Bila Kucing Tersepit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Manjung: Seekor kucing jantan ditemui tersepit di celah pagar konkrit di Taman Desa Bayu, Seri Manjung, di sini, hari ini.

Difahamkan, kucing itu tersepit di tembok sejak tengah malam tadi, sebelum keadaan itu disedari penduduk.

Anggota Sukarela Tugas Operasi (ASTO), Lans Koperal Mohd Hafez Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.05 pagi ini.

Katanya, dia dan tiga anggota kemudian ke tempat kejadian.

"Kami lihat kucing itu dalam keadaan lemah. Kami mengambil kira-kira setengah jam mengeluarkan kucing itu dengan kerjasama anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung," katanya.

Menurutnya, kucing berkenaan tidak mengalami kecederaan teruk.

Sumber : myMetro



2 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.