Bila Tak Percaya Allah Itu Maha Pemurah?

Bila Tak Percaya Allah Itu Maha Pemurah? / Allhamdulillah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya. Seperti keadaan yang meruncing dengan jumlah kes yang kian hari semakin mening, sikap menyalahkan pihak itu dan ini, kerajaan gagal dan sebagainya.... cuba kita berdiam seketika tunduk dengan kebesaran Allah. Setiap apa yang berlaku adalah disusun Allah swt. Jika Dia mahukan itu berlaku, kita halang sebagaimana pun ia kan berlaku jua. 



Dan,.. tugas kita? jauhkan merungut sebolehnya! Sejujurnya saya tak ambil kisah terhadap politik semasa. Bagi saya saiapa yang dilantik di atas itu adalah tanggungjawab mereka. Jika mereka gagal, jika kita letak diri kita di situasi mereka. 

Disebalik nikmatNya yang besar namun, diri yang khilaf adakalanya masih menafikan Allah itu Maha Pemurah. Sebab?

Habit diri yang suka merungut! Ada sahaja perkara yang hendak dirungutkan. Kalau waktu pagi masa drive sibuk nak pergi kerja pun ada lagi merungut driver lain, ada juga merungut anak-anak lambat. Ini yang membuatkan khilaf diri yang sering kali tidak dapat dielakkan atau sengaja atau juga dah biasa dengan rungutan itu.

Habit merungut?

Kebiasaan habit ini semacam sudah sebati dalam hati, asyik merungut sahaja. Ada sahaja nampak yang tak kena. Kalau yang kena tu puji meninggi. Macam tu la sikap dan sifat kita sama ada nampak atau tidak. Peringatan untuk diri sendiri juga yang ada kala terkeluar juga rungutan itu dan ini...

So, jaga hati dalam keadaan meruncing Covid-19 ni tak perlu kita banyak merungut itu dan ini. Ambil lah setiap yang berlalu sebagai peringatan dan panduan supaya kita sentiasa cermin diri sendiri daripada cerminkan diri orang lain atau pihak lain.

InsyaAllah jika kita sentiasa cermin diri sendiri kita akan dihijab dengan perkara buruk Jangan biarkan perkara buruk menghijabi mata hati kita yang akan membuatkan kita sentiasa merungut.

Allah Yang Maha Pemurah

Ada kala, Allah datangkan kita perkara yang membuatkan asbab supaya kita merungut supaya kita lebih kenal diri kita. Bila kita kenal diri kita akan sedar setiap yang berlaku (perkara buruk) adalah untuk mendidik kita agar menjadi seorang yang kebih baik. Allah Yang Maha Pemurah akan datangkan pelbagai asbab untuk kita berubah. Dengan erti kata lain berubah kepada kebaikan. 

Merungut! adalah salah satu asbab juga untuk kita muhasabah diri, lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah Allah Yang Maha Pemurah akan membuka jalan seluaskannya untuk kita melusi jalan kebaikan. Ini adalah kerana Allah Yang Maha PEmurah sayangkan kita!

Ubah Cara Fikir

Ubah lah cara fikir kita, jika ada keburukan, kesukaran, cabaran, dugaan yang datang dalam hidup kita, ubahlah cara fikir kita tukar kepada kebaikan. Memang sukar untuk tukarkan perkara negatif dalam diri kita kepada positif. Namun, percayalah. jika kita yakin dengan Allah Yang Maha Pemurah, doa dan sentiasa minta kebaikan daripadaNya, InsyaAllah setiap perkara buruk yang berlaku pada diri kita, Allah alihkan kepada positif. Menerima setiap perkara dengan redha. Bila kita redha, InsyaAllah Allah jua akan meredhai kita!

Berada Dalam Lingkungan Positif

Benar kata orang alim, bila kita berada di dalam lingkungan persekiran yang baik, InsyaAllah, kita akan sentiasa terdedah dengan kebaikan. Jika kita berada dalam lingkungan yang buruk sedikit sebanyak akan terkena calarnya dan busuknya. Namun, jangan diingat jika kita berada dalam lingkungan yang buruk kita tak mampu mengelaknya. Dengan izin Allah yang sentiasa melindungi, Yang Maha Pemurah, Dia akan memelihara kita seadanya. Apa yang penting berbalik kepada hati kita, sentiasa bersangka baik dengan Allah Yang Maha Pemurah.

Yakinlah Kepada Allah Yang Maha Pemurah,

Tanam sifat keyakinan yang tinggi! Bila kita menyebut "lailahailallah" (tiada tuhan melainkan Allah), itu bermakna kita tanam sikap keyakinan yang tinggi kepada Allah Yang Maha Pemurah. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah ketentuan Allah yang tersurat dan tersirat di catatan Luth Mahfuz. Tak perlu kita merungut sana dan sini! Sebab kita sentiasa lafazkan "lailahailallah". Demi Allah, "aku yakin dengan ketentuanMu"....

Saya bukan sesiapa, coretan ini cuma untuk diri saya sendiri dan kalian yang sudi membacanya, terima kasih... Love uols. Jaga diri!


 

5 comments:

  1. Kita sama-sama belajar menjadi insan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Amat sukar untuk kekal momentum dalam erti keyakinan kepada Allah... kadang terleka.. terlalu sedih, marah, kecewa sampai lupa.. Allah lah yang berkuasa dalam segalanya .

    ReplyDelete
  3. allah itu maha penyayang. bersang baiklah dengan Allah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.