Film Review
Bertangas Nasi di Pawagam
Nak cerita tentang filem seram yang satu ni sudah ditayangkan di pawagam pada 18 September lepas... Mungkin saya agak kelewatan untuk review ini.
Bersyukur dapat saya laksanakan untuk menontonnya dan membuat kajian untuk tesis yang saya sedang jalankan. Terpaksa ler berkampung bawa anak suami sebagai pengasuh ke pawagam. Jitra Mall menjadi lokasi saya.
Sinopsis Nasi Tangas :
Mengisahkan pasangan suami isteri Hairi dan Mira lakonan (Azwan Kombos dan Adibah Yunus) baharu berkahwin. Namun, Hairi selalu melebihkan rakan kongsi perniagaannya iaitu Fatin (Shima Anuar) dalam apa jua percakapannya menyebabkan isterinya Mira cemburu. Dengan asukan mak Ton mak Mira dia bersetuju menggunakan Nasi Tangas atau Nasi Kangkang untuk menundukkan suaminya.
Jom kakak kita tangas nasi... hehe... kakak nak masuk tonton bersama saya tapi encik somi tak bagi... tak apa la kakak lain kali kita tengok citer kakak yer...
Antara respondon saya. Susah untuk saya mendapat respondon di pawagam ni. Salah satu sebab utama, bila dah habis tengok filem semua audien akan bergegas untuk pulang atau next destination. Ini menjadi kekangan utama dalam kajian saya untuk mendapatkan data.
Sabar ye... In syaa Allah ada jalannya.... rata-rata audien dibangku sekolah tingkatan 4 dan 5 dan pelajar IPTA/S politeknik berdekatan dan juga keluarga...
Anak saya yang kepenatan tidur tanpa hirau... kesian....
Sambil duk menunggu saya anak dan encik somi rehat le dulu ye... sabar separuh dari iman... hehehe
Review saya :
Saya meletakkan diri sebagai spectator dimana babak-babak cara membuat nasi tangas sangat menjijikkan. Dari situ saya tahu bagaimana cara membuat nasi kangkang... bacaan mantera yang membutkan saya terkejut... erm... rupanya sikit sebanyak menyerupai mantera sebenar kerana saya dapat mengagak dari filem yang sebelumnya. Saya suka cara pembawaan plot cerita yang membuatkan penonton mahu mengetahui apa seterusnya akan terjadi. Walaupun plotnya ringkas ada kala audien akan dapat menjangkau apa seterusnya akan berlaku namun, apa yang disangkakan tidak tepat. Garapan pengarahan yang baik. Secara jujur saya berikan filem ini 3/5 bintang... Mungkin saya agak kedekut bagi markah... hehehe... tapi saya suka....
No comments