Bila Kakak Putri Damia Amani Masuk Asrama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahamdulillah. Disember lalu kakak Amani dapat panggilan menduduki peperiksaan / ujian kelayakan memasuki MRSM. Masa daftar tu saya pilih pusat ujian di MRSM Arau Perlis sebab dekat dan sempadan je dengan tempat saya tinggal. 


Ada juga jumpa kawan sepejabat saya turut sama hantar anaknya untuk mengambil peperiksaan... Saya bawa bersama kak ngah dan Nur Jannah. Ye la nak tinggal kat sapa. MAsa ni en somi cuti so dia boleh la ikut sama...


Dah habis exam sempat la anak-anak ambil gambar di pintu masuk MRSM Arau Perlis ni....



Lepas tu terus ke sekolah kakak... untuk hantar buku teks dan juga ambil sijil berhenti sekolah. So, kakak boleh la jumpa rakan-rakannya yang dah lama tak jumpa... Ye la masa tu pun PKP sekolah tutup....



Allahmdulillah pada 21 Mac 2021 yang lalu dapat mesej di phone kakak berjaya masuk MRSM Arau ni... Sebenarnya untuk kakak masuk ni saya dah buat rayuan. Sebelum tu ada cikgu daripada MRSM Beseri call saya, tanya sama ada saya dah periksa result berjaya masuk MRSM. Saya kata tak berjaya tapi kena buat rayuan. 


Cikgu tu cakap tak apa puan buat je rayuan, jika dia minta buat rayuan tu, kemungkinan ada peluang! Cikgu tu call sebab dia nak datang periksa rumah sebab kakak tercalon dalam pelajar Budi. Pelajar Budi ni, golongan ibu bapa pendapatan RM2000 ke bawah. Then bila cikgu tu terangkan kepada saya apa itu katagori Budi, pelajar yang tergolong dalam katagori Budi akan ditanggung pengajian sepenuhnya oleh pihak MARA. 

Saya terus terang la dengan cikgu tu, masa buat permohonan kakak masuk ke MRSM saya, suri rumah sepenuh masa tiada pekerjaan. Suami pun hanya kerja kampung. Dan... sekarang bulan Januari saya baru dapat masuk kerja sebagai pensyarah. Gaji pun lebih RM2k. Cikgu tu faham.... Tak apa dia akan buat laporan pada pihak atasan tentang status keluarga. So, saya tanya sekali lagi, macamana, Putri Damia ni ada peluang ke masuk MRSM?

Cikgu jawab, InsyaAllah selagi diberi peluang untuk buat rayuan masih ada peluang! Allhamdulillah, akhirnya ada tempat untuk kakak. MAsa rayuan tu, saya tak tahu nak tulis apa. Saya hanya mohon kakak diberi peluang kerana kakak aktif dalam sukan golf diperingkat daerah dan negeri... Yang saya tahu di Perlis akan menghimpunkan pelajar golf di MRSM Arau.... Senior saya yang bagitahu dan suruh saya aplly kat situ, anak cikgu sebelah rumah saya pun dapat kat situ juga! dan team golg sekolah rendah bersama kakak juga.


Dapat mesej menerusi telefon, masa tu saya kelam kabut juga kat forensik Hospital Sultananh Bahiyah Alor Setar... Terkejut juga tengok mesej tu.... Allhamdulillah syukur!


7 April 2021 kakak lapor diri. Jumpa ramai yang kenal. Terkejut member tengok barang kakak sikit sahaja. Anak dia berkali-kali punggah, ada sahaja barang yang mak dia beli.... Tak apa la kakak... barang sikit jer, mama sediakan kan dulu apa yang patut... Jangan tengok orang... 2 pasang baju kurung moden saya belikan untuknya... tapi dia tak pakai, tak boleh pakai katanya, sebab baju tu singkat. So, saya kena hantar lain baju kurung saya kat dia... 

Dia pinjam baju kurung kawannya.... Syukur dapat kawan-kawan yang baik. Dia sorang je yang tak ada phone. Hari minggu mula-mula tu call saya menangis la dia... ye la tak pernah berpisahkan....


Semasa taklimat yang disampaikan oleh pengetua MRSM Arau ni seramai 100 ribu yang memhon cuma 10 ribu sahaja yang terpilih masuk si seluruh negara! Ya Allah ramainya! Orang kata MRSM ni dia pilih orang yang susah keutamaan pada golongan B40.... tapi kaotanya kalau tak silap saya 60/40... jika salah mohon tunjukkan... Sebab kat sekolahnya hanya beberapa orang pelajar sahaja yang etrpilih masuk ke MRSM... 

Bantal tu, bantal terakhir ada kat koperasi... Banyak barang kakak yang tak cukup saya beli kat koperasi. Syukur dapat bantal tu.... Kalau tak tidur tak berbantal la kakak nak tunggu stok koperasi bantal sampai yang baru....


Cakap dengan daddy dia pun menangis... dah minggu kedua, ketiga seronok la dia kat sana.... Ada senior baik-baik.... Siap sembang dengan senior dia lagi! Tiap kali hari minggu dia pinjam phone kawan dia call saya... Sampai sekarang saya belum kesempatan untuk beli phone lagi kat dia....

InsyaAllah, Allah Yang Maha Menyusun.... sampai rezeki akan dapat phone sendiri.... Sekarang pun PDPR banyak guna latop kat rumah.... wasup telegram semua guna no saya!


Tok mie dan Tok panya datang nak tengok kakak masuk MRSM... walaupun terpaksa rentas negeri.... so, 5 hari juga tok mi dan tok pa datang...


Syukur dapat bawa family makan kat luar.... Nasib la tenpat makan tu sedap! Kalau tak jenuh bising tok panya.... Ayah saya memang cerewet bab makan.... dah la tunggu lama masa tu.... nasib makanan menu nasi daging bakar tu sedap. Dengan perapannya pun sedap tekak ore Kelate... Pakcik saya puji sungguh sedap. 

Allhamdulillah... syukur, kalau tak mampuih la aku! kekeke.... susah nak capai tahap mak ayah saya suka ni! sori gambar makanan lak xde dalam simpanan. Ni masa dah habis makan nak balik sempat bergambar satu family....



Sebulan kakak kat MRSM Arau, syukur! Terima kasih Ya Rabb beri peluang kepada kakak... Kesian kakak ni, sejak kecil saya besarkan dia dengan penuh stress dan kesusahan.... Dia tahu saya tak mampu, dia tak minta lebih.... 

So, kakak mama doakan kakak belajar rajin-rajin jangan sia-siakan peluang yang diberikan ini.... 



5 comments:

  1. alhamdulillah., semoga dipermudahkan urusan kakak masuk asrama tuuh., ;p

    ReplyDelete
  2. huhu..belum ready nak hantar abang bujang sorang ni ke asrama. mama takuad...
    apapun... tahniah kakak amani

    ReplyDelete
  3. kalau mrsm baling boleh kite ngedate kan sheila

    ReplyDelete

Powered by Blogger.