Jalan-Jalan Cari Makan
Roti Tempayan Cheese Tarik Nonnie CK Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan Kena Cuba
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Roti Tempayan Cheese Tarik Nonnie CK Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan Kena Cuba | Assalamualaikum, erm... entry makan kali ni pula, saya akan bawa korang makan Roti Tempayan Cheese Tarik Nonnie CK Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan ni yang harus kalau datang Kelantan area Kota Bharu korang kena cuba. Restoran Kak Nonnie ni terletak di Pasir Hor lebih kurang 9 km dari Pusat Bandar Kota Bharu (PAsar BEsar Siti Khatijah). Ada la kalau tak jam dam 17 minit.
Kisah ni masa PKPB saya dan suami selalu keluar berdua. Ye la memang tak bawa anak-anak. Bila dah keluar berdua tu, merempit la sana sini. Nak nak lapar lak, ada saja tempat yang kami tuju. Pada mulanya hajat nak makan roti tempayan Cheese kat Batu 4, di restoran D'Harmoni. Bila sampai sana, kedai lak tutup, then tu yang lajak ke depan terus ke Kg. Tini....
So, dah sampai Kg. Tini singgah la makan kat Roti Tempayan Cheese Tarik Kak Nonnie. Masa sampai tu, saya tengok kedai memang lengkap SOP. Dan... dah ada parent yang bawa anak-anak keluar makan. Erm,,, ye la berapa minggu masa PKP tak boleh keluar, masa PKPB dah boleh keluar kedai makan pun dah boleh beroperasi, ramai yang bawa anak-anak keluar.
En somi order kuah kambing dan saya order kuah ayam.... Harga boleh tahan juga la. Siap bawa balik tapau tuk anak-anak dan mak ayah saya, RM60 lebih juga.
Roti tempayan cheese tarik ni, makan bila panas-panas sedap la baru boleh tarik cheese panjang-panjang. Tapi, kalau dah sejuk x boleh nak menarik lagi.... hehe... itu yang dipanggil Cheese Tarik. Sejujurnya bagi saya, roti ni lebih kurang sama je kat tempat lain, apa yang membezakan sedap atau tidak ialah kuahnya. Kalau sedap kuahnya, so, ia akan menambahkan rasa enak lagi pada roti tempayan tu. Namun, ada juga roti tempayan yang tak beberapa nak lembut.
Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/ |
Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/ |
Kat restoran Kak Nonnie ni, insyaaAllah rotinya lembut dan bila makan tu terasa kenikmatannya. Saya ni jarang makan rori tempayan, Allhamdulillah bila dah kena sebiji pun, ditambah pula dengan adanya cheese tu memang kenyang tak yah makan nasi lagi.
Kat sini bukan menu roti tempayan sahaja yang ada, tapi ada juga menu lain seperti nasi lemak, dan juga western. So, dengan kepelbagaian menu yang ditawarkan korang tak perlu risau, kalau tak nak makan roti tempayan boleh je makan nasi lemak, chicken chop ke, lamb chop ke,errr,,, bak kata pepatah tepuk dada tanya poket, ehhhh tanya selera... hehehe
Baca ----->>> Mee Celup Pok Lee Lembah Sireh Kota Baharu
Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/ |
Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/ |
Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/ |
Macamana nak ke sana, boleh juga waze Kedai Roti Tempayan Nonnie CK.
Alamat:
waduh sedapnya nengok roti tempayah cheese tuh... tapi iya lah kalau dia punya kuah tu sedap, roti lembut cheese pun best memang orang akan cari.. tapi kdang ada je yang roti nya lebih2 kurang je... keras lak memang kita takmo nak cuba lagi
ReplyDeletesedapnyaa ~ everything yang ada cheese confirm sedap
ReplyDeleteLama tak cuti-cuti Malaysia di Kota Bharu. Ghindunya nak g sana. Banyak makanan sedap-sedap :)
ReplyDeleteYa Allah, terliurnyaaaa tgk gmbr cheese mcm tu.. sedap niiiii sbb mmg klu pegi order tandoori pun akan mintak cheese naan
ReplyDeleteuncle geram lamb chop tu.... fuh!
ReplyDeleteAduhhh sedapnya nampak roti dia. Terliur, haha
ReplyDeleteNie baru la nan cheese.. selalu kalau order nk cheese, cheese pun x nampak..
ReplyDelete