Mee Celup Pok Lee Telur Gedik Lembah Sireh Kota Bharu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mee Celup Pok Lee Telur Gedik Lembah Sireh Kota Bharu | Allhamdulillah, masa pkpb setelah kedai boleh di buka semula, kat Kota Bharu, saya dan en somi apa lagi pergi makan Mee Celup Pok Lee Telur Gedik Lembah Sireh Kota Bharu ni. LEmbah Sireh ni merupakan tempat kelahiran saya. 


Apa pun kalau makan mee celup, saya suka ambil bihun campur bersama kue teow. Jarang sangat ambil mee kuning. En somi lak fav dia maggie. Maggie celup la yang dia selalu order. 


Harga RM4 semangkuk. Kalau special ada telur RM5. 



Hari pertama kedai tu buka, tapi menu kue teow dah habis minta je la bihun... Memang laku keras la, selepas masing-masing terpaksa berkurung kat rumah, sup, mee celup, kue teow celup, maggie celup la menjadi dambaan marhaen seperti saya. 


Apa pun, Allhamdulillah syukur. Sebenarnya kat Kota Bharu banyak sangat mee celup ni. Tepuk dada tanya selera ja. Kalau bak harga lak rata-rata antara RM4 ke RM 6 la. Kalau nak murah area kampung tu dapat lagi RM3 semangkuk. 

Dari segi rasa sejujurnya, saya rasa sama sahaja. Namun, boleh dinikmati dengan selesa. 


Kalau nak datang boleh juga wave Mee Celup Pok Lee Telur Gedik Lembah Sireh Kota Bharu. Area Tesco Kota Bharu. 

11 comments:

  1. Rindunya nak jalan-jalan Kota Bharu. lama sungguh tak kesana, nanti nak save nama tempat ni pekena mi celup. Best gabungan bihun dengan kuewtiaw, nikmat tu!

    ReplyDelete
  2. Wahh tak pernah rasa lagi ,nampak sedap hehe

    ReplyDelete
  3. Kat area rumah sewa akak ada kedai tomyam, as usual diorang ada jual mee celop...mee celup dia memang best sangat...sekarang masih PKPP kan...dah lama kedai tu tutup

    ReplyDelete
  4. menggodanya telur gedik tu, tak pernah jumpa mee celup yang ada telur gedik gitu kat sini

    ReplyDelete
  5. sngt la terliur tgk mee celuk ni....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya mee celup. Suka plain soup macam ni. Tambah sedap ada sambal kicap.

    ReplyDelete
  7. kalau area tesco tu senang la nak cari..sedap tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.