Ini Sebab Kenapa Wanita Kena Berpantang Dengan Betul!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ini Sebab Kenapa Wanita Kena Berpantang Dengan Betul!  | Allhamdulillah, sepanjang 5 hari dalam minggu ni kesihatan semakin ok berbanding minggu lepas 3 hari flat. Sakit kepala, sakit urat semua ada. So, start hari Ahad, Selasa dan hari ni diberi kesempatan olehnya memanaskan badan walaupun pusing 1 round sahaja track stadium tapi syukur sakit urat mula berkurangan. Apa pun bila di amlam hari saya ni jenis macam orang dalam pantang, kena pakai stokin. Nak tidur malam kalau tak pakai stokin haduiiih... rasa sejuk lain macam. 

Sumber google



Apa yang merisaukan, ia adalah simton rahim jatu atau peranakan jatuh. Pada bulan 5 yang lalu, masa pkpb disebabkan terlalu sakit urat saya terpaksa pergi berurut. Masa berurut tu, tukang urut kata peranakan saya sedikit jatuh dan dia betulkan kedudukannya. Dan, kini dah masuk bulan 9 ni, saya rasa lagi sakit belakang, sakit paha, sakit betis yang amat minggu lepas.





So, minggu ni saya ambil keputusan untuk fit with Nur Jannah. Kenapa Nur Jannah? Ye la, lepas hantar anak-anak ke sekolah, dan hanya Nur Jannah yang tak bersekolah lagi, dia la yang saya bawa ke sana ke sini. Masuk ofis ke, pergi library ke semua bersamanya, sebelum ambil kakak-kakaknya balik sekolah dan pulang ke rumah. Allhamdulillah.... dapat 3 kali buat untuk minggu ni. Syukur, walaupun sakit belakang masih terasa. 


Berurut Bagi Wanita

Saya, cakap minggu depan nak pergi berurut. Dah lama tak berurut. Orang perempuan diharuskan untuk berurut sekurang-kurangnya 7 kali setahun. Namun, ada juga golongan wanita yang tidak gemer berurut dan sebagainya. 

sumber google


Bagi saya, setelah melahirkan orang orang anak berurut amat penting. Sejak berpantang anak pertama, sehinggalah anak ketiga, sejujurnya saya tidak mengamalkan pantang yang betul. Saya terpaksa menguruskan baby saya sendiri. Semasa melahirkan anak pertama dengan cesarean, 2 minggu selepas bersalin saya memandikan dan menguruskan sendiri bayi saya sehinggalah anak ketiga iaitu Nur Jannah. Adakala terpakasa masak sendiri kalau suami saya tak ada. Ini bahagian saya! Bersyukur la korang kalau korang berpantang dnegan jayanya. 

Anak kedua saya bersalin normal. Syukur! Pengalaman bersalin normal kali pertama. Saya tahu, saya akan berpantang sendirian, dari pengalaman bersalin anak pertama, bila nak masuk anak kedua saya membuat persediaan awal bagaimana nak berpantang terutamanya untuk masak dalam pantang. Oleh itu, saya telah membeli pemanggang ajaib memudahkan untuk saya masak.  Perasaan seronok masa tu dapat pemanggang ajaib. Sebab masa bersalin anak kedua, suami saya hanya dapat cuti kerja 2 minggu sahaja. So, saya tahu lepas tu saya akan buat sendirian. Walaupun saya berpantang di rumah keluarga saya, mak saya mungkin sibuk dengan tugasan hariannya. Dan tidak sempat untuk menjaga saya sepenuhnya.

Daripada, pengalaman anak pertama saya belajar sendiri memandikan baby. Allhamdulillah. Mungkin sebab itu juga masa bersalin normal jahitan saya tak sembuh walaupun sudah sebulan berpantang. 34 hari berpantang luka belum sembuh. Erm... apa saya buat selepas tu? 

Syukur, ada makcik dan sepupu saya tolong bawakan saya ke farmasi membeli ubat. Dengan baby kecil saya ke Kian Farmasi Kota Bharu. Allhamdulillah selepas seminggu menggunakan gamat dan cream luka saya mula tertutup dengan baik, dan otot baru mula tumbuh. Syukur Allah Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan. 

Saya teringin saya untuk berpantang dengan rehat secukupnya. Tak perlu risau tentang baby, masak, cuci pakaian baby kena najis dan sebagainya. Ada kala saya merungut juga masa berpantang kat Nur Jannah dulu pada mak saya, kata mak, adik ipar saya masa pantang semua buat sendiri, masak pun sendiri kerana emak adik ipar saya sakit. Sebab itu la pantang saya menrik dan penuh pembelajaran daripada anak pertama kedua dan ketiga. Ini rezeki saya!! Orang lain pun masa pantang buat sendiri juga tak ada la sakit-sakit macam saya. Mungkin manja sangat saya ni. Saya teringin juga nak tengok mak saya mandikan baby. Mungkin mak saya dia tak biasa dengan mengasuh baby kecil, sebab itu la dia tak kisah sangat dan dia pun selalu sibuk tak ada kat rumah tak sempat dia nak mandikan baby. Syukur, apa pun, makcik saya selalu datang jenguk dan mandikan baby saya juga. Tapi bila bersalin anak kedua dan ketiga, makcik saya pun dah ada cucu tak sempat lagi dia jenguk dan mandikan baby saya. Keadaan itu membuatkan saya lebih mencari altenatif untuk berpantang sendiri. 

Pengalaman Memberi Kita Pengajaran Berharga

Adakala memang nak sangat mertua saya jaga masa berpantang. Tapi apa kan daya, sebagai anak kita kena menghormati orang tua kita sendiri. Mak ayah saya tak benarkan, mereka risau dek mungkin ketidakselesaan di rumah mertua saya yang tak seberapa. Saya hormati mereka. Walaupun saya tak kisah berpantang kat mana sahaja, dan saya tahu mertua saya akan jaga dengan baik. 

Pengalaman berpantang sendiri memang bagus, buat kita belajar dari A to Z. daripada mencari menu apa nak masak, apa yang kena makan dan minum dan minum, mencari siapa yang nak urutkan kita. Tapi jenuh juga la masa dalam pantang ketiga-tiga anak saya stress... Penat! Serba tak kena. Pengalaman memberi kita kematangan. Allhamdulillah.... Walaupun sukarnya perjalanan itu, tak apa la, ia memberi kekuatan untuk saya teruskan hidup. Dah tertulis, begitu jalan ceritanya! hahaha.... Menarikkan!



Tiada Hal Ibu Muda Mampu Berpantang Sendiri Walaupun Bayi Meragam

Apa pun, mak ayah ni nak yang terbaik untuk kita, namun kesibukan mereka, mereka tak sempat nak menjaga kita. Ye la bagi mereka kita kena pandai berdikari sendiri, memandangkan pengalaman yang mereka ada, bahawa adik ipar saya juga anak 4 mampu berdikari sendiri kerana emaknya sakit. Tak kan saya tak boleh buat macam adik ipar saya. Erm... syukur semuanya baik dari Allah. Terima kasih memberikan saya pengalaman berpantang yang cukup membuat saya mampu berdikari, tak apa itu bahagian saya. Sakit itu penghapus dosa. Yang penting saya ada pengalaman istimewa belajar masak sendiri, belajar mandi anak di kala cesarean, luka yang tak sembuh walaupun dah sebulan, macamana nak handle dan anak ketiga, pengalaman Allah bagi dia kuat nangis. Lepas pantang pun dia asyik nangis. Memang kelam kabut saya jadinya. Manghrib isyak dia nangis. Macam-macam usaha saya buat. Tapi tu la Allah Maha Segalanya,. Hanya zikir dan zikir sahaja saya kuat. Susah juga nak handle anak kuat nangis masa kecil ni. Ye la, anak pertama, kedua ok, sampai giliran Nur Jannah aiihhh.... lain macam benar, 360 dajah lari life saya, sampai makan pun sambil berdiri la.... kekeke...

Jangan Mudah Mengalah, Berpantang Sendiri Sangat Mudah 

Jadikah setiap apa yang kita alami itu sebagai optimis dan memberi pendorong kepada kita. jangan mudah mengharapkan simpati. Kita kena kuat. Jika orang lain boleh buat, kita juga boleh melakukannya. 

Aaaihhhh... Nur Jannah, Nur Jannah..... 



Pantang Yang Tak Betul Efek Pada Kesihatan Ibu

Dengan amalan dari cara pantang itu, ia memberi kesan sakit pada saya sehingga sekarang. Apa pun ia tak bermakna untuk saya serik berpantang dan bersalin lagi. Saya teringin sangat bersalin lagi dan mempunyai anak ramai. Bila anak-anak dah sekolah, anak dah besar ni, saya dah tahu apa nak buat. Balik kampung tidak lagi kewajiban. Kat mana-mana pun boleh berpantang. InsyaAllah Allah ada dengan kita! 

Efek Tidak Berpantang Dengan Betul

Bila saya tidak berpantang dengan betul antara masalah yang saya alami seperti: 
1. Sakit Urat 
2. Susu Saya Kering Sejak Dalam Pantang

Bersalin pada Nur Jannah lain sikit daripada kakak-kakaknya. Pengalaman Bersalin Nur Jannah di HPRZII. Bersalin mungkin senang, tapi nak jaganya dalam pantang alahai sangat susah. Saya pun tak tahu kenapa dia asyik menangis. Seminggu juga suami saya berjaga malam, lepas Subuh baru dia tidur. Bangun lewat, dia belum mandikan lagi baby, mak ayah saya pula bising pada saya. Saya lak bising pada suami. Nak tak nak lepas seminggu saya la mandikan sdiri Nur Jannah masa dalam pantang. Ye la suami dah penat berjaga malam. Berapa lama dia tak cukup tidur. Kesian juga dia. Bila mak ayah tengok anak belum mandikan lagi, dan suami saya masih tidur, mereka bising. Bila saya cakap suami saya berjaga malam jaga Nur Jannah mereka tak faham. Keadaan saya sangat stress ketika itu, dan memang bagi effect pada susu badan saya mula mengering. Tak sampai sebulan susu saya kering. Ditambah pula stress dengan nak berurut dan bertungku. Aduiihh,, apa la malang saya ni. Semua buat tak kena. Mak bising saya ambil tukang urut yang dia tak berkenan, mahal katanya berurut dan bertungku RM70 sehari.... Mak saya siap komplain macam-macam tak tukang urut tu, segan sangat saya rasa. Padahal tukang urut tu tukang urut yang urutkan sepupu saya. Bila saya nak berurut dan bertungku kat kampung suami saya mereka tak benarkan pula. Kat kampung harganya lagi murah. Penat sangat saya rasa masa tu....  

Tak apa la, pengalaman itu hanya buat saya! tidak kepada orang lain. Saya rasa syukur sebab ia kena pada saya bukan pada adik saya dan orang lain. Syukur. Semua orang ada bahagian. Bahagian saya nampak susah tapi sebenarnya itu la yang terbaik, bukan susah mana pun. Untuk menjaga hati ni, kita cuba la sedaya upaya mungkin. Kita anak ni, kalau ada sedikit rasa tak suka terus diam. Semoga rasa itu tidak membebankan kita dan memberi pengajaran untuk kita sebagai ibu bapa. Sememangnya, ibu bapa kita la sebetulnya! sebab mereka lebih makan garam daripada kita... ye tak.... hehehe

Ketidakjagaan yang betul semasa berpantang boleh juga memberi efek kepada rahim peranakan wanita, jadi, saya nak kongsikan 11 cara untuk jaga rahim yang ditulis oleh Dr. Hamid Arshat.

Sumber google



11 Cara Menjaga Rahim Yang Mesti Wanita Tahu


1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.


2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.


3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).


Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.


Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.


4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.


5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.Kena ajar anak-anak perempuan makan sayur dan buah lepas ni....


Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.


6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.


Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.


7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.


8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.


Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.


9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.


10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.


Perbanyak makan sayur-sayuran khususnya yang hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.


Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.


11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber: Facebook Urut tradisional Ampang - wanita sahaja

So, sekarang dengan ilmu yang banyak mudah didapati, doktor ada, bidan ada, semua orang keliling kita, insyaaAllah berpantang akan lebih mudah dan akan seronok berpoantang. Walaupun, berpantang sendirian ia sudah tentu ibu merupakan wanita yang hebat. Kerana ibu mampu melakukannya sendirian semasa berpantang. 

Semoga Allah sentiasa menjaga kedua ibu bapa saya dan rahmatilah mereka. Kurniakan mereka syuga Firdaus tanpa hisap. Pengalaman daripada mereka mengajar saya lebih berdikari dan kuat!

Allhamdulillah... Kalau korang ada masalah pantang atau nak bagi cadangan cara pantang yang bagus kepada saya yang sentiasa nak belajar dan tak tahu ni, boleh share tau. Saya sangat menbgalukannya!!...

LOVE!!!




5 comments:

  1. Bagus, banyak info. Memang penting berpantang betul-betul ni. :)

    ReplyDelete
  2. tq sharing sheila..
    Alhamdulillah..dpt ilmu harini..selepas mmbca entri ini :)
    sgt2 membantu kaum wanita diluar sana.

    ReplyDelete
  3. orang zaman skrg mmg tak pantang betul, tanak dgr ckp org tua tua.. now muda lagi dah sakit urat sana sini

    ReplyDelete
  4. bla baca entry ni sy rs kita sgt beruntung dilahirkan dlm kelompok nusantara yg mn sgt menitikberatkan hal2 sedemikian. penah terbaca kat mn ntah, ada yg mempersoal, org barat x de pun pantang2 ni. tgk diorg sihat je smpi ke tua... lps tu ada someone bls, gaya hidup, persekitaran dan norma org asia tak sm mcm org barat... dlm hal ni x de siapa pn nk paksa sama ada kita patut berpantang atau sebaliknya... tp kalau syg kn diri dan rs 'mcm nk guna lama', maka berpantanglah walaupun kelihatan renyah...

    ReplyDelete
  5. sama, ayu pun tido malam pakai stokin... so far memang ayu suka berurut, tapi la tak de kerap sgt...bila perlu la.. sakit memang sakit but lepas tu lega...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.