Roti Tempayan Cheese Tarik Nonnie CK Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan Kena Cuba

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Roti Tempayan Cheese Tarik Nonnie CK Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan Kena Cuba | Assalamualaikum, erm... entry makan kali ni pula, saya akan bawa korang makan Roti Tempayan Cheese Tarik Nonnie CK Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan ni yang harus kalau datang Kelantan area Kota Bharu korang kena cuba. Restoran Kak Nonnie ni terletak di Pasir Hor lebih kurang 9 km dari Pusat Bandar Kota Bharu (PAsar BEsar Siti Khatijah). Ada la kalau tak jam dam 17 minit. 


Kisah ni masa PKPB saya dan suami selalu keluar berdua. Ye la memang tak bawa anak-anak. Bila dah keluar berdua tu, merempit la sana sini. Nak nak lapar lak, ada saja tempat yang kami tuju. Pada mulanya hajat nak makan roti tempayan Cheese kat Batu 4, di restoran D'Harmoni. Bila sampai sana, kedai lak tutup, then tu yang lajak ke depan terus ke Kg. Tini.... 

So, dah sampai Kg. Tini singgah la makan kat Roti Tempayan Cheese Tarik Kak Nonnie. Masa sampai tu, saya tengok kedai memang lengkap SOP. Dan... dah ada parent yang bawa anak-anak keluar makan. Erm,,, ye la berapa minggu masa PKP tak boleh keluar, masa PKPB dah boleh keluar kedai makan pun dah boleh beroperasi, ramai yang bawa anak-anak keluar. 



En somi order kuah kambing dan saya order kuah ayam.... Harga boleh tahan juga la. Siap bawa balik tapau tuk anak-anak dan mak ayah saya, RM60 lebih juga. 

Roti tempayan cheese tarik ni, makan bila panas-panas sedap la baru boleh tarik cheese panjang-panjang. Tapi, kalau dah sejuk x boleh nak menarik lagi.... hehe... itu yang dipanggil Cheese Tarik. Sejujurnya bagi saya, roti ni lebih kurang sama je kat tempat lain, apa yang membezakan sedap atau tidak ialah kuahnya. Kalau sedap kuahnya, so, ia akan menambahkan rasa enak lagi pada roti tempayan tu. Namun, ada juga roti tempayan yang tak beberapa nak lembut.

Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/

Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/



Kat restoran Kak Nonnie ni, insyaaAllah rotinya lembut dan bila makan tu terasa kenikmatannya. Saya ni jarang makan rori tempayan, Allhamdulillah bila dah kena sebiji pun, ditambah pula dengan adanya cheese tu memang kenyang tak yah makan nasi lagi. 


Kat sini bukan menu roti tempayan sahaja yang ada, tapi ada juga menu lain seperti nasi lemak, dan juga western. So, dengan kepelbagaian menu yang ditawarkan korang tak perlu risau, kalau tak nak makan roti tempayan boleh je makan nasi lemak, chicken chop ke, lamb chop ke,errr,,, bak kata pepatah tepuk dada tanya poket, ehhhh tanya selera... hehehe


Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/


Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/


Sumber : https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/

Restoran ini cukup besar dan selesa, yang penting bersih. Kalau datang ke Kota Bahru boleh la korang singgah makan kat sini. Biasanya mereka beroperasi setiap hari, namun kalau operasi kedai ditutup akan dinyatakan di dalam fecebook ---->> https://www.facebook.com/rotitempayancheesetariknonieck/

Macamana nak ke sana, boleh juga waze Kedai Roti Tempayan Nonnie CK.


Alamat:
Kedai Roti Tempayan Nonie Ck, Kampung Tini Jalan Pasir Hor (195.99 km)
15100 Kota Bharu, Kelantan
019-936 4003


7 comments:

  1. waduh sedapnya nengok roti tempayah cheese tuh... tapi iya lah kalau dia punya kuah tu sedap, roti lembut cheese pun best memang orang akan cari.. tapi kdang ada je yang roti nya lebih2 kurang je... keras lak memang kita takmo nak cuba lagi

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa ~ everything yang ada cheese confirm sedap

    ReplyDelete
  3. Lama tak cuti-cuti Malaysia di Kota Bharu. Ghindunya nak g sana. Banyak makanan sedap-sedap :)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, terliurnyaaaa tgk gmbr cheese mcm tu.. sedap niiiii sbb mmg klu pegi order tandoori pun akan mintak cheese naan

    ReplyDelete
  5. Aduhhh sedapnya nampak roti dia. Terliur, haha

    ReplyDelete
  6. Nie baru la nan cheese.. selalu kalau order nk cheese, cheese pun x nampak..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.