Jenazah Lima Beranak Selamat Dikebumi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KUALA NERUS – Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di sini kira-kira 1.30 pagi tadi.


Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya.
Anak lelaki tunggal pasangan itu, Mohd Hasif, 9, bagaimanapun terselamat. Jenazah kelima-lima beranak itu sebelum itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan pada 9 malam.
Kerja pengebumian ditangguhkan selepas tengah malam kerana menunggu bapa arwah, Samian Samor, 84, yang tiba pada 12 malam dari Kuala lumpur bersama-sama beberapa saudara mara yang lain manakala ibu arwah Siti Edah Ali, 75, yang tinggal di Johor tiba pada 10 malam. Samian dan Siti Edah telah berpisah.
Sepanjang kerja pengebumian itu, Mohd Hasif, yang trauma dengan nasib yang menimpa keluarganya, sentiasa dipapah dan didakap ibu saudaranya Dr Zabariah Samian, 38.
“Saya menawar diri untuk menjaga Mohd Hasif kerana Mohd Hasif sangat rapat dengan dua anak lelaki saya Abdullah Azam Annur Azalan, 11 dan Abdulah Allef Uddris Azalan, 12.
“Bagaimanapun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan semua keluarga dan kalau dipersetujui saya sanggup menjaganya,” kata Dr Zabariah kepada pemberita.
Abdul Halim yang merupakan seorang jurutera mempunyai syarikat sendiri dan juga iman Surau Al-Furqan Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Selangor serta Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Puncak Alam dan pengerusi guru Kafa.
Sementara itu, Samian ketika ditemui pemberita berkata kali terakhir dia berjumpa dengan arwah anaknya itu pada hari raya puasa lepas.
“Saya reda dengan apa yang berlaku kerana ia sudah ditentukan Yang Maha Esa,” katanya. – BERNAMA
Sumber : MyNewsHub


Previous
Next Post »

5 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
December 20, 2015 at 2:49 PM ×

takziah tadi tgk berita menitis air mata, moga adik hasif kuat selalu

Reply
avatar
nohas
admin
December 20, 2015 at 7:06 PM ×

Al-fatihah..sedihnya, anak mnjadi yatim-piatu..

Reply
avatar
tiga lalat
admin
December 20, 2015 at 11:20 PM ×

alfatiha., innalillahiwainnailaihirojiun! al-Fatihah, from Allah we come and to Allah we return

Reply
avatar
December 21, 2015 at 12:59 PM ×

al fatiha ...moga waris yang tinggal tabah mengharungi masa depan

Reply
avatar
December 28, 2015 at 11:09 PM ×

alfatihah ..

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment