Alatan Dapur Hasil Blogging

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah.... Sebenarnya dah lama sangat saya mengidam mahukan sebuah oven ni... Syukur hasil blogging pada tahun lepas, akhirnya dapat memiliki sebuag oven walaupun kecil, ok la untuk saya menyempurnakan kerja masak-masak. 


Saya dapatkannya di platform PG Mall  mudah dan senang. Saya memilih Khind Oven 25L sesuai dengan harganya iaitu RM139.00 


Dah lama sangat saya mahukan sebuah oven k. Memang rezeki sampai tepat pada masanya. Tahun lepas saya mengganggurkan, so, saya banyak masa di dapur. Dan, saya juga masuk kelas memasak atas talian. Banyak la resepi yang saya belajar, tapi oven lak yang tak ada nak baking dan sebagainya. 


Bila dapat rezeki blogging ni syukur sangat! Nak harapkan saya beli sendiri tak pasti la bila, walaupun sebelum tu saya bekerja memang kami cukup makan sahaja. Barang dan kelengkapan rumah memang tak mampu nak beli lagi. Sampai sekarang pun sofa pun tak ada kat ruang tamu saya, walaupun kini dah mula bekerja. 

Saya yakin setiap rezeki tu akan datang tiba masanya yang sesuai, walaupun saya tinggal di rumah sendiri sejak tahun 2009 lagi. Tapi itu lah, keperluan saya ketika itu menyambung pengajian PhD dan kena menamatkannya juga dalam apa cara jua pun. So, keperluan PhD tu sangat mendesak berbanding hal sendiri. Ada makan cukup lah.... So, keperluan, alatan rumah guna sahaja apa yang ada!

Dengan adanya oven jenama Khind ini, syukur saya dapat baking dan buat kuih muih. Apa lagi hasilnya, walaupun raya ke tak tahun lepas kami masak la cookies... Anak-anak la paling suka bab masak kak ngah dan Jannah akan menyibuk kat dapur.

Juadah Yang Disediakan Dengan Oven Khind 25L



Kek Pisang Moist... sebab dia moist sekali ngap dah tinggal separuh




Kali pertama meroti


Kek pisang


Kali pertama juga buat biskut kacang


Dapat la dua balang ok.... 



Yang ni cookies mutiara. Anak-anak memang suka yang ni. 


Selalu diorang duk minta saya buat lagi tapi itu la bila dah kerja, belajar, mengandung kekeke... tak sempat lak nak buat.


Yang ni lak kek pandan




Kuih tepung beras


Ni pun kali pertama saya buat, sebab banyak lak tepung beras kat rumah. Ye la tepung yang saya beli sekotak untuk jual pisang goreng kat kampung dulu ada belum habis....


Bila layan kuih tepung beras ni, sedap juga. En somi duk bising kuih apa la... last-last habis juga kuih tepung beras ni. hehehe....

Malangnya tahun ni belum sempat buat cookies.... Disebabkan mengandung saya jarang masuk dapur masak dan mula kerja dan sambung lagi belajar tak sempat nak buat cookies.... Cookies ni dia tak time skit berbanding dengan kek dan kuih muih bakar. Kuih muih, kek, sekalau adun siap! so cookies ni take time skit kena banyak kali bakar.


Puding karemel antara menu yang menggunakan oven Khind




Erm... insyaAllah nanti kita buat sesama cookies ye anak-anak.




Alatan kedua dan ketiga hasil daripada blogging dengan PG Mall juga ialah rak dan Sakano 3 tier dan Sakany Juice Extractor, yang ni en somi yang minta. So, bila dah ada juice extractor ni cepat la dia buat air buah....

Tapi ada juga negatifnya bila membeli online ni, kalau pada oven ni, sebab dia tak ada lampu so, sangat terbatas untuk tengok masakan kita tu. Kalau bagi rack ni pula, bila dah beli online, kita kena diy sendiri. Besinya sedikit dah sama so , tak boleh nak pasang roda... Bagi Juice Extractor pula, kena hati-hati gunanya sebab bekas yang juice keluar tu sangat nipis plastiknya. Takut jatuh ke apa mudah pecah. Masa bulan puasa almost everyday en somi buat juice tapi dia dah malas nak guna juice extractor ni, dia blend jer cepat... kekeke....

Apa pun, allhamdulillah syukur! alatan ini dapat digunakan dengan baik. Sedikit sebanyak membantu kerja memasak di dapur.












4 comments:

  1. wow..hebatnya...hasil blog boleh beli oven

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tak sia-sia berblog..
    Cantiknya kejadian kek dan biskut sis..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki dari berblog dapat juga membeli sesuatu. Banyak hasilnya tu membakar guna oven. Senang nak buat kek ke cookies ke bila teringin :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.