Apa Niat Blogging Seorang Blogger?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Apa Niat Blogging? / Al kisahnya bila entry ini ditulis atas peristiwa pagi ini. Saya belajar sesuatu yang kadang-kala membuatkan saya terlupa, teleka juga terlalai.... Seperti biasa breakfast pepagi lum pukul 8 dah tercongak kat cafe.... Masa parking saya perasan kereta sahabat senior tapi kami lain-lain school.... Niat nak tegur juga dia tapi tak tahu la kenapa saya nak tegur, tapi rasa nak tegur.... sambil sarapan sesorang saya tengok dia kusyuk duk berbual sambil berdiri dengan sahabatnya.... hingga saya habis makan, baru dia berlalu dan saya pun bangun terus berlalu, sempat juga saya menegurnya.... Kami bersembang sampai ke kereta.... berhenti sembang lagi.... 


Dia pada mulanya lupa siapa saya! Sebab itu la saya nak tegur dia mungkin la.... lepas tu saya bagitahu baru dia inga. Katanya, adik-adik yang muda-muda kena selalu tegur kak yang tua ni mudah tak ingat! hehehe.... kami mula la cerita tentang Asmaul Husna sebab kami sama-sama usrah dulu..... 

Sakit Adalah Asbab Allah
Dia mula cerita masa dia melanjutkan pengajian post doctorate di luar negara setahun.... Kat sana pun dia masuk group Asmaul Husna sama di Malayasia juga.... Bila dia ke sana, Allah uji dia dengan kesakitan.... sehinggakan dia tak mampu untuk bergerak. Buat check segala bagai, doktor tak boleh nak detact apa sakitnya! Hinggakan dia dipertemukan dengan sekumpualan doktor pakar Malaysia yang bertugas di sana berbincang tentang sakitnya..... Pada masa yang sama dia mesti menjalankan pembedahkan, sebab doktor kata mungkin sakit itu disebabkan saraf. 

Bila berbincang, doktor-doktor tersebut memberi pandangan jika dia kuat balik Malaysia ikhtiar di Malaysia. Dengan semangat dan tekat yang kuat walaupun sakit, dia sampai juga ke Malaysia..... Tiba di Malaysia dia berubat di hospital swasta namun juga tidak berkesan. Akhirnya, Allah jumpakan dia dengan ustaz perubatan, Allhamdulillah kedaannya semakin baik dengan izin Allah Yang Maha Menyembuhkan.... dari Allah datangnya sakit, Dia juga Yang Maha Menyembuhkan. Hebat kan Allah bagi kita asbab untuk kita sentiasa tidak tersasar di tas jalanNya. 

Niat Yang Betul
Bila dia check dirinya, dia kata sakit tu adalah asbab Allah sebab niat akak tak betul bila akan sambung belajar. Melarikan diri dari masalah kerja dengan menyambung pengajian.... Allah terus datangkan ujianNya. 

Allahu,

Ya Allah, besar kasih sayangNya kepada kita ni! setiap niat yang tak betul, Allah hantarkan asbab supaya tarik semula kita di jalan yang benar!...... so inspired with her story! Semoga beliau sentiasa di bawah lindungan Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin dan dikurniakan syurga Firdausi...... 

Niat Blogging
Entry ni saya keluarkan pada 17 January 2018.

Pagi tu saya termangu la bila duk tulis tesis. Niat buat tesis dah ada.... dan saya tahu! tapi bila check niat blogging ni, ada kala tersasar, bila tersasar is membawa kita supaya perbanyakkan istigfar! Sahabat pula, macam mana ye, apa niat blogging sahabat?

Boleh kongsikan bersama..... 

Dah 2 tahun setengah entry ni, saya yakin impian sahabat dah tercapai, Dalam dunia blogging atau kerjaya. Boleh kongsikan dengan saya. Apa Yang sudah sahabat capai mana tau boleh menjadi inspired tuk saya Dan sahabat yang lain.





15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Husniey suka berkongsi pengalaman yang pada husniey tak semua orang lalui.. Ada juga yang melalui pengalaman yang sama, kadang mencari info yang lebih tepat tapi tidak ramai yang memberitahu dengan jelas.. Itu yang membuatkan husniey rasa suka berkongsi rasa di blog.. Alhamdulilah moga menjadi saham buat kita

    ReplyDelete
  3. memula dulu blogging zaman Uni, of kos nak habiskan masa lapang dan suarakan pendapat. dah menginjak ke zaman mak orang ni, lebih pentingkan kesihatan dan nak sebarkan manfaat serta memakmurkan lebih ramai orang, inshaAllah ^_^

    ReplyDelete
  4. Niat PC berkongsi kak..yang baik moga menjadi bantuan PC di mahsyar kelak..dan yang tidak baik harap maafkan PC..kerana Allah SWT.Sebab ilham atau idea pun dengan izinNYA..dalam masa yang sama membantu juga serba sedikit PC perbaiki diri..dan OC yakin..niat yang baik Allah akan bantu dengan cara yang luar biasa..

    ReplyDelete
  5. BERBLOGGING SBB SUKA MENULIS SMBIL MENGONGSI SEDIKIT ILMU YG ADA KPD VIEWERS

    ReplyDelete
  6. niat berblog nak share kebaikan di samping nak jana pendapatan

    ReplyDelete
  7. Niat blogging GV nak share berita yg GV suka untuk dikongsi bersama dengan para pembaca yang mempunyai minat yang sama dan juga kalau ada rezeki nak juga jana pendapatan sampingan. :)

    ReplyDelete
  8. niat mek blogging nak share info ap yang mek tahu. bukan nk femes atau nak duit smata. lebih kepada nk kongsi info. kalau orang tk appreciate pun tkpe, yg penting dlm hati rasa puas bleh spread the info

    ReplyDelete
  9. cikyan suka nk blogging sbb ptamanya sbb mmg suka.. sbb kat sini blh jumpa kwn.. lgpon ni la kira platform utk asah bakat.. cehhh konon, mcm la berbakat sgt kan.. hahahhaa... tp bila blogging ni, bestnya dpt kwn baru.. silaturrahim tu yg mahal kan.. kdg dgn blogging je pon, dah mcm rapat sgt dah.. lgpon blh dpt kumpul ilmu baru kans.. bl;h jana pendapatan.. tu yg best tu..

    ReplyDelete
  10. Memula duklu nak berkongsi rasa, kehidupan dan perkembangan anak-anak.. seiring masa berlalu, Sha jadikan blog tempat bermesra dengan kawan maya dan berkongsi hobi membaca dengan harapan perkongsian sha mampu memupuk minta membaca pada yang berkunjung ke blog Sha..

    ReplyDelete
  11. dana berblog untuk isi masa lapang, sbb tu akak tak pernah nampak dana review barang hehehe
    jenis menulis suka-suka, sambil berkongsi ilmu dan pengalaman hidup dengan kawan-kawan, dana suka masak jadi suka kongsi resepi dengan kawan-kawan di blog

    ReplyDelete
  12. Niat blogging asalnya memang nak cari income tambahan sebab tak ada kerja tetap. Masa tu juga kena jaga arwah tok. Jadi zumal tak dapat la kerja dalam masa 8 jam sehari berterusan. Lagi satu zumal berblog sebab bosan sebab zumal tak ramai kawan dan tak boleh lepak-lepak macam orang lain...

    ReplyDelete
  13. NIAT DI HATI DIPERBETULKAN INSYAAALLAH KITA SEMUA BERDOSA DAN HIDUP KERANA-NYA

    ReplyDelete

Powered by Blogger.