Enter your keyword

Sunday, April 3, 2016

Pelajar Makan RM2

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Isu pelajar tak ada duit nak makan. Husband selalu duk tengok student ambil makanan di almari dinding pusat pengajian saya.... Katanya makanan tu untuk student ke? free ke? A'aa... free dah banyak pusat pengajian dengan inisiatif para pensyarah menyediakan makanan percuma pada pelajar. Kesian mereka kadang-kadang tak makan tak ada duit.... Saya pun pernah mengalami situasi macam ni... saya juga pelajar, saya faham....

Bila kat librray saya ada sembang dengan staf library tentang kos sara hidup. Kata staf library anaknya study kat shah alam seksyen 13 sekali makan RM15... Katanya lagi "kat sini saya pernah tengok student ambil nasi penuh pinggan kuah dan telur dadar sahaja".... saya mengiyakan, saya juga selalu tengok pelajar macam tu.... kesian.... kalau makan kat cafe husband saya kerja tu mahal sikit nasi ayam RM4.50 minum RM1.20.... 

Kat cafe tempat husband keje tu ada satu area disewakan pada. Kat situ mereka menjual minuman dan desert ala Starbucks, kalau makan desert, coffee, coffeeccino ke RM9.90.... kata husband, dia terkejut ada orang beli, macam harga Starbucks. Bagi saya dan suami yang ala kadar ni memang mahal. Saya ada pernah sekali minum kat situ coffee secawan dengan harga RM6.90...  Kt Starbucks pun sekali sahaja saya masuk itu pun kerana terpaksan nak guna internet tersangat masa tu.... kalau kat mana-mana cafe penginapan pelajar nasi+telur dadar RM2, nasi+ayam goreng seketul RM3.... 

Apa sangat yang sedap! Ntah la tekak saya tak rasa tak tahu dah nak rasa.... 

Staf dan para pensyarah juga persatuan mahasiswa dan ada juga pihak luar yang bermurah hati bersepakat membantu dan menyediakan makanan percuma kepada pelajar. Allahmdulillah.... sekurangnya dapat membantu menjimatkan kos makan pelajar. Gambar yang di bawah ini dikendalikan oleh persatuan mahasiswa diadakan pada hari Rabu. 

gambar dari aktiviti pelajar

Kawan saya ada bertanya kat USM ada cafe yang semua dikendalikan oleh pelajar, tapi harganya memang di kawal oleh pelajar. Tak boleh mahal. Kalau desert cheese cake ke mesti dengan harga RM5.50. Nak pergi la kat situ. Ntah la! Kata saya sejak jadi pelajar USM tak pernah tahu cafe tu.... Macamana nak tahu jarang la pergi cafe macam tu. Al maklum la bila pergi bawa anak-anak. Kalau makan pun mesti pergi cafe penginapan pelajar, makan nasi campur saja..... hehehe.... Erm.... IsyaaAllah kalau Allah susunkan saya ke sana.... 





2 comments:

  1. salam , kak , masa saya study kat perlis , alhamdulillah makan dia murah sikit untuk tengahhari nasi ayam goreng cukuplah, kalau malam makan rti kalau rajin beli masakan panas paling murah 2.5 je. Alhamdulilllah makan boleh survive

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...bagus gak buat camni...zaman makin berubah..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email