Rahsia Sumber Inspirasi Yang Boleh Membawa Kejayaan

Rahsia Sumber Inspirasi Yang Boleh Membawa Kejayaan / entry update and repost.

Penatnya rasa! walaupun duk dalam kampus, namun berulang-alik ambil anak ke sekolah balik ofis keluar semua hantar ke pusat Islam balik semula ofis, kalau ada hal keluar semula ofis ke library dan sebagainya, fuhhhh..... duk pusing kampus sahaja terasa penat yang amat. Sampai ofis nak buat kerja baru nak hilang penat dah sampai masa ambil anak sekolah semula. Macam tu la rutin tiap hari masa bekerja saya.

my flower in my office

Minggu lepas dari dari Isnin hingga Khamis, saya ada bengkel. Bila masuk bengkel buat kerja bersama kawan-kawan, bincang dapat inspirasi baharu.

Isnin bengkel penulisan journal di ofis saya, dan Selasa hingga Khamis diteruskan bengkel lagi. Kawan tanya saya itu bengkel kena bayar (bengkel Selasa - Khamis), you guna duit apa? saya jawab "saya guna duit sendiri, saya tiada sponsor".... agak mahal yurannya. Saya pun lagi la terasa dengan duit sendiri tapi ilmu susah nak dapat, pejam mata bulatkan niat je la....

Allhamdulillah,
Terima kasih Ya Rabb, sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Pada mulanya saya register bengkel hari Selasa hingga Rabu sahaja, tapi bila dah masuk bengkel dua hari, best sangat lak fasi ni bagi talk. Walaupun dia kurang sihat! Banyak ilmunya. Sangat pemurah. Memang Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dia alirkan kasih sayangNya pada hambaya untuk bantu sesama insan macam saya ni re-viva.... Terus sambung register untuk hari Khamis untuk dapatkan ilmu Allah ni....

Allhamdulillah,
Terima kasih Ya Rabb, dengan kasih sayang Mu memberikan harga yang sama walaupun saya register 2+1..... Sayu rasa kasih sayang Allah tidak terhingga tidak mampu dihitung. Banyak ilmu yang saya dapat 3 hari itu. Allahu....

Inspirasi Baru

Beberapa minggu ni saya sudah terinspirasi dengan sahabat saya ni. Rajin betul dia ni. Bila dah 3 hari masuk bengkel lagi terinspirasi. Saya sangat bersyukur Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun kan saya ke bengkel tersebut. Semoga Dr. fasi mendapat rahmahNya dan dikurniakan syurga untuk ilmu tersebut.

sumber google


InsyaaAllah saya akan gunakan ilmu yang disampaikan itu dan ia sebagai penguat kepada saya tanpa menoleh ke belakang.

Hidup kita sangat indah, jika kita fikir ia adalah ketentuan daripada Allah. Apa jua Allah susunkan kepada kita adalah terbaik. Apa jalannya, kita redah dengan senyuman walaupun sukar dan berliku. akan ada penghujungnya. Sama lah seperti kita menunggu penghujung kita di mana, di kampung akhirat kelak.

Apa pun jadikan setiap hari itu hari penuh inspirasi bagi anda.




Sumber Inspirasi

1. Idola

Ada orang suka idola seseirang yang membuatnya terinspirasi. Contohnya seperti celebriti, ilmuan, ibu bapa, mereka yang hebat, berjaya dan diminati sebagai inspirasi dalam hidup mereka.

Pengalaman saya dari lepas, semasa belajar degree dan master, saya terinspirasi dengan filem dan cerita. Mungkin sebab filem dan cerita adalah jurusan dan bidang saya. Masa siapkan tesis, itu la cerita yang saya ulang-ulang untuk bagi saya kekuatan dan siapkan tesis. 

Terutama masa master, ye la umo 25 buat tesis. Lonely proses, pulak dah masa tu tengah frust lak, tapi yang bestnya walaupun sedang frust sahabat datang dari mana pun tak tahu, itu ajaib Allah yang singgahkan pada saya. Orang yang saya tak kenal sebelum tu, g fishing lepak di serata Penang. Dan sahabat saya sebelum tu tiada jadi ada . Then balik rumah pasang je cerita kegemaran saya sambung buat tesis. Satu malam dapat 2, 3 page.  Fuhhh.. 

Namun, berbeza keadaannya bila buat phd, inspirasi datang dalam banyak keadaan. 

2. Filem dan cerita

Sepertimana kes saya, filem dan cerita menjadi sumber inspirasi. Cerita apa ye? Dari tadi lagi cakap pasal cerita tahu tak tahu cerita apa. Erm..  cerita GTO. Great Teacher Onizuka. Masa saya masuk belajar degree tahun 2000, saya dapat komeknya. Banyak siri. Bila dah tahun akhir degree saya dapatkan cdnya. Ada 12 cd semua tuk 1 set cerita tu. 

Lepas habis degree, saya terus sambung master. Masa buat master semester akhir, cerita ni la memberi inspirasi untuk saya siapkan tesis. 

Korang mesti ada watak dalam filem atau cerita yang korang minat juga kan dalam memberi inspirasi kepada korang. 



3. Bahan bacaan

Ada juga yang terinspirasi dengan bahan bacaan yang mereka baca. Contohnya, buku, suratkhabar, cerpen, risalah, sajak, dan yang utama ialah Al Quran. Ayat-ayat Al Quran sangat memberi pengaruh kepada pembacanya yang diberi hidayah Allah swt. Ini kerana kisah-kisah di dalam Al Quran bukan lah kisah olok-olok mahupun tokok tambah. Ia merupakah kisah besar semata.

Sepertimana firman Allah SWT: "Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui." (Surah Yusuf, ayat 3)

Sebagai contoh kisah Rasulullah dengan hijrah, kisah keluarga dan sahabat Rasulullah saw semuanya mampu memberi inspirasi kepada pembaca. Kisah yang selalu memberi ingatan kepada kita seperti kisah dan cerita Ashabul Kahfi. Cerita ini setiap hari Jumaat kita disarankan bacanya. Dalam Surah Al Kahfi ni banyak memberi kita inspirasi dalam kehidupan. Dan banyak kusah dan cerita. 

4. Muzik dan bunyian

Muzik dan bunyian juga boleh memberi inspirasi kepada kita. Ini kerana muzik dan bunyian dapat ketenangan kepada si pendengar.

Menerusi aspek psikologi, muzik mampu meningkatkan proses kognitif anda. Dengan pilihan muzik yang tepat ia mampu memberi ingatan kepada memori anda. Selain itu juga muzik juga dapat memberi ketenangan kepada kita. Sebagai contoh muzik instrumental mampu memberi ketenangan kepada minda seseorang kerana ia 
memberi kesan kepada saraf autonomi. Justeru, muzik santai boleh memberi ketenangan kepada pendengar berbanding muzik heavy. 

Okey! Yang ni paling best kerana muzik mampu mengurangkan berat badan. Huh... Camana, camana, hehee... Pemilihan muzik dan slow boleh mengurangkan makan anda kerana ia santai dan pelanggang yang dihidangkan dengan makanan menikmati muzik slow dan tenang menghabiskan makanan mereka dengan perlahan .

So, korang kalau nak diet dan kurangkan berat badan boleh cuba teknik ni.

Bunyian yang utama mampu merubahkan sikap manusia ni terbukti dengan aluan bunyian bacaan Al Quran. Sepertimana Saidina Umar Al Khatab yang merupakan musuh Islam boleh berubah apabila mendengar alunan bunyi bacaan Al Quran. 

5. Barangan Mewah

Ada juga yang terinspirasi dengan barangan berjenama dan mewah. Mereka jadikan rumah besar, kereta mahal, emas, pakaian berjenama sebagai inspirasi untuk mereka kuat bekerja dan berjaya. Fuhh... Hebatkan. 

6. Pangkat

Pangkat, juga menjadi pendorong kepada mereka terinspirasi. Adanya target yang tepat untuk mendapat pangkat yang lebih tinggi bagi membantu meningkatkan kehidupan, ia menjadi pendorong seseorang kuat bekerja untuk kemudahan diri, keluarga dan masyarakat. 

7. Tumbuhan

Ada juga yang menjadikan tumbuhan sebagai sumber inspirasi. Sebagai contoh pokok viral lidah jin boleh memberi inspirasi kepada mereka yang sukakan kehijauan kesegaran di rumah. Saya percaya tumbuhan ni selalu berdoa dan berzikir. Dengan adanya tumbuhan di persekitaran kita ia secara tidak langsung akan berzikir kepada kita. Seterusnya ia memberi satu aura kesegaran dan keaejahteraan. Bila buat kerja di rumah pun terus rasa energetik dan lebih bertenaga. 

8. Haiwan

Haiwan juga boleh memberi ispirasi kepada kita. Sebagai contoh kucing yang diberi sifat penyayang dan boleh mengalirkan energi kasih sayang kepada kita semasa manusia dan juga makhluk.

Itu antara sumber yang mampu memberi inspirasi kepada kita dalam kehidupan ni. Semoga apa pun yang memberi inspirasi kepada kita dapat memberikan kejayaan di dunia dan juga di akhirat  Kalau korang ada sumber inspirasi yang nak dikongsikan, saya sangat mengalukan. 

Sharing is caring ❤️❤️😍


Terima kasih Ya Rabb


6 comments:

  1. LZ pun suka letak bunga atas meja office sebagai terapi..
    At least ada sesuatu untuk dipandang..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, thanks kak atas ilmu berguna ni...

    ReplyDelete
  3. Semoga akak terus bersemangat. Terima kasih kongsikan :)

    ReplyDelete
  4. ahkak., sape blogger inspirasi kakak selama nih? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soklan best ni. Kat bloglist tu semua idola sy, sbb sy suka baca depa tulis. Hihi

      Delete

Powered by Blogger.