lapar dan lapar lagi. Lepas tu mula la bising! Bab makan kena utamakan.



Pilih jangan tak pilih nak makan apa tu?


Tiba di restoran tersebut, di hadapannya ada tempat membancuh air dan di sebelah kiri pula tempat membuat roti canai. Bagusnya, tempat buat air dan roti canai di hadapan kedai. Bila dah lapar, masuk je menu, dek dicadangkan oleh kedua pelajar kami makan Nasi Briyani….


Daddy pula ambil nasi daging merah dan kakak nasi putih paprik. Air kat situ fuhhh the ais meletup nampak pun kaw giler…. Apa lagi terus saya order teh ais. Harga pun tak mahal! Terkejut juga bila saya tengok harganya.


Kak ngah tak makan, saya order bungkus untuk balik hotel Nasi Briyani ayam dan nasi putih kosong tiga bungkus. Hehehe… ye la dah bawa bekal ikan bilis, serunding ayam, telur rebus, so anak-anak kalau lapar boleh la makan nasi putih dengan bekal yang dibawa di hotel nanti.



Restoran Halal Bangkok Soi 17/1: Harga Murah dan Sedap
Korang tengok harganya nasi briyani (ayam atau daging), baru 70 bath. Nasi kuning 30 bath dan nasi putih 10 bath. Ok teramat sangat la tu. Bila duk tunggu order kami sampai, saya duk tengok gelagat dua orang pelajar tu duk bersembang. Suami saya ajak makan dan order makan sekali mereka tak mahu. Mereka cuma order minum sahaja. Kata mereka dah makan tadi. Mungkin mereka segan dengan saya, sebab saya tak pernah mengajar mereka.


Sambil menunggu makanan kami sampai, saya asyik perhatikan dua pelajar tersebut. Ralit saya tengok apa yang mereka sembangkan dengan orang kedai di situ. Pandai betul mereka sembang, apa la topik yang diborakkan tu agaknya… hehehe. Tengok punya perhati, rupanya mereka cakap Melayu. Patut la galak betul! hehehe….


Masakan Halal Melayu Pattani di Bangkok
Ermmm… baru saya tahu, pekedai tu dari Pattani. So, korang nak cari makanan halal di Bangkok, boleh la ke Soi 17/1. Selain murah banyak pilihan makanan yang dijual. Sama seperti korang makan kat Malaysia macam tu la pilihan menu yang ada di situ. Nak apa nasi goreng kampung, nasi paprik, nasi daging merah, nasi udang butter semua ada. Sotong pun ada. Sama juga menunya. Itu yang membuatkan kami tak ralat dan kekok (kata ore kelate) bila nak order makanan kat restoran tersebut. Berkonsepkan hipster restoran tersebut cukup selesa dan berhawa dingin. So, korang tak perlu bimbang kepanasan.


Bila tiba sahaja makanan yang kami pesan, fuhhh cepat-cepat en daddy rasa. Bila dia rasa cakap sedap, saya setuju la. Sebab en daddy dia cerewet skit bab makan antara sedap dan tidak. Huhu…. Saya pun apa lagi mula la rasa briayani yang saya order… Perghhhhhh lembut weihhh dagingnya! sedap giler! ditambah pula nasinya yang lembut penuh rasa aroma briayaninya….



Sambil duk makan saya juga galak duk perhati jurujual duk tebar roti canai kat depan kedai tu… Perghhhh sedap lak nampak roti canai tu, tambah pula pisang duk tergantung fuhhhh! Roti canai pisang saya suka. Tapi perut dah mula kenyang sabar je la Sheila jangan turutkan rasa nafsu mu itu. Wahhh gitu… Sabar! Sabar!


Tapau Bawa Balik Hotel
Selain sedap ia cukup menyelerakan saya! Badan penat pun hilang bila dapat hidnagan yang sedap itu. Teh air pun tiga empat kali sedut je habis…. Susu ais yang kak ngah pesan pun sama caw gileeerrrr…. memang puas hati sangat makan kat situ. Semua menunya sedap, dan murah! Dek kesedapan itu siap-siap saya order tapau nasi briyani ayam dan tiga nasi putih untuk dibawa balik kat hotel. Ye la, mak mak ni bawa bekal, serunding ayam, ikan bilis dan telur rebus pun ada. Kalau anak-anak lapar waktu malam kang senang boleh terus makan jer. Tak payah mak dia nak pening kepala nak cari makanan kat mana, walaupun duk kat hotel.



So, bab makan hari pertama di Bangkok settle. Allhamdulillah, syukur sangat kami sampai dengan selamat. Lepas makan dengan berbekalkan duit tambang yang diberi oleh kawan saya kami pulang ke Hotel untuk check in. Semoga dimurahkan rezeki kawan-kawan saya yang bertungkus-lumus dan juga para pelajar yang bersusah payah handle program ini di BSRU Thailand. Bukan mudah ye nak handle program peringkat antarabangsa di negara orang. Banyak kekangan dan cabaran yang harus ditempuhi. Para pelajar pun ke sana dengan menggunakan duit poket sendiri dan duit pama…. Saya salut pada mereka semua!

Dari BSRU ke Ibis Hotel Riverside, Bangkok
Dengan berbantukan staf BSRU tolong panggilkan cab pada kami berenam kami menuju ke Ibis Hotel yang mana tempat yang telah saya bookingkan bersama rakan. Dengan satu cab kami menuju ke Ibis Hotel Riverside. Dekat sahaja rupanya Ibis Riverside dengan BSRU tu dalam 7 minit sahaja. Tapi bila mana pukul 8 lebih kami menuju ke sana, jalan agak sibuk mungkin warga Thai baru pulang dari kerja, perjalanan kami mengambil masa yang agak lama.

Sampai di Hotel dah pukul 9. Tambang cab yang bermeter menunjukkan 75 bath yang perlu dibayar oleh suami saya. 20 bath dikembalikan kerana driver cab tersebut tiada duit kecil. Dan baki itu, suami saya bagi pada budak yang bermain muzik di Asiatique yang akan saya ceritakan nanti…. Ye la anggap je duit itu sedekah untuk kawan kami yang berikan kami tambang tersebut. Semoga beliau dirahmati dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Allhamdulillah

Apa Pula Terjadi Kat Hotel Ibis Riverside?
Fuhhh memang penat sangat! Malam pun dah larut, orang lain dah dapat berehat! kami tergapai-gapai belum check in lagi. Apa terjadi pula kat kami?

Nanti tunggu next entry apa yang terjadi di Hotel tersebut. 

Jika anda ingin melancong ke luar negara juga. Jangan lupa menyemak senarai hitam imigresen dengan tutorial yang diberikan oleh eSemakan.








8 comments:

  1. Makanan dari Thailand jarang mengecewakan. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tp kalau kena org pattani msk mmg kena ngan tekak

      Delete
  2. Nmapak makanan tu dah tentu- tentu sedap..alahai laparnya perut...

    ReplyDelete
  3. betull kalau travel makanan benda paling penting sekali. yelah kita kan berjalan kena ada tenaga, nak ada tenaga kena makan. as muslim makanan tu penting yg halal pulak. Btw sedapnya daging merah tu yums

    ReplyDelete
  4. sedapnya makan ! hehehe saya pernah pergi Hatyai je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.