Menu Raya 2021: Nasi Dagang vs Nasi Arab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Menu Raya 2021: Nasi Dagang vs Nasi Arab / Allhamdulillah.... dah lama tak masak bila saya mengandung. Yang cuma masak nasi goreng lauk saja. Syukur bila dah nak raya aura raya tu datang saya mula nak masak. Menu nasi dagang! Dah lama beras nasi dagang yang en somi beli tak terbuat, so itu la menu utama.



Seminggu nak raya, saya mencari ketupat Kelate, wasap sana sini... Mana nak ada dalam masa seminggu. Then saya decide tak apa la cari ketupat lain pun boleh janji ada ketupat. Hehe... maklumlah mengidam ibu mengandung! call mak angkat berhari-hari sampai nak raya nak tempah ketupat, tapi xde rezeki dia tak angkat phone.... Dua hari nak raya saya dah ambil cuti. Hari last puasa baru keluar p pasar cari bahan-bahan nak masak. Nampak ada ketupat, terus beli. 


Malam tu mula la buat persiapan untuk masak. My helper ada. Ha tu dia... kena tolong gorengkan kelapa. Kat tempat saya, saya belum pernah jumpa kelapa goreng yang dah siap! Tapi saya rasa ada, cuma saya sahaja yang tak tahu. Sebab kat Changlun pun banyak yang jual nasi kerabu, mesti akan guna kelapa goreng juga. Atau pun mereka beli dengan cara banyak di sempadan Thailand la.... 


So, itu la perkara utama saya nk buat nasi dagang, iailah buat sambal nasi dagang! Untuk buat nasi dagang, ramuannya mudah saja:



Sambal Nasi Dagang / Nasi Kerabu

- saya beli RM2 kelapa mesin (Goreng sehingga garing tanpa minyak)
- 2 batang serai
- 1 labu besar bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 ekor ikan kembung (direbus dahulu) asing isi ikan dengan tulang
- garam dan gula merah (nise)

Tumbuk semua bahan bahan-bahan ni dan kemudian campurkan dalam kelapa yang sudah digoreng. Sebatikan... Boleh guna glove! semasa sebatikan.



Untuk gulai saya masak kari ayam dan kari ikan tenggiri. Untuk kali ni en somi minta buat kari ikan tenggiri. Kari saya mudah sahaja, saya guna kari cap O.... guna dua kari, kari ayam dan kari ikan saya campur keduanya.






Nasi Dagang

- Saya rendamkan dari malam lebih kurang 3/4 kg beras wangi dan 1/3 kg beras nasi dagang.
- Cuci bagi bersih dan rendamkan terlebih dahulu lebih kurang semalaman.
- Saya guna setengah kilo santan masak terlebih dahulu bersama 1 sb halba, bawang merah 3 labu, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dipotong halus....
- Santan kena selalu dikacau elak daripada berketul. Masak sehingga mendidih.
- Toskan beras yang diremdam semalam mula mengukus. 45 minit kukus boleh la masukkan separuh santan, ratakan dan kukus semula....
- Hampir 1 setengah jam kukus, masukkan lebih santan lagi... Kukus sehingga masak.


Acar Timun

- 1 batang timun
- Separuh karot 
- Cili merah
- gula
- cuka 
Untuk acar timun ni saya tak masukkan bawang sebab anak-anak tak makan. Ptong kecil dan sebatikan semua bahan tersebut dengan air cuka. 



Sambil mengukus juga saya mula tumiskan nasi Arab. Kakak Amani request nak makan nasi Arab sebab dia tak berapa suka makan nasi dagang. Untuk nasi Arab. Boleh tengok Resepi Nasi Arab Cara Saya.


Mudah sangat nasi Arab ni.... Oh... ye bab ketupat tadi. Saya makan 2 biji sahaja sebab petang hari raya pertama tu dia dah nak basi... Saya beli kat pasar RM22 1 kg, ada dalam 21 biji... Sangat frust juga rasanya. Petang tu saya terus goreng tapi dah tak sedap nak makan. 


Ketupat saya beli kat pasar



Ketupat

Allhamdulillah, raya ketiga jiran sebelah runah bagi kami ketupat. Pagi raya keempat tu saya kukus dan makan bersama rendang yang diberi. Allahu, terima kasih ada rezeki. Semoga dimuarahkan rezeki sellau. Saya memang suka makan ketupat. So, raya tu memang tak sempat nak bagi nasi dagang pada mereka. Dah habis! Nak kena buat semula tu... Sedap ketupatnya, tapi kalau orang Kelate panggil ketupat lemak la.... Hanya orang Kelate je buat ketupat manis dan lemak. Tapi en somi tak suka sangat ketupat manis, dia lebih suka makan ketupat lemak cicah gula merah. 




Ketupat fav saya! tak puas juga makan ketupat. Saya order ketupat kat Shopee...


Ketupat palas jiran bagi



Allhamdulillah, sedap lemak berkrim

Lemang Raya

Allhamdulillah, tahun ni en somi buat lemang sendiri dan juga kelmarin sempat juga order. Sedap yang order ni lemak berkrim bagi yang putih. Cuma yang pulut merah ni melekit sikit dan kurang lemak sikit.



So, uols nak buat nasi dagang atau nasi arab boleh cuba resepi tak seberapa saya ni..... selamat mencuba!



6 comments:

  1. Nasi dagang dan nasi arab , CCL lebih sukakan nasi arab .

    ReplyDelete
  2. Sedap nya nasi dagang..
    Sha suka dua-dua.. nasi dagang dan nasi arab.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Seronok ni memasak ada pembantu tolong. Sedapnya nasi dagang. Lama tak makan. Ketupat palas pun lama tak makan. susah nak dapat. huhu

    ReplyDelete
  4. feveret uncle tu nasik dagang!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.