Menu Nasi Pilihan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Menu Nasi Pilihan / Allhamdulillah.... Kelmarin selera makan nasi saya dah kembali normal. Tengahri selepas ambil kakak ke sekolah, saya bawa dia makan di varsity Mall UUM. Saya pening juga la nak pilih makan nasi. Nak tak nak saya kena makan juga. Allhamdulillah bila beberapa kali pusing di kiosk-kiosk dan nampak makanan orang lain saya buat keputusan nak makan nasi kerabu. Nasi kerabu ayam goreng rempah RM5.


Kakak pula pilih beli masaka, dia ajak saya pergi beli skali. Saya bagi duit RM5 suruh dia pergi beli sdiri apa yang dia nak.... Dari meja saua usha dia duk tengah nak bayar. Siap! dia bawa nasi briyani ayam sedada, katanya RM7 la mama.... saya pun terus belek beg nak bagi RM2 lagi kat dia! Kakak kata RM7 tapi abang yang jual tu cakap "tak apa la adik, bagi RM5 jer"... hehehe... saya cakap "Allhamdulullah".... kakak kata "sebab tu la kakak ajak mama suruh pergi beli skali, takut tak cukup duit".... mama lak kata "sebab tu la mama suruh kakak pergi beli sdiri, mesti dia bagi murah..... hehehehe"..... 


Sedang kami makan, ada dua orang pelajr minta tumpang duduk di meja kami. Saya kata duduk la, tak ada orang. Sambil makan saya dengar mereka bersembang. Katanya baik beli nasi kukus ni RM5 dari beli kat cafe masakan panas tu... Mahal. hari tu beli RM8, tak tahu la abang tu kira macamana.... dalam hati saya, patut la dia kira mahal nasi kakak tu. Budak-budak pun merungut! ye la kan pelajar ni duit tak banyak. Makan pula mahal. Ada kala ikat perut sebab makanan mahal dan tak cukup duit. Tengok SINI bagaimana makanan pelajar yang tak mampu nak beli makanan.

Balik rumah, malam tadi daddy masak nasi goreng banyak sebab kawan kakak datang study kat rumah saya! kalau ada tetamu memang kalut la kami, hehehe... Kawan kakak ni suka datang rumah malam-malam study sama. Macam-macam kerja cikgu bagi! Rezeki tetamu datang. Allhamdulillah... Daripada tak mahu makan nasi, siap daddy goreng saya yang mula-mula makan.... hehehe.... 

Ermmmm..... daripada ketiga-tiga nasi tu, nasi goreng daddy juga yang sedap!

Allhamdulillah... mampu saya makan nasi semalam. Itu semalam, tapi hari ni selera saya kembali tak lalu nak makan nasi tengahari ni.... Aduiiihhh...Apa pun makan nasi atau tidak itu tak penting yang penting sihat tuk beramal, dah syukur sangat. Hidup bukan untuk makan, tapi makan adalah untuk hidup! Makanan yang orang bagi, saya tadahkan dua belah tangan, terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi.... hehehe

InsyaaAllah, 

Allhamdulillah....


10 comments:

  1. skarang kna blanja ikut kmampuan..huhu

    ReplyDelete
  2. Adumakkk lapar pulak tengok nasi pagi hari ni hahaha.

    Moga akak dan selera makan cepat sihat ye :)

    ReplyDelete
  3. Kalau weekend Mrs. A suka breakfast dengan nasi kerabu.

    Eh! kalau famili Mrs. A pun yang biasa buat nasi goreng adalah Mr. A hiks!

    ReplyDelete
  4. sedapnya nasi kerabuuu. Semoga akak ada selera makan nasi nanti.

    ReplyDelete
  5. laa.. nape hilang selera? semoga cepat sihat ye

    ReplyDelete
  6. hihi. bestnya. alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.