Nur Jannah Empat Tahun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... Sanah helwah puteri ketiga saya Nur Jannah yang keempat tahun pada 30 Mac 2021 yang lepas. Entry ni edisi trowback Nur Jannah lah...Syukur baharu dapat beli kek untuk dia buat kali pertama... Tak apa la bukan apa pun lahir lahir ni, beli kek untuk mereka rasa dihargai. Sebelum ni memang sukar sikit, syukur kali ni dapat menikmatinya. Nur Jannah ni saya perasan sejak dia berumur setahun dia suka makan kek. Masa tu saya tak mampu nak beli kek hari lahir untuknya. 


Sepupu-sepupu saya sambut hari lahir anak-anak mereka masa tu. Masa tu saya perasan yang dia makan kek bertambah.... Suka la tu.... Sejak hari tu dia memang gemar makan kek. Setiap kek yang diberi akan dimakannya dengan pebuh perasaan... hehehe


Saya dan en somi pilih marble cheese cake, sebab majoriti mahukan cheese cake. Agaknya semua dah jemu makan coklat indulgence.... Kek secret resepi pun dah mahal sekarang ni. 


Allhamdulillah... terima kasih Ya Rabb dapat memberi keceriaan kepada anak-anak kami. Kakak pula bagi hadiah duck ni, walaupun mama yang bayar,,, hehehe..., seronok la dia... tapi dia lagi suka lion kecil kakak... Merajuk ke apa mesti akan cari lion dipeluknya.

 

Tujuan utama kakak suruh beli duck ni sebab kakak mahukan lionnya yang dihadiahkan kawannya tahun lepas... Tapi Nur Jannah ni sangat sukakan lion tu... Nak tidur ke apa akan cari lion. Saya, en somi, kak ngah n kakak la yang jadi mangsanya cari mana hilang lion tu... Kalau tak dia nangis! hehehe....


Jenuh la.... dia sorang yang ada tabiat macam ni... kalau nak tidur dia akan susun bear di tempat tidurnya tuk tidur bersama, then mama dia juga la yang kena selimutkan semua bear tu.... Saya jarang belikan bear, tapi bila dia dah susun tu banyak pula menatang tu... kekeke...

Rupanya ramai yang bagi tuk mereka... Boleh kira je yang saya beli berapa? Haduiii.... macam-macam karenah anak-anak ni... tak pa la kita layan la, mereka nak membesar macam-macam ragam dan peel. masa PKP ni banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak... Boleh tengok sini saya selalu juga buat, untuk ceriakan hati mereka, tpi sekarang keterbatasan skit tuk keluar rumah so duk diam-diam kat rumah. Kunci pagar! hehe....

 

5 comments:

  1. Alhamdulillah.. Happy birthday Nur Jannah..

    ReplyDelete
  2. Syukur. Alhamdulillah. Selamat ulangtahun Jannah. Tak lama lagi jadi kakak Jannah ni.

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Nur Jannah. Semoga membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Aaminn...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.