Filem Chowrasta Dari Sudut Pandang Ku Yang Jahil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....


Kelmarin seharian duk kat Aman Sentral, after lunch nak p tengok filem chawrasta tapi dah lepas timen 2.30, ermm... kena tunggu tayangan pukul 4.50 petang. Aku masuk tengok dengan kakak Amani,,,, seronok la dia selalu bila aku tengok wayang dia, adik dan daddy tunggu kat luar. Kali ni daddy bagi dia masuk,,,, ye la sebelum ni duk tengok filem seram, tak bagi dia tengok sekali... Bila duduk di dalam pawagam, aku meletakkan diri sebagai audien biasa seperti budak-budak sekolah di sebelah ku.... kosongkan minda, tiada apa prajudis, kerana aku mahu menonton dengan otakku yang fresh tanpa diselubungi daripada filem Prof Razak sebelum ini....

Review 
Secara keseluruhan bagus filem ni berbanding filem Prof Razak yang sebelum ni..... sangat berlainan dari jalan cerita dan sehinggalah lakonan para pelakon.... tapi kalau tengok filem Prof Razak ia mesti selitkan babak montage nyanyian ala hindustan gitu.... air mata ku dari awal cerita sampai last duk menangis.... menangis kenapa ntah.... hehe....

Watak Ibu
Lakonan ibu Kak Amy aka Aminah Rafor sangat terkesan.... kalau sebelum ni tengok jer watak ibu pelakon yang sama dan boleh bayang lakonan ibu itu macamana.... tapi untuk kali ni, ia sesuatu yang berlainan, watak ibu itu walaupun klise marah pada anaknya, mengambil berat tentang anaknya, tapi lakonannya sangat tersentuh di jiwa.... mungkin jarang tengok Aminah Rafor di depan layar.... sebagai pensyarah lakonan dia membawa watak tersebut dengan baik sekali. Dialog "Khalid Al Walid" tetiba menjadi sumber inspirasi ku untuk mendidik anak-anak....

Watak Pakcik Misteri
Begitu juga dengan watak pakcik misteri lakonan Hamzah Tahir.... aku sikit terkejut bila ada dialog "solat kamu cukup 5 waktu?".... something yang berbeza dengan filem Prof Razak sebelum ni..... mungkin itu dialog biasa....  tapi untuk filem ini ia boleh mengubah semua naratif cerita dan membawa kepada satu peleraian cerita yang baik.... apa pun kita kita lakukan mesti ada satu tunjang yang kukuh that is tiang agama!!!

Watak Utama
Chem Amar sebagai watak utama filem ini juga dapat memabangkitkan mood yang baik, memberi nafas baru dalam industri filem.... muka ala-ala 60 an jelas merialisasikan watak itu....

Watak Antoganis
Watak yang digemari audien yang boleh membawa kepada gelak tawa dalam panggung itu iailah watak antoganis yang dilakonkan oleh Zack aka Azahari Zain.... sebagai penolong pengarah dan pengarah lakon layar Zack berjaya merialisasikan lakon layar yang baik..... mungkin juga karekter Zack di luar tabir sebegitu dengan lawak yang selamba dan dia berjaya mempamerkan membawa watak tersebut....

Watak Pakcik Don
Watak Rosyam Noor sebagai Pakcik Don seorang gangster yang baharu keluar penjara, tidak seganas di zaman mudanya mungkin! kerana mungkin Melayu, sesuai dalam filem ini. Kenapa? kerana watak seorang pakcik ini walaupun dia ganas namun, dia mahu anak buahnya berjaya dalam pelajaran berjaya untuk mengangkat bangsa Melayu keluar dari kepompong kemiskinan.... pada zahirnya wataknya nampak digeruni namun disebalik itu lahiriahnya seorang yang berbudi pekerti menolong orang yang lebih lemah dan dhaif daripadanya seperti peminta sedekah dan mempertahankan hak wanita secara tidak langsung..... watak ini dimatikan menambahkan lagi air mata ku yang keluar..... hahaha....

Watak Terkejut
Fuh... yang ni best, bila keluar je watak pensyarah duk usha pelajarnya dan menegur pelajarnya, yang di bawa oleh Azmeer, terkejut gak aku rasa.... Selalunya duk tengok Azmeer sebagai live guru vokal kan... kali ni dia berlakon, perghhh talented k... sangat sempoi....

Lain-lain watak.....
Dari kaca mataku sebagai audien yang jahil ini, aku nampak biasa-biasa ajer.....

Ketidakrelitian Dalam Filem
Ada aspek yang kurang realitinya dari aspek ruang dan masa sebagai contoh babak di mana watak Hamid di tepi lorong, kat belakang aku nampak bangunan tinggi! dan tidak sesuai dengan ruang masa pada tahun 1960 an....

Kedua, babak masa kecil, Hamid bersama dua orang adiknya, makan bersuap. yang sorang tu (adik lelaki) memang cute sangat.... penonon dalam panggung pun suka tengok adik Hamid yang lelaki tu.... tapi bila Hamid dah besar watak adik itu dah hilang..... tak tahu la, aku miss tengok ke apa.... dan adik mereka dua orang lagi masih kecil sedangkan tidak pernah ditunjukkan bapa mereka.... mungkin juga aku termiss dengar narator, tentang keluarga mereka, yang aku ingat mereka lima beradik.... masa Hamid kecil tidak di highlight adik beradik dua orang yang masih kecil tu... dalam buaian ke apa tak tahu.... yang tahu ayah mereka tak ada.... dari aspek masa dan ruang kat sini sangat mengelirukan aku sebagai audien yang jahil....

Begitu juga watak Perempuan Ronggeng.... Semasa Hamid kecil ada dua perempuan ronggeng di mana mereka sekeluarga menumpang di rumah tersebut.... bila Hamid sudah besar watak Ristina sebagai Zaharah seakan sama baya denagn Hamid.... ataupun mungkin Zaharah itu sudah berumur tapi nampak muda la kan.... sesuai dengan wataknya yang sentiasa cantik....

Dari segi prop, papan tanda "Chawrosta" dari tahun berapa tak ingat 60 an ke berapa, senang citer Hamid kecil sampai Hamid besar papan tanda tu maintain jer sama.... dan penggunaan beg sekolah Hamid dan kawannya, masa tahun tu dah guna beg galas dan sangkut ke aku tak sure?

Gerai Cendol Pulut walaupun peralihan masa berlalu ia tetap sama.....

Konklusi
Aku sangat berpuas hari dengan filem ni..... kerana aku tak nampak filem ni Prof Razak yang direct,filem Prof Razak yang sebelum ini dari aspek pengarahan dan lakonan..... walaupun babak montage nyanyi tu klise, dan aku rasa ia memang sesuai diselitkan di situ.... tapi dari segi naratif dan jalan cerita perghhhh tersentuh sebagai kaum Melayu ini harus bangkit dan menyuntik semangat motivasi.... nampak berjaya filem ni filem FiTA kerana dari bawah sampai atas (pelakon tambahan, para pelajar FiTA) hingga ke production crew, para pensyarah semua ada dalam filem itu..... Sebuah filem yang berjaya melibatkan semua keluarga FiTA (FiTA production) berbanding dengan filem "Wayang" suatu ketika dahulu...

ps: sekadar review hamba yang jahil. Ibu-ibu dan sebagai bangsa Melayu harus menonton filem ini! dah lama filem Melayu tak panjang macam ni.... tapi walaupun duration panjang, audien akan tertanya what's next?



Previous
Next Post »

3 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
December 8, 2015 at 11:52 AM ×

terbaik

Reply
avatar
Qaseh Abadi
admin
December 8, 2015 at 12:46 PM ×

best lah eh filem ni? filem ni tentang apa

Reply
avatar
Afuw Fataah
admin
December 11, 2015 at 12:34 PM ×

Pelakon watak misteri tu bukan hamzah tahir. tetapi Mazlan Tahir :)

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment