Cerminan Hidup! Hebatkah Sabar Sehingga Tak Boleh Lari Daripada Masalah?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Cerminan Hidup! Hebatkah Sabar Sehingga Tak Boleh Lari Daripada Masalah? syukur.... Pagi tadi saya siapkan bekal makanan tuk kakak. Katanya nak bawak bekal. Makanan semalam banyak. Syukur, Allah  Yang Maha Memberikan Rezeki, ada jiran sebelah rumah bagi nasi arab dan sambal gulai ayam.... Semalam kami dah makan, so banyak la tak terusik makanan yang diberi. Pagi ni kakak nak bawa bekal.




Bila sampai di ofis, nak ke cafe sarapan, saya tengok bekal kakak masih ada kat tempat duduk... Ni kes kakak terlupa bawa.... Rezeki kak ngah la pagi ni.... Semalam kak ngah terus tidur tak sempat nak makan. Banyak jiran bagi.... semoga mereka dilimpahi rezeki dengan rahmatNya.... Dek kami pun dah makan malam pukul 7 lagi, masing-masing kenyang.... Tak habis nak makan nasi arab ni....



Balik pada citer kakak tertinggal bekal.... saya cakap kat kak ngan, "kakak tertinggal bekal?" kesian kakak! kakak ni selalu lupa macam saya... hukhuk..... kekadang balik dari sekolah bawa diri masuk dalam kereta tanpa beg.... dah dua kali tertinggal beg sekolah kat sekolah.... huhu.... tu bab beg sekolah, bab baju sekolah, tudung sekolah, seluar pj, baju t-shirt sukan dah tak mampu nak hitung dari darjah satu sampai sekarang dah masuk darjah empat ada saja yang dia tinggal kat sekolah..... hilang macam tu sahaja.... 

Tak apa la kakak..., dah puas nak bising saya ni! last dah redha apa yang jadi.... hehehe..... saya senyum je la..... 


Telefon saya berdering, nak angkat tak angkat sama banyak.... nombor tak kenal.... tengok jam 10.30, mungkin kakak ni.... angkat! duk hello hello, tak jawab terputus.... bunyi lagi..... tak jawab juga terputus.... kali ketiga baru dapat cakap... ye la tu kakak call. Dia tanya bekal dia, saya sempat cakap ada, terus terputus lagi.... Lama sikit deringan keempat baru dapat cakap elok.... dia risau dia tak bawa tau tertinggal kat mana? dia kata tak apa la, mama makan je la.... saya kata ok! saya cakap pergi makan kat kantin cepat nanti tak sempat nak makan pula....

Kakak ni dia lemah lembut, slow sikit.... Selalu tak sempat nak buat itu dan ini.... huhu.... ok. dia terus letak....

Kesian kakak! 

Anak-anak ni bila difikirkan, Allah dah susunkan terbaik tuk kita semua dengan karekter yang berbeza supaya kita fikir kebesaran Ilahi.... Ada anak cedas aktif, bijak pandai.... Ada anak pula perlahan, lemah dalam pelajaran.... Allah tak bagi sama. Dia bagi adil. Dan setiap yang dikurniakan supaya kita mengagungkanNya....

Allah Yang Maha Besar
Kadang-kala kita terlupa dan terlepas pandang dengan kebesaran Allah. Kita anggap kebijaksanaan yang dipinjamkan olehNya dalam diri anak-anak kita, kita lah selayaknya dipuji kerana anak-anak kita pandai dan sebagainya.... Sedangkan disebalik semua tu kita terlupa Allah Yang Maha Besar  yang selayaknya dipuji kerana Dia Yang Maha Besar, Yang Maha Suci "Subhanallah".... Dia bagi kehebatan kepada anak-anak kita supaya kita berfikir dan sesungguhnya Dia yang maha berdaya!....

"Kebesaran" Manusia Itu Ujian
Apa yang Allah pinjamkan pada anak-anak kita juga ujian. Seringkali kita memunji kehebatan anak-anak yang memungkinkan kita terlupa semua itu milik Allah. Kehebatan, kemuliaan dan diberikan kepada kita hambaya itu semua ujian. kenapa saya  kod "kebesaran", kerana ia sifat Allah bukan sifat kita hamba yang daif! Dia cuma pinjamkan sikit nilai tersebut untuk menguji kita ni macamana? Saya ada membaca tentang Allah Yang Maha Besar dalam buku Sulaiman Al Kulmayi, katanya jika kita tidak dapat merasa dengan setiap takbir yang diangkat oleh kita sebagai Muslim 

"Allahuakhbar" 

bagaimana kita nak merasa Allah itu Maha Besar dalam solat kita serta kehidupan kita! tak ada jiwa tak ada hina diri kita semasa solat, tak ada hubungan kita dengan wajah Allah semasa solat, kerana wajah makhluk sentiasa di cerminan pandangan kita..... Itu solat saya la tu..... sebab apa? sebab kita rasa kita la hebat! kita la segalanya! kita la kaya raya. Kita tak mampu nak merasa Allah itu hebat, Allah itu Maha Besar!



Kakak Anak Solung Dibesarkan Dengan Penuh Tekanan
Berbalik pada kakak, anak saya yang sulong tu.... dia Allah kurniakan cerminan diri saya yang lemah. Anak sulong banyak dugaan, dugaan saya di awal perkahwinan melahirkan kakak, membesarkan kakak dengan penuh tekanan.... Tekanan keluarga dan pekerjaan.... Stress sangat! saya membesarkan kakak dengan penuh stress sehinggakan apa yang dia ada dalam diri dia sekarang cerminan tekanan saya dulu....

Kesian dia!

Setiap masa dan ketika saya selalu doakan anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan bertaqwa.... Semoga Allah melindungi mereka di mana jua mereka berada.... 

Saya Yang Daif Lagi Hina
Banyak silap salah saya membesarkan mereka..... dek dunia di hadapan. Saya buta ketika itu, tak nampak cahaya Ilahi, tak kenal siapa pencipta..... dunia di hadapan nak kena achieve! Ruginya masa itu bagi saya. Banyak kekangan dalam hidup saya membuatkan saya buntu. Dunia bukan segalanya. Saya untuk nampak senang di mata sahaja namun percayalah ia tak mampu nak buat hidup kita tenang! 




Saya Kalah Dengan Kiblat Barat
Allhamdulillah, kini saya mula belajar sikit demi sikit semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayahNya dalam mencari redha Ilahi..... kebuntuan ditukar ketentukan. Negatif mula dipudarkan dengan positif. Hidup mengikut arah jam itu membuatkan saya tersasar di atas orbit Ilahi berkiblatkan jam barat membutakan pintu hati saya. Kerana apa? kerana sentiasa stress tika itu.... Stress dengan nak kena sambung mengaji, stress dengan kesempitan hidup.... semua stress! stress family tak faham saya ni tak berduit! sentiasa dipersoal mana duit? Allahuakhbar? Menghitung setiap gaji saya! Namun, kita saya mula menongkah arus mengikut putaran orbit kelilingnya kaabah itu menenangkan hati saya.... semoga sampai saya ke sana.... apa pun terjadi saya all out dah serahkan hidup saya kepada Dia Yang Maha Agong..... 

Mencari Ketenangan

Sungguh aihhh bukan menidakkan dunia, tapi kalau ada emas pun bergunung di depan mata, mampukah ia memberi ketenangan buat kita? Percaya la kita hati kita masih bersalut dunia, banyak mana pun harta dunia yang kita miliki takkan mampu memberi ketenangan. Boleh cakap la sebab saya miskin! bukan begitu. Saya rasa bangga dengan hidup biasa tiada baju mewah, beg berjenama, emas perak di badan, kasut berjenama, pendek kata semua barang berjenama lah..... tapi saya bangga apa yang dimiliki itu cukup. Susah weihhh nak rasa macam ni..... 


Ujian PhD

Pelbagai dugaan rintangan yang dilalui, hidup dengan stress, stress sebab hidup susah and finally "rasa cukup" dapat saya pelajari bila susah melanda itu mampu kita hadapi.... Ujian phd ni lain macam, korang kalau ada ujian rumah tangga tu nak bercerai rasa macam happaaa dah kan,,,, tapi ujian phd ni boleh buat jadi orang giler. Dah banyak kes dah gilerrr sebab phd..... yang sakit buat phd tu ramai sgt. Nak nak sakit hati sebab tu saya membesarkan anak-anak dengan penuh kestressannn gituhh,,,, huhu

Bak kata bos, saya pagi tadi 3 Oktober 2019! "Asela kita tak boleh lari dari masalah, tapi kita kena hadapi masalah"

Saya reply "saya tak boleh nak lari dah dari masalah".... "nak tak nak saya kena habiskan juga".... Senior saya menyampuk "dia orang yang berserah diri".... hehehe

Mau tak serah diri weihhh, dah nyawa ikan saya ni! kena serah diri juga, minta tolong senior yang lebih arif membantu! nak bagi siap juga phd. Kalau tak mampu nak bantu pun, saya akan menerima segala macam kata-kata semangat daripada senior-senior saya! Saya akan berusaha juga menadahkan telinga saya. Diorang dah macam-macam pengalaman yang dah dilalui, saya nak siap dan nak lulus phd.... Kalau ada yang marah ke apa sebab lambat habis, its ok saya tadah dan tadah juga telinga saya..... hahaha..... dan pengalaman tersebut membuatkan HATI SAYA KERAS!

Apapun, ayuh sahabat jangan dibelenggu dengan masalah, jauhkan anak menjadi cerminan hidup kita! Sama-sama kita dekatkan diri dengan Allah. Itu sahaja penawar yang mujarab yang tidak mampu disangkal... huhu..... Semoga kita semua memperolehi ketenangan hidup, tak kisah la hidup kita ni senang ke susah yang penting hati mahu bersih pasti mencapai tenang dan bahagia! 

Macamana nak bersihkan hati? 

Selalu istigfar! dan bila beristigfar tekat kat hati supaya betul-betul kita nak jadi orang yang positif,,, susah weihhhh nak jadi positif tapi bila kita dah tekat biar apa pun orang keliling duk cakap macam-macam, membawang macam-macam, hati kita tetap buta pada benda-benda negatif tu....  

Ingat! Sabar! Sabar! dan Sabar!

InsyaaAllah... 

Allhamdulillah! Allahmdulillah! Allhamdulillah.... 

I love My Family
I enjoy in my Life

Walau pun banyak mana tekanan hidup kita, balik la pada Allah Yang Maha Memberi ujian! setiap apa yang dia tentukan adalah terbaik buat kita. Ada cara! Dia tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu mengharuginya. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 




10 comments:

  1. kesian dia...mesti kita tak sedap hati kan bila anak tertinggal bekal..terfikir pulak apa yang dia makan kat sekolah tu...macam tulah bila dah jadi mak² ni..

    ReplyDelete
  2. Inspirasi..ya itu yang PC dapat...
    Setiap kita ada potensi masing-masing yang Allah SWT bekalkan.Anak..anak menantu..cucu dan seterusnya.Terima,syukuri,dan sentiasa yakin pakej yang Allah SWT beri pasti ada yang tersembunyi...

    ReplyDelete
  3. Comelnya kakak, siap telefon nak pastikan tentang bekalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dlm gambar tu kak ngah... hehehe.... kakaknya dh p sekolah

      Delete
  4. Alahai satu Pula bila baca post ni. Kakak seorg yg kuat lagipun mungkin sebab dia anak sukung

    ReplyDelete
  5. Betul la tu.. Anak2 cerminan kita kan sis... In Sha Allah anak sulung ni biasanya kuat...

    ReplyDelete
  6. In Sha Allah
    semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  7. setiap anak tu unik. insya allah anak sulung biasanya kuat. dia tau ibu dia kuat

    ReplyDelete
  8. Inshaa Allah moga dipermudahkan segalanya..untuk kakak prihatinnya dia..smpai call tnya bekal..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.