Wansue Capati Pauh Perlis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ALLHAMDULILLAH. Edisi imbas kembali semasa kami semasa hantar kakak menduduki ujian kemasukan ke MRSM tahun lepas, nak tunggu berjam kakak habis ujian, kami sempat la penuhkan perut di Capati Pauh.

Masa tu dah dibenarkan makan di kedai, ramai juga kami tengok yang makan di sana. Kami berempati yang dah lama tak makan kat luar, pun join sama.


Capati Pauh di terletak di bangunan kedai Pauh Baharu No 9 & 11, Jalan Tengku Budriah, Taman Tengku Budriah, 02600 Arau, Perlis, yang dekenali dengan nama Wansue Capati Pauh. Korang boleh je google.

Apa yang Femes?
Wansue Capati Pauh ni memang terkenal dengan kari kambingnya. Harga tu mahal sikit la tapi ok la sedap. 


Lama Jannah tunggu makanan Jannah ye. Saya ambil daging, Jannah dan kak ngah lak bagi mereka roti pulau....


Set sarapan pagi, roti pulau saya panggil... tapi namanya roti bakar special. Ada dua keping roti ada kacang dan telur atasnya.... Cukupla untuk mereka berdua ni.... hehe


Penuh sabar menunggu juga kak ngah ye.... Mereka punya makanan lum sapai. Dah sampai, haaa tu dia Nur Jannah ngap dulu....


Kak ngah dengan penuh keayuan makannya. Allahmdulillah.... bila mereka makan baru rasa lega. Anak-anak ni selagi tak dapat dia bising.... Walaupun dah alas perut kat rumah! tapi bila dah naik kereta jalan je kejap ada la diorang ni bising lapar dan sebagainya.


Macam tu la karenah anak-anak. Terpaksa bawa bekal apa-apa.... Bila dah bagi makan dalam kereta kotor lak kereta. Kita juga yang bising....




Nasib la Pauh ni dekat je dengan rumah kami... Boleh cakap sempadan la dengan Changlun.... Dalam 15 minit sahaja. So, uols kalau bukan PKP boleh la menikmati Capati kat Pauh ni... sekali datang mesti nak lagi.... Boleh la, saya suka juga! 


2 comments:

  1. dalam byk2 negeri kar malaysia, perlis yg mama tak penah sampai.. hmm.. cepatlah en cobid berlalu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.