Puding Roti Kukus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Masak puding roti kukus tadi.... memandangkang roti ada lebih yang anak-anak makan roti bakar, ingatkan banyak, ngam-ngam jer roti tu....

Saya tanya suami
"Nak makan sekarang ke, makan nanti tengok bola"
"Kalau dah masak makan sekarang le"

Masak, terus hidang, terus habis satu loyang....

"Dah habis,,,,, ingatkan ada lagi" kata encik suami
"ye la dah habis, bukan banyak pun 4 keping roti ja"

Tak dan nak snap ke apa, kena pinjam hset encik suami.... tak yah la nak snap bagai.... dah tak sabar nak makan masa panas-panas..... hehehe

Sumber : Duhai Hati
Bahan
4 keping roti
2 biji telur
Planta
1 sudu kecil esen vanila
Kismis
1 tin susu cair (saya guna susu tepung dan bancuh dengan air)
4 sudu besar gula (ikut suka nak manis boleh lebihkan)

Cara-cara
Pecahkan telur + esen vanila + gula pukul sehingga sebati. Koyakkan roti kecil-kecil sapu dengan planta susun dalam loyang/mangkuk yang hendak dikukus. Campurkan telur yang di pukul tadi dan susu cair, taburkan kismis dan kukus antara 25 hingga 30 minit. Nak buh cheese pun boleh lagi sedap tau...

Jom tengok resepi kuih paling senang.



Previous
Next Post »

4 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
najwa zahid
admin
December 12, 2015 at 8:56 PM ×

wah....makan sambil tengok drama kompem best. sedar2 dah habis

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
December 12, 2015 at 9:17 PM ×

Air tangan isteri dan ibu...meleleh air liur seisi keluarga kak..

Reply
avatar
December 12, 2015 at 11:59 PM ×

Sedapnya...Nak sikit boleh?

Reply
avatar
Jari Manis
admin
December 13, 2015 at 8:50 AM ×

mudah je nak buat tetapi x de pengukus..leh tgk je lah

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment