Spek Mata Murah Di One Optics Changlun Kedah Sangat Berbaloi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Spek Mata Murah Di One Optics Changlun Kedah Sangat Berbaloi / Allhamdulillah.... perkara pertama yang saya beli masa lepas dapat kerja Januari yang lalu, ialah pergi buat spek.... Spek lama saya patah masa PKP 1.0 tahun lepas. Memang buat saya teraba-raba. Sampaikan ada kala menyusahkan dan mengundang pertelingkahan kerana kerabunan saya tak nampak masa kat kampung tu. Tersilap tegur orang yang dalam bad mood, sebab saya memang tak nampak muka orang tu dalam suka atau duka.... Bahaya betul situasi tu.... Apa kan daya saya cuma menegur kenapa? saya tak tahu muka orang tu macam mana cuma dapat mengagak sahaja keadaan lain, dan cuba bertanya kenapa.... 


Kalau saya nampak keadaan orang tengah bad mood saya takkan tegur.... Rabun mata saya ni teruk! Kali terakhir saya buat spek bila saya dapat sambung belajar masa tu. Agaknya tahun 2013 kot.... Then, baru kini dapat saya pergi check mata dan buat spek semula.....

Terkejut juga la, sebelum ni mata saya kata tak silap powernya, sebelah 450 dan sebelah lagi 475. Tapi kali ni bila test, powernya menurun sebelah kiri / kanan 375 dan satu lagi 425.... Saya lupa kiri atau kanan yang tinggi powernya....



Bila di test, boleh siap terus... sebab bingkat yang saya pilih ada stok, dan bingkai tu tebal, so tak perlu nipiskan cermin.... Memang la akan nampak tebal.... letak sekali dengan uv protection harga kesemuanya RM99.... Fuh saya dan en somi terpegun, biar betul ni murah tu... Memang la bingkai tu bukan jenama mahal, tapi saya memang tak sangka murah macam tu....

Kat mana kedainya?
Di One Optics
64, Lebuhraya Bukit Kayu Hitam
Pekan Changloon 2,
06010 Changlonn Kedah
Hp: 016-2904867

Patut la memula saya sampai tu ramai orang beratur nak masuk kedai tu... Deret bangunan tu ada beberapa kedai cermin mata! So, kami pilih kedai tu nampak ramai yang sedang tunggu giliran nak masuk situ....

Dapat Spek Murah ni Tak La Ralat sangat! jika jatuh senget dan sebagainya xde la kita ralat sangat. Then ada lagi free gift contact lens berwarna.... Dengan harga RM99 dapat lagi color lense untuk sebulan. saya ni memang dah lama tak pakai colour lens sejak jadi student dulu. Rasanya adalah 20 tahun lepas.... huhu.... bila dapat lens colour ni rasa macam lebih confidents... 


So, saya pilih warna brown... xde la nampak sangat menonjol kan.... Nak pakai bila dah tua-tua cam ni xde la rasa cam over sangat... kekeke.... dah nama free ambil je la kan.... 

Allhamdulillah.... terima kasih Ya Rabb temukan tempat buat spek murah ni. Saya jarang p survey, ye la poket kosong tak berani nak survey... Dapat gaji pertama itu la yang saya mahukan dulu..... Ada kala orang tanya kita kena reward diri sendiri. Saya tak tahu nak reward apa juga!

Masa saya lulus PhD.... sahabat ada tanya nak reward apa untuk diri, saya diam jer? Kena reward katanya! Kawan akak reward beli handbag RM4 ribu.... erm.... Saya? saya diam n senyum ja.

Masalah Rabun Jauh

Sebenarnya saya ni dah pakai spek sejak akhir tahun tingkatan 2 lagi umur 14 tahun.... Erm... masa tu saya perasan yang saya ni rabun bila masuk makmal meja makmal di antara meja tu jauh. Meja depan tu harus la pelajar lelaki yang duk. So, saya duduk kat meja belakang, masa tu saya perasan yang saya tak nampak sedangkan kawan saya nampak.... Orang kata rabun jauh ni biasa dalam kalangan orang muda dan pelajar dan juga ada yang genetik juga salah satu faktornya. Namun, dalam keluarga saya, tak ada yang pakai spek yang rabun.... uh.... masa tu ayah bawa saya ke kedai spek la bila check power dalam 200 lebih dah masa tu..... 

Kat bawah ni ada perbandingan di antara penglihatan normal dan juga rabun jauh.

Sumber: islandhospital.com


Gambar sebelah kiri menunjukkan penglihatan normal, mendapati cahaya jatuh pada retina. Manakala, jika seseorang itu mengalami masalah rabun jauh, cahaya tidak jatuh pada retina mata. Kajian menunjukkan bahawa 85% ke 90% rabun jauh di alami oleh golongan muda di Malaysia dan Singapura. Sementara itu, kajian dalam kalangan muda di Malaysia mendapati pengidap rabun jauh terdiri daripada bangsa Cina sebanyak  42% dan Melayu pula 15% (sumber: myhealth.gov.my).

Mitos Rabun

Orang-orang tua juga ada mengatakan orang rabun ni pandai sebab kuat baca buku. 

Penyebab Rabun Jauh

Antara penyebab rabun ni adalah berpunca daripada:
  • menonton TVdalam jarak yang dekat
  • tengok phone atau buku dalam jarak yang dekat
  • menonton TV dalam keadaan yang gelap
  • tempoh membaca terlalu lama


Cara Mengatasi Rabun Jauh

Walau bagaimapun, ada cara bagi mengatasi masalah rabun jauh ni. Solusinya:
  • menggunakan spek: dengan menggunakan spek cahaya yang tidak jatuh pada retina akan dapat diatasi
Sumber: myhealth.gov.my


  • memakai kanta lekap: 
    • sesetengah orang akan merasa selesa dengan emnggunakan kanta lekap. Adakala, ia akan memberi penglihatan yang lebih jelas berbanding dengan menggunakan spek. Sejujurnya saya lebih selesa dengan menggunakan kanta lekap. Bagi saya, ia tidak menghalang penglihatan arah tepi kiri dan kanan mata. 
  • Rawatan Orthikeratology
    • Rawatan ini dibuat kepada kanta lekap bagi mengubah kornea mata dalam masa tertentu. Kanta lekap khas ini digunakan pada waktu malam. Sementara, pada siang hari tidak perlu memakainya kerana mereka mampu melihat dengan jelas.

Reward Diri Sendiri Bila Dapat Surat Senat Tamat PhD?

Erm... bila dapat surat senat masa tu saya reward diri sendiri dengan pergi makan sorang-sorang sebab masa tu amat lapar sangat balik kerja, stop la kedai makan, order nasi putih, telur dadar dan sup perut! Itu la reward saya bila dapat surat senat yang menyatakan saya dah tamat pengajian saya.... hehehe.... 

Reward Lain?

Setakat ni belum lagi! yang penting belanja, anak-anak dan suami makan. Sebab mereka lah tulang belakang saya!

Spek ni gaji pertama saya! Then, bagi mak ayah... itu yang penting. syukur tiap bulan dah dapat bagi mereka....

Allhamdulillah....



5 comments:

  1. Wahh menarik sgt! tp saya di Taiping jauh pulak ke cahnglonn heheee ^_^

    ReplyDelete
  2. spek skrg ni makin mahal harga..untunglah dapat murah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki akak dapat cari spek murah. Memang berbaloi-baloi!

    ReplyDelete
  4. Nice .. tak pernah pakai spek..... takut tak reti jaga..

    ReplyDelete
  5. Thanks for reviewing, baru nampak sis tulis blog ni untuk review kedai Clara.❤️❤️

    ReplyDelete

Powered by Blogger.