Advertorial
Event
Kolaborasi
Rumah Ronald McDonald Hospital USM Rumah Kedua Di Malaysia Setelah 20 Tahun Bagi Ringankan Beban Keluarga Pesakit Kanak- Kanak di KelantanRaw
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selain itu,
syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga para francaisi McDonald’s turut
berperanan dalam menjayakan program ini.
Rumah Ronald McDonald
Hospital USM Rumah Kedua Di Malaysia Bagi Ringankan Beban Keluarga Pesakit
Kanak- Kanak di Kelantan /
Allhamdulillah, tanggal 6 Ogos 2019, terciptanya satu sejarah lagi apabila Rumah
Ronald McDonald Hospital USM selamat dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Amar
Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Rumah Ronald McDonald atau juga
dikenali dengan RRM yang terletak di Hospital USM ini merupakan RRM kedua di
Malaysia. Rumah Ronald McDonald pertama telah dibina pada tahun 1999 di
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) Kuala
Lumpur yang bakal menyambut ulangtahun ke-20.
Di peringkat global, Rumah Ronald McDonald oleh RMHC kini mencecah
370 buah di seluruh dunia. Ia
merupakan satu pencapaian dan tanggungjawab sosial yang patut dipuji.
Dato’ Mohd Amar dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kelantan
amat gembira melihat inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia.
Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan
keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak
mereka ketika menjalani sesi rawatan yang berpanjangan. Sudah pasti rumah ini
akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau
hospital-hospital lain di bandar Kota Bahru ini.
Pemilihan di Hospital USM
Pemilihan negeri Kelantan dan juga Hospital USM adalah melihat
keperluan yang amat tinggi di mana ia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik
setiap tahun. Rumah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kelantan
yang kebanyakannya mendapatkan rawatan di sini, ia juga akan meringankan beban
majoriti besar yang mengunjungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada
golongan berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan
negeri-negeri lain. Malah, RRM di Hospital USM bukan sahaja dikhususkan kepada
para keluarga pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM, namun ia juga
ditawarkan kepada keluarga-keluarga pesakit yang mendapat rawatan di hospital
lain yang berdekatan.
Meringankan Beban
Memetik kata Dato' Amar, usaha ini merupakan satu inisiatif wakaf
pahala yang berterusan, dan ia patut dicontohi. Harga yang ditawarkan RM5 untuk
semalaman cukup rendah. Selain itu juga adalah bagi meringankan beban keluarga
pesakit yang mendapatkan rawatan terutama golongan B40 yang berpendapatan rendah.
Sementara itu, Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “RMHC
Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk
dimanfaatkan oleh masyarakat. Kita berharap agar melalui kerjasama strategik
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia
perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi,
kita dapat menepati janji RMHC iaitu ‘Keeping Families Close’ atau
memastikan famili sentiasa dekat bersama melalui kemudahan Rumah Ronald
McDonald ini.”
Justeru, keluargalah merupakan insan terdekat bagi pesakit
pediatrik untuk mendapat motivasi dan sokongan dari segi emosi dan fizikal
semasa menjalani rawatan. Adakala rawatan yang perlu diambil berpanjangan
sehingga mengambil masa yang lama dalam sebulan atau lebih. Ditambah pula
dengan golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan tempat tinggal
bagi menemani anak-anak mereka, maka Rumah Ronald McDonald ini sangat
diperlukan.
Anda Merealisasikan
Pembinaan Rumah Ronald McDonald
Azmir juga menekankan
bahawa belanja pembinaan Rumah Ronald McDonald ini yang bernilai kira-kira RM4
juta tidak mungkin berjaya diperoleh tanpa sumbangan ikhlas daripada
pelanggan-pelanggan McDonald’s melalui tabung RMHC Malaysia di semua restoran
McDonald’s di seluruh negara, syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga
para francaisi McDonald’s.
Sedar atau pun tidak
kita semua merupakan penyumbang kepada pembinaan Rumah Ronald McDonald ini.
Bagaimana? Dengan menyumbangkan derma di dalam tabung kecil merah di restoran
McDonald's, kita semua juga sebahagian penyumbang kepada pembinaan Rumah Ronald McDonald ini. So, uols
untuk mendapat pahala berterusan hingga ke jannah sangat mudahkan! Ringankan
tangan menghulurkan seberapa mampu dan yang utama ikhlas di dalam tabung kecil
yang berwarna merah di kaunter-kaunter McDonald's seluruh negara.
Kolaborasi USM dan McDonald’s Sangat Relevan Demi Kesejahteraan
Masyarakat
Seiring dengan pengiktirafan USM sebagai
Universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu
Hospital USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan
hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua
(bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). Kewujudan Rumah Ronald McDonald di sini
secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah
hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di
Pantai Timur.
Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan
Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “RMHC
Malaysia komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan seperti ini untuk
dimanfaatkan oleh masyarakat. Kita berharap agar melalui kerjasama strategik
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia
perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi,
kita dapat menepati janji RMHC iaitu ‘Keeping
Families Close’ atau memastikan famili sentiasa dekat bersama
melalui kemudahan Rumah Ronald McDonald ini.”
“Kami berbesar hati dapat memberi kemudahan Rumah
Ronald McDonald ini untuk kegunaan ramai, lebih-lebih lagi untuk rakyat
Kelantan dan Pantai Timur. Diharapkan dengan adanya rumah ini, ibu bapa lebih
senang hati dan selesa menghantar anak mereka untuk menjalani rawatan di
hospital,” tambah Azmir.
Persekitaran dan
senibina yang cukup selesa dan cantik dengan pembangunan fasiliti yang lengkap,
antaranya termasuklah Bilik Sensori Ronald McDonald.
Bilik Sensori Ronald
McDonald di Rumah Ronald McDonald merupakan bilik yang ketiga di bumi Kelantan
bagi merawat pesakit pediatrik yang menghadapi masalah pertuturan, masalah
penglihatan, masalah pendengaran dan sebagainya. Bilik ini secara tidak
langsung dapat memberi banyak faedah kepada para pesakit yang menginap di Rumah
Ronald McDonald Hospital USM selain mendapat rawatan di hospital.
Kemudahan Yang Terdapat di Rumah Ronald McDonald, Hospital USM, Kelantan
- Bilangan bilik
tidur: 18 (boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu-satu
masa).
- Bilangan katil: 72
katil
- Kemudahan Bilik
Sensori Ronald McDonald: Lengkap dengan peralatan multi
deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa
- Kemudahan lain
yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik
permainan
Apa yang menarik hati
saya, kemudahan seperti basikal turut disediakan untuk waris dan keluarga
pesakit untuk memudahkan perjalanan ke hospital jika tidak mahu memandu
kenderaan.
Kreatif
Apabila saya membelek
beg yang dibekalkan kepada kami, saya terpegun dengan cenderamata oleh pesakit kanak-kanak
di wad pediatrik. Cenderamata yang saya terima ialah daripada adik Muhamad
Irwansyah Adha bin Saufi, yang berusia 11 tahun.
Cantik kan?
Semoga adik Irwan
mendapat rahmatNya dan cepat sembuh. Kepada semua pesakit dan keluarga yang
mendapat rawatan dan tinggal di Rumah Ronald McDonald ini dirahmati, sentiasa
dilapangkan segala masalah dan dimurahkan rezeki hingga ke Jannah. Dan, juga
semoga para penderma serta penyumbang serta staf yang terlibat menjaga dan
menguruskan Rumah Ronald McDonald ini mendapati keberkatan selalu.
Semoga dengan usaha jitu
dari pihak Rumah Ronald McDonald dan juga Hospital USM ini akan meraih ladang
pahala yang cukup banyak di akhirat kelak.
Berwakaf Bagi Pahala
Beterusan
Bagi anda di luar sana
secara individu mahupun syarikat boleh juga mewakafkan atau memberi sumbangan
untuk menaja setiap bilik penginapan yang disediakan. Begitu menarik pandangan
saya apabila ada bilik-bilik yang sudah ditaja oleh syarikat-syarikat mungkin
dari aspek penyelenggaraan. Ia merupakan satu usaha yang cukup baik dan harus
dicontohi bersama.
So, saya sebagai
perantaraan mengalukan sumbangan-sumbangan untuk menaja bilik-bilik di Rumah
Ronald McDonald ini, maka bolehlah menghubungi cawangan Rumah
Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur
di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388
jika anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk
RMHC Malaysia.
Latarbelakang RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai
organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari
dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan
kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan
empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.
Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald,
‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC
telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan
kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana
untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas
individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga
tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai
RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.
Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan
kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70
juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di
Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan
sebulan di 280 restoran di seluruh negara. McDonald’s mempunyai lebih 14,000
kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan
pelbagai peluang termasuklah perkembangan karier, latihan dan pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my
Latarbelakang Hospital USM
Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mula beroperasi sebagai hospital
pengajar yang memberi perkhidmatan awam pada tahun 1983. Diterajui oleh
Profesor Dr. Kamaruzaman Wan Su, Pengarah pertama Hospital USM bersama dua
orang timbalan serta 570 orang staf pelopor. Kini, selama lebih 30 tahun
berkhidmat kepada masyarakat, Hospital USM dengan bilangan staf mencecah 3,500
orang dan Pengarah Hospital sebagai penerajunya menawarkan pelbagai
perkhidmatan klinikal dan sokongan klinikal bukan sahaja kepada masyarakat
setempat malahan pesakit dari seluruh Malaysia.
Hospital USM telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan,
Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 26 Ogos 1984.Tujuan utama
penubuhan Hospital USM adalah untuk menjadi hospital pengajar bagi bidang Sains
Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Selain itu, Hospital USM juga
menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di samping memberi peluang
kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan.
Disokong dengan misi utama iaitu: “Hospital Universiti Sains
Malaysia akan menerokai bidang-bidang baru perkhidmatan pesakit dan menjadi
sebuah pusat perubatan yang cemerlang dengan memberikan perkhidmatan yang
berkualiti dan penggunaan teknologi perubatan terkini”, Hospital USM semakin
pantas mengorak langkah kearah merealisasikan misi tersebut.
Sebagai
sebuah organisasi korporat yang cemerlang, Hospital USM beroperasi dengan
memberikan perkhidmatan perawatan pesakit berdasarkan kepada:
- Kecekapan
pentadbiran dan pengurusan
- Produk
perkhidmatan yang berkualiti
- Berkepentingan
dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan
- Penjanaan
kewangan yang optima
- Pembinaan
nilai murni sumber manusia
- Pemeliharaan
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
bagus ada Ronald McDonald House ni... dpt bantu ramai org yg kurang berkemampuan
ReplyDeletehai hai awak, nice entry pasal rumah ronald ni. ema datang singgah dari blog baru ematunz.blogspot.com, jemput singgah ye
ReplyDelete