Homemade Keropok Lekor Ikan Kembung Fuhh Boleh Tahan Sedap

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Homemade Keropok Lekor Ikan Kembung Fuhh Boleh Tahan Sedap | Allhamdulillah, hari tu saya ada share entry gambar-gambar homemade food. Salah satunya gambar keropok lekor ni. 


Sebenarnya nak buat keropok lekor homemade ni tak la susah sangat. Kebetulan pada minggu tersebut, ada orang bagi ikan kat husband. Tu la rezeki, tak disangka... Kat rumah dah ada ikan kembung, then husband bawa balik lagi ikan kembung. Berganda banyak jadinya, yang kami ni duk 5 beranak makan pun sikit-sikit ja. Masak pun apa yang ada je, dan peti ais pun tak pernah penuh. Tak ada banyak barang pun simpan kat peti ais satu pintu tu... hehehe... biasanya kalau nak masak baru beli sayuran. Ada pun sikit sangat kat dalam peti ais.... 

Bila dah dapat ikan tu, buntu juga la saya nak buat apa dengan ikan yang banyak. Nak bagi jiran pun tak ada yang nak. Biasanya jiran yang duk bagi kami... kekeke.... 

Tapi tu la idea tu datang je secara tiba-tiba. Dah saya ni suka makan keropok lekor, selalu duk beli kat pekan Changlun tu.... Tak apa la kali ni kita buat sendiri la, husband pun duk suruh buat juga. 

So, dengan bantuan Allah Ya Wahhab, pakcik google la carian saya, nak tengok resepi dan cara-caranya. 

Bila dah dapat tu maka, teruskan proses membuatnya. Anak-anak mula la kalut, terutama Nur Jannah... Nak buat, nak buat, Jannah nak buat juga!


Mula-mula ikan tu kena fillet isinya, tapi tak perlu rebus tau. Cuma korang kena fillet mentah-mentah. Bab ni la yang saya malas skit sebab pisau tak tajam. Kalau kena gaya pisau tajam, cepat je buat kerja ni. Saya fillet dalam setengah kilo ikan. agak -agak ada la dalam 20 ekor ikan kembung sebab ikan ni kecil jer. Saya ambil bahagian isi sahaja. Kepala tu tak abil ke, kalau korang rajin kepala tu jangan dibuang. Ambil beberapa ekor ikan lagi blend sama boleh buat kuah laksa pula. 


Selepas dah fillet tu masukkan dalam blender, terus kisar hancur. Hancur sehancurnya k. sebab takut ada tulang-tulang kecil kalau hancur lumat dengan tulang sekali pun akan hancur juga. 


Kemudian, bila hancur lumat macam ni, boleh la masukkan 1 setengah cawan tepung ubi tau, bukan tepung gandum atau tepung jagung ke. Kat resepi ni saya cuma guna tepung ubi sahaja. Memandangkan tepung ubi saya ada dalam strok itu la yang cepat jadinya keropok lekor ni. Kalau tak membeku la ikan ni dalam freezer. 


Gaulkan sehingga sebati, saya masukkan juga secubit garam, tak perlu banyak kalau nak sukat 1/3 sudu kecil je.... sebab ikan kembung ni dia dah ada rasa manis, masinnya. Kalau korang nak masukkan serbuk kiub ayam sikit pun boleh. Terpulang! dan ada juga yang masukkan ajinomoto skit. 


Gaulkan dengan sebati, dan saya juga masukkan sedikit minyak masak. Lebih kurang 1 sudu besar sahaja. Ini adalah untuk mendapat tekstur yang lembut dan basah sedikit berminyak. Masa untuk menguli. Nak uli ni mudah je... 

Korang taburkan tepung ubi tadi di atas papan penguli, tak kisah la apa papan yang korang ada kat rumah tu. Saya tiada papan penguli, saya blasah je guna dulang.... Janji boleh buat saya uli keropok ni. So, bulatkan sedikit letakkan di atas tepung yang ditaburkan, boleh la mula menguli memanjang... golek dan golek keropok tu, jadi macam ni boleh teruskan yang lain pula sampailah koropok korang habis. 


Sementara, duk menguli tu, boleh masakkan air. dan dan siap uli, air dah mendidih boleh la rebuskan keropok korang tu.... 


Nak tahu keropok korang dah masak, apabilakeropok tu naik pada permukaan air. So, bila nak timbul keropok korang pada permukaan air tu, maksudnya korang dah boleh angkat toskan airnya. Yeahhh.... 


Saya ni tak sabar nak goreng, tak dan nak sejuk, saya terus je siram air bagi hilang wap panas tu, kemudian terus potong serong sedia untuk digoreng. Minyak nak pasa, terus la saya goreng keropok ni. Al maklum la tak sabar nak rasa, macamana rasa keropok lekor homemade ikan kembung ni.... 


Dah siap goreng dapat 1 pinggang. Allhamdulillah.... dzuuupppp.... terus ngap makan cicah dengan sos, fuhhh sedap la rasanya. Boleh tahan gak. Kalau macam ni boleh la buat selalu. Husband cuba rasa, dia pun cakap sedap. Cuma saya terlebih garam skit. So, tadi saya cakap buh sikit sahaja garam. Kot termasin lak. Tapi serius cakap memang not bad keropok lekor ikan kembung ni.


Korang kalau ada ikan lebih kat rumah tu boleh buat. Kalau guna ikan kembung besar tu 4, 5 ekor pun dah ok untuk 1 cawan atau 1 cawan setengah tepung ubi. So, weekend ni, korang tak tahu nak masak apa untuk hi tea, boleh la cuba keropok lekor homaemade ikan kembung tau...

Dah buat boleh share dengan saya apa rasanya...
InsyaAllah jadi...


14 comments:

  1. pandainya homemade! than this is first time tgk org buat kopok lekor.. rupanya mcm ni

    ReplyDelete
  2. KOPOK LEKO BUAT SENDIRI MMG SEDAP N PUAS DIMAKAN

    ReplyDelete
  3. uwahhhhhhhhhh okay in awe sbb x pernah try buat sendiri.

    oh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  4. Wahhh, pandainya buat sendiri. Eina pandai beli jer. Hehe

    ReplyDelete
  5. Kami eminat keropok lekor..lagi satu keropok losong tu.Lagi banyak ikan lagi nikmat.Lagi sedap lagi puas makan.kalau banyak tepung ikan kurang jadi liat.Terima kasih kak share cara.Lepas ni boleh PC cuba inshaAllah.

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah rajinnyaa😂😂 Tapi nampak sedap betul kepok tu tq for the recipe. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  7. wahh menarik, dah lama simpan resepi keropok lekor ni cuma belum datang kerajinan nak cuba heheheh

    ReplyDelete
  8. anak2 memang suka makan kopok lekor... emmm...remeh gak nak buat yer, tapi kalu rajin..jadi je.

    ReplyDelete
  9. Tahniah sis, dpt buat lekor homemade. Saya suka makan lekor, tapi bab buat sendiri mmg x rajin. Proses fillet tu sgt mencabar nmpknya.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Hasilnya nampak macam dibeli. Boleh jual ni kak. Puas hati buat sendiri boleh letak isi ikan lebih lagi.

    ReplyDelete
  11. sedapnya. elok je kejadiannya..tapi tak rajin nak buat. hihi

    ReplyDelete
  12. Pergh, hebatla akak..saya tak pernah buat keropok lekor sendiri. Nampak menjadi keropok akak tu..

    ReplyDelete
  13. tak perlu la balik pantai timur kalo nka rasa kopok lekor lebih ikan.. boleh buat sendiri dah pasni..terima kasih resepinya :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.