بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Allahmdulillah, saya dan suami peniaga pisang goreng. Syukur, seronok sebenarnya berniaga pisang goreng ni.... saya memang suka makan pisang goreng. Banyak saya belajar dari mak mertua dan cikgu google juga buat pisang goreng.
Finally, saya dapat juga resepi yang bagus untuk buat pisang goreng rangup dan berkerak halus..... Yang penting habuk tu kena halus... Ada cara rupanya....
Banyak kali dan berkali-kali bereksperimen untuk dapatkan habuk pisang goreng yang halus tu.... Tak jadi buat lagi dan lagi... Dibantu lak ramai yang menegur dan sebagainya.... itu buat lagi semangat walaupun yang menegur tu tak de lak bagi resepi sebab tak tahu. Hanya tahu merasa dan menegur....
Saya gunakan pisang arang dan kat bawah ni pisang kebatu kalau kat Kelantan... Saya tak pasti pisang kebatu ni negeri lain panggil pisang apa....
Cuba dan cuba, yang akan jadi taster saya cousin n makcik saya sebelah rumah mak saya... Apa-apa saya masak kat sana la saya hantar untuk bagi mereka rasa dulu.... hehehe....
Bila dah ada keyakinan tu saya dan suami mula la berniaga pisang goreng.... di tepi jalan depan rumah arwah nenek yang sekarang rumah pakcik saya....
Walau saya suka berniaga pisang goreng ni tapi memandangkan kurang pelanggannya, ye la sebab kami baharu sahaja berniaga.... terpaksa tutup mak minta berniaga benda lain.... Sedih juga.... tapi apa kan daya...
Nak buat pisang goreng baik tak berminyak ni ada juga caranya....
1. Gunakan pisang yang tak begitu ranum dan masak
Maksudnya pisang tak boleh 'lebu' itu panggilan orang Kelantan la.... terlebih ranum. Kalau dah terlebih ranum ia kana makan minyak dan minyak akan banyak melekat kat pisang....
2. Nak Bagi Rangup
Saya gunakan sedikit air kapur masukkan dalam bancuhan tepung.... selain itu saya juga masukkan kelapa mesin dalam bancuhan tepung. Kelapa mesin itu akan membangkitkan rasa lemak dan akan membuatkan kerak pisang lagi rangup dan berderai... Selain itu, saya juga masukkan sebiji telur dalam setiap bancuhan tepung.
3. Bancuhan Tidak Terlalu Pekat
Bancuhan tepung jangn terlalu pekat.... bila bancuhan tidak terlalu pekat ia akan menghasilkan kerak yang berderai dan halus.... tapi bancuhan jangan terlalu cair sangat. Kalau terlalu cair sangat ia takkan melekat pada pisang lak.
4. Minyak Kena Panas
Minyak juga kena panas tapi jangan terlalu panas yang amat... Kalau betul minyak dah panas, bila kita masukkan pisang tu ia akan merangupkan kerak pisang dan pisang juga akan dimasak dengan betul. Sebenarnya kalau minyak betul-betul panas, sekejap sahaja pisang boleh masak.... Seterusnya ia akan membuatkan kerak pisang akan berderai....
Aktiviti pagi kami, selepas hantar anak-anak ke sekolah, ini la dia pergi beli stok pisang dan juga keropok.... KAlau beli keropok ni senang sahaja sebab tukang jual keropok lekor ni dia akan potong siap-siap... So, kita tak perlu susah nak potong. Dia akan potong dnegan harga kita nak jual. Sebagai contoh 7/8 keping bagi RM1.... Mudah kita sebagai peniaga untuk plan.....
En somi, tugas dia la memilih pisang.... Pisang ni kejap je dia akan ranum, kena pilih yang kulitnya kehijauan dan sedikit kekuningan.... Kalau terlebih ranum itu la ia akan serap banyak minyak... So, kami tak beli pisang banyak-banyak cukup untuk 3 hari stok, dan akan beli semula....
Tugas saya bahagian masak la... buat sos keropok.,.. Sos ni saya belajar daripada mak mertua juga. Nak buat sos bagi sedap pun ada caranya juga. Sejujurnya saya belum dapat kuasai benar-benar sedap.... Masih belajar dna belajar....
Kalau nak ambil tips kat atas sangat dialukan. Semua ilmu yang tertulis bukan daripada saya, semua milik Allah Al Malik. Sedikit pun tiada saya yang punya.... Setiap orang ada rezeki masing-masing yang tertulis... Saya seronok berniaga pisang goreng walaupun sekejap cuma.... Itu takdir saya. Bagi saya, sedikit pun tiada rasa malu berada di tepi jalan tunggu pisang goreng laku... sebab bila lama kat situ, saya banyak masa untuk zikir dan doa...
Jangan mudah mebgaku kalah, biar apa pun cabaran doa dan zikir la.... Saya pun ada pelanggang tetap saya... tapi itu la kejap sangat tak sampai sebulan pun saya dan suami berniaga pisang goreng ni. Orang nak kenal nak rasa pun tak dan... Ikut ikut je la apa mak ayah cakap, mereka tak bagi suruh berniaga lain... kita buat la selagi ada modal, selagi boleh sabar. Hanya sabar sahaja yang terbaik....
Terima kasih Ya Rabb bagi saya rasa semua ni.... Saya mampu sabar walaupun tertekan.
Ada kala, ilmu ni kita kosngsi dengan orang InsyaAllah akan lebih berkat.... Sebab kita bukan pemilik ilmu, hanya Dia Yang Maha Memiliki. Nak berniaga ni rezeki masing-masing.... Kalau tak sabar, asyik nak tukar je berniaga lain mana orang nak ingat kita. Setengah tahun jual pisang goreng pun belum tentu pelanggan dapat hadam....
Percaya lah.... jangan pandang remeh dengan berniaga, walaupun cuma pisang goreng! Ada rezeki di kemudian hari....
Jangan Mudah Menghina!
Banyak yang saya belajar. Jangan mudah menghina. Kenapa kita perlu menghina orang. Apa yang jual kita tak perlu hina dengan makanan yang dijual. Kalau kita tak makan sekali pun jangan la mencemuh rasa geli dan sebagainya. Saya rasa macam banyak yang Allah tunjukkan pada saya! Walaupun bukan kepada saya, tapi bagi saya menghina jualan orang lain tu bukan perkara yang baik. Kita bukan siapa-siapa di mata Allah? Kalau kita jijik dan rasa hina dengan orang lain, alangkah baik dan bagus, hebat ke kita ni? Ya Allah semoga dibersihkan hati ini daripa menjijikan, menghinakan orang... Jauhkan diri ini memandang remeh dan hinakan orang!
Kat dunia ni boleh la kita rasa macam tu kat orang lain, kalau kat akhirat nanti belum tentu kita sehebat sekaya, semulia di dunia.... Ingatlah kita bukan siapa-siapa.... Dengan bekerja menjual pisang goreng dan berniaga ni banyak saya belajar perangai manusia.... Banyak bermuka dan sebagainya. Tak apa, tak penting pun bagi saya. Tapi kesianlah pada diri sendiri. Kita ingat diri kita mulia, dihormati dan sebagainya tapi belum tentu!
Ada kala orang yang kita hina perniagaannya itu la mereka lebih ikhlas dan lebih kaya daripada kita. Manusia banyak menilai manusia dengan apa yang mereka pandang. Contohnya rumah besar, kerja besar, kereta besar, barang kemas banyak, tapi ternyata hati mereka terhijab.... Terhijab dengan pandangan kebaikan dunia namun bukan di hati.
Ada kala juga mulut hari ni kata lain, esok lusa lain pula yang dikata... Yang dihina dikeji akhirnya disembah dipuji... Ya Allah cepatnay bertukar fikiran.... Tanpa iman yang kuat manusia akan membuat penilaian yang silap... Hari ni kata A, esok dan dan tukar kata B.... pening saya dibuatnya! Hanya mendengar dengan penuh kelu.... hehehe.... Semoga Allah mengampuni dosa mereka. Semoga allah melindungi mereka daripada hijab dunia.... Semoga mereka diberi hidayah dan dibukakan hijab. Semoga Allah kurniakan syurga untuk mereka....
Amin Ya Rabbal a'lamin.....
thanks sharing resepi dan tips menggoreng pisang tu.... mmg cari cari sangat
ReplyDeletesedap oo pisang goreng yg berkerak halus tu tq sheila bgtip boleh ikut nanti. mama suka pisang yg masak dan lebu tu hihi
ReplyDeleteOooo... macam2 tips ye...
ReplyDeletesedap oo mkn rangup2 kn kak shiela :)
ReplyDelete