Total Lockdown 1 Jun 2021 Hinggan 14 Jun 2021 Kesannya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahmdulillah, akhirnya keputusan terpasa jua dibuat untuk 'total lock down' bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 selepas kenaikan kes pada hari ni kepada 8290, kes kematian 2555 merupakan kes tertinggi...


Kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah bersidang khas terhdapa kes COVID-19 yang dipegerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan mengadakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi datau pun 'total lockdown' fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun sehinggalah 14 Jun 2021. 

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh MKN.


Kes aktif yang tinggi dengan 70000 kes malah kes harian melebihi 8000 kes telah memaksa keputusan dibuat untuk 'total lockdown'. Dengan meningkatnya kes secara mendadak juga hospital di seluruh negara tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk merawat pesakit COVID-19. 



Sejujurnya, saya menyambut baik keputusan ini dan menunggu keputusan dibuat, kerana peningkatan ketara dari hari ke hari menyebabkan saya merasa risau dan takut dengan keadaan semasa. Dari sudut negatif mungkin akan mengganggu ekonomi peniaga kecil dan golongan B40 ke bawah. Saya juga merasainya tahun lepas. Sokongan dan semangat daripada orang sekeliling membuatkan saya banyak sabar dan sepenuhnya berserah kepada Yang Maha Berkuasa....

Kesan Psikologi Masyarakat Marhaen 

Saya nampak banyak hal berlaku ketika itu, walaupun sekilo gula pun berebut dan menjadi kemarahan kepada saya dibodohkan kerana tak mahu menerimanya.... Saya dicaci diperbodoh, kerana tidak mahu mengisi borang bantuan dan sebagainya. Akhirnya, saya mengisinya jua. Dan... tiada ada satu pun bantuan yang diperolehi! Sedikit sebanyak akan memberi kesan psikologi kepada golongan marhein.... Saya tak faham, sifat berkehendah yang amat tinggi sehinggakan membodohkan orang lain. 

Sahabat Yang Baik

Saya bersyukur, kerana Allah datangkan sahabat yang baik daripada rakan-rakan kerja saya! Allahu mereka mengumpul duit dan mendermakan pada saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya... Bila susah adakala sahabat juga memainkan peranan selain keluarga terdekat. Mereka bertanya khabar kita, keadaan kita. Mungkin mereka kesian dengan saya menjual pisang goreng, chicken chop, sedikit sebanyak mereka membantu saya daripada kewangan. Saya tak percaya! 

Tapi itu la Allah Yang Maha Menentukan segalanya! Walaupun saya dan keluarga pada ketika itu tiada langsung sumber pendapatan, tapi Allah tu Maha Menyusun sebaiknya, kami berniaga chicken chop di rumah.... Syukur, walaupun pembeli hanya dalam kalangan sepupu sepapat, kawan saya tapi mereka lah yang banyak menyokong. Apa yang kami tak minta Allah bagi!  Allahmdulillah....

Bersangka Baik Dengan Allah

Dan, dalam masa yang sama saya pun tak tahu.... macam mana, Allah itu Maha Baik Ya Baar... Dia mendatangkan rezeki yang tidak disangka kepada saya dan keluarga. Percayalah dengan rezeki Allah, jangan risau.... jika kita tenang dan sabar InsyaAllah Allah akan tolong.... jangan berebut walaupun sekilo gula, atau RM10.... Yakin dengan rezeki Allah.... Allah susun yang terbaik jika kita baik sangka denganNya.... Saya doakan para sahabat dimurahkan rezeki dan dikurniakan reezeki yang tidak disangka oleh Allah swt. 

Saya ada tengok cerita golongan marhain yang diberhentikan kerja. Suami isteri terpakasa menjadi gelandangan. Ya Allah sayunya hati. Dek ekonomi merudum banyak yang dibuang kerja, dan kes penceraian juga meningkat. Semoga kita semua diberikan kekuatan iman, sabar dan tabar dalam mengharungi semuanya....

Semoga dengan keputusan yang dibuat negara kita dapat menurunkan kadar jangkitan. Semoga dilindungi semua! Stay at home!





6 comments:

  1. bersabarlah demi menjaga nyawa n maslahat diri

    ReplyDelete
  2. Semoga lockdown ini akan dapat bendung penularan wabak Covid-19. Saban hari angkanya naik mencanak memang sangat membimbangkan.

    ReplyDelete
  3. Lockdown kali kedua . Harap2 kes dapat menurun dengan mendadak

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Syukur. Semoga solusi ini dipermudahkan Allah swt.

    ReplyDelete
  5. mari kita sama-sama mengurungkan diri di rumah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.