Akok Pok Weil Salor Kelantan Yang Harus Korang Singgah Kalau ke Kelantan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Akok Pok Weil Salor Kelantan Yang Harus Korang Singgah Kalau ke Kelantan | Assalamualaikum... edisi jalan-jalan cari makan kali ni, saya dan en somi mencari akok. Balik Kelantan, rumah family saya kat Kg. Kota dan rumah family en somi di Pasir Mas. Laluan kami dari Kg Kota menghala ke Pasir Mas melintasi Kg Pendek dan Kg Salor.

Selalu duk lalu jalan tu, nak singgah beli akok Pok Weil di Salor asyik tutup ja. Rupanya, kami selalu duk lalu hari Jumaat harus la tutup. 


Allhamdulillah, balik ke kampung selepas perintah rentas negeri bulan Julai lalu sebelum buka sekolah, dapat la kami singgah di kedai Akok Pok Weil ni.... Kedainya di buat di halaman rumah tepi jalan jer... Senang nak cari. Tapi ada kala terlepas juga. 



Bila kali ni tak terlepas dan kedai pun buka, en somi pun terus la berhentikan kereta.. Beli tuk bawa bekal dalam kereta balik Kedah. En somi beli 2 bungkus. RM5 ada 10 biji., dan RM10 ada 20 biji. 1 bungkus nak bawa kat rakan-rakan kat Kedah katanya. Akok ni kami ngap cepat jer habis. Nak nak masa beli tu baru masak dan panas-panas lagi. Senang citer bak harga ni 0.50 sen sebiji. Kalau korang nak beli 50 biji RM100.



Nur Jannah dan kami smeua setia menanti dalam kereta. Dah tersusun elok akoknya. Masa ni dalam pukul 9 pagi lebih. Kedai ni sudah beroperasi. 


Sejujurnya bagi saya yang dah lama tak makan akok pok weil ni, rasa macam sedikit manis dan kurang ummpppp... Saya tak pasti tekak saya ke yang tak berapa nak sedap ke macamana. Sebabnya rasa something yang kureng skit, mungkin juga tak berapa lemak, ntah la saya pun tak tahu. Manis skit, memang kalau akok ni kena manis, tapi manis dan berlemak tu sedap. Dan ditambah pula kalau ia lembut ja.... 

Mungkin juga dah lama betul saya tak makan, asyik lalu wrong time saja, tapi serius kalau dulu saya makan memang sedap lemak dan lembut... Tak leh cakap la memang sedap akok pok weil ni. Tapi masa ni saya rasa dah kureng skit rasanya. 



Lain orang lain pendapatkan, selera macam-macam, ada yang suka manis, ada yang tak suka. Tapi saya ni memang jenis makan manis,,, ye la tekak ore Kelate, tapi depend juga la ikut makanan. 

Korang kalau nak tempah pun boleh, hubungi talian 013-9189615. 

13 comments:

  1. Akok kelate sedap kalu manis dan lemak-lemak gitew hehehe

    ReplyDelete
  2. Alahai nampak akok kelate pulak..terliur terus rasa ni..aish

    ReplyDelete
  3. dap nya akok..memang layan kalu makan panas2 nie..sedar2 dah licin sepinggan. he he...

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan akok kelantan biasa makan akok terengganu family mertua semua suka tapi saya tak berapa sangat sebab manis leting huhuhu
    cumanya kadang biasa jugak beli kat kl orang jual akok, sedap lemak dan tak manis sangat... tapi yang buatnya orang kelantan

    ReplyDelete
  5. susah nak dapat akok yang betul betul best

    ReplyDelete
  6. menarik..rasa pernah mkn sekali je kuih akok nih..lama sgt dah..rasa dia pun dah lupa cmne ^_^

    ReplyDelete
  7. Kurang gemar makan akok mungkin sebab kemanisan dia. Tapi kuih akok ni ramai penggemarnya kan.

    ReplyDelete
  8. suka akok! first time mkn time d kedah. student klate jual akok

    ReplyDelete

Powered by Blogger.